Bab 5

6 0 0
                                    

LANGKAH kaki Harzan menginjak dengan teratur menaiki anak tangga. Setelah masuk ruangan pejabat, lelaki itu segera dipanggil oleh Azian yang berada tidak jauh dari muka pintu masuk pejabat. Harzan tanpa berlengah segera menghampiri wanita yang bertugas sebagai kerani itu.

"Kenapa Kak Yan?" Harzan melabuhkan kedua tangannya di atas meja Azian seraya bertanya.

"Kau ni dari mana Zan?" Azian mula bertanya.

"Ah, saya dari Syarikat Chempaka Samura.. pergi hantar surat kat sana.. tadi Fiza yang minta saya hantar surat tu ke sana.. katanya urgent." Harzan segera menjawab.

"Jadi mat despatch pula kau." Azian sedikit tertawa.

"Biasa la kak..budak pejabat macam saya ni, kena la buat macam-macam.. ikut orang suruh je la."

"Tak kisah la kerja apa pun Zan.. janji kau buat kerja halal.. cari rezeki halal.. yang penting, kita nak keberkatan dalam rezeki yang kita dapat tu."

"Kak Yan panggil saya ni kenapa?" Harzan yang tidak lokek dengan senyuman sentiasa mengukirkan senyuman kepada Azian yang sudah dianggap seperti kakaknya.

"Ha.. Kak Yan ingat nak minta tolong kau fotostatkan semua dokumen ni.. itu pun kalau kau tak sibuk la.. sebab Kak Yan nak kena siapkan surat dan dokumen untuk projek kat Kemunting lagi ni.. Kau boleh tolong tak?" Azian segera menyampaikan permintaan kepada Harzan sambil tangannya menepuk fail di atas mejanya.

"Boleh je Kak Yan.. berapa banyak nak fotostat?" Harzan segera menyuarakan kesanggupannya.

"Ini.. Ha.. semua ni.. kau buat lima salinan semuanya. Nanti kau asingkan terus setiap salinan, buat jadi lima set. Dah siap, nanti bagi kat Kak Yan." Azian menghulurkan beberapa helai dokumen yang berada di dalam sebuah fail.

"Wah, banyak juga ni.." Harzan sedikit terkejut.

"Kau boleh tolong tak? kalau tak boleh takpe la."

"Boleh je Kak Yan.. lagipun memang dah tugas saya untuk bantu tugas orang kat pejabat ni.. Kak Yan buat je la kerja Kak Yan tu.. Yang ni biar saya yang buat." Harzan segera mengambil fail dari tangan Azian. Lelaki yang menjadi pembantu am pejabat itu segera berlalu meninggalkan Azian di mejanya. Ketika berjalan melintasi meja Ayra, kelihatan Ayra sedang berbual dengan Fiza. Melihat kehadiran Harzan, Fiza dengan pantas menyapa lelaki tersebut.

"Ha, Harzan.. kau dah hantar surat yang aku bagi tadi kat Syarikat Chempaka Samura?"

"Ah, saya baru balik dari sana.. dah settel dah." Harzan menjawab sambil tersenyum. Mata lelaki itu sempat juga mengerling ke arah Ayra yang sedang duduk di kerusi, menghadap Fiza yang sedang berdiri di hadapannya.

"Harzan.. nak pergi mana?" Ayra pula bersuara.

"Nak pergi fotostat dokumen yang Kak Yan minta.." Harzan segera menjawab sambil menunjukkan fail yang berada ditangannya.

"Kalau macam tu, tolong fotostat yang ni sekali.." Ayra menghulurkan beberapa helaian kertas yang dikepilkan bersama.

"Nak berapa helai?" Tanya Harzan sambil menyambut kertas yang dihulurkan oleh Ayra.

"Hmm.. dalam sepuluh salinan semua."

"Baiklah.." Harzan segera melanjutkan langkak kakinya untuk menuju ke arah mesin fotostat. Fiza dan Ayra yang masih kaku ditempat mereka hanya memandang ke arah Harzan yang sudah semakin jauh meinggalkan mereka.

"Boleh tahan juga hensem Harzan ni.." Fiza bersuara sambil mengalihkan pandangannya ke arah Ayra. Ayra yang melihat Fiza segera mengangkat kedua belah keningnya kepada sahabatnya itu.

"Kau taknak cuba dekat dengan dia?" Fiza sekadar ingin mengusik.

"Harzan? Hmm.." Ayra mencebikkan bibirnya.

Ikhlaskan CintaWhere stories live. Discover now