Bab 43

10 1 2
                                        

Imbas kembali...

HARZAN menghentikan kereta BMW yang dipandunya di tempat parkir, hadapan sebuah bangunan pejabat. Seketika kemudian, seorang gadis menuruni anak tangga di bangunan tersebut dan berdiri di hadapan kereta Harzan. Harzan yang berada di dalam kereta hanya memerhatikan gadis tersebut. Di sebabkan cermin keretanya yang terlihat gelap dari arah luar, gadis itu langsung tidak menyedari, dirinya sedang diperhatikan. Gadis itu adalah Ayra. Harzan hanya menatap Ayra tanpa sebarang perasaan. Namun kecantikan gadis tersebut membuatkan Harzan sedikit tertarik. Namun Harzan agak tidak suka dengan perempuan yang berpenampilan sedikit seksi dan tidak berhijab seperti gadis di hadapannya itu.

Tidak lama, Ayra pun berlalu dari tempatnya berdiri. Harzan juga sudah tidak mempedulikan gadis tersebut. Kemudian, Dato' Mustafa Kamal keluar dari pejabatnya dan segera menuju ke arah kereta Harzan. Lelaki yang sudah berusia lebih separuh abad itu langsung masuk ke dalam kereta BMW putih yang tersedia menunggunya di situ.

"Ada apa Pak Long nak jumpa saya?" Harzan bertanya kepada Dato' Mustafa Kamal.

"Ada la.. jom kita pergi tempat lain dulu.. Pak Long ada nak bincang benda sikit dengan kau." Dato' Mustafa Kamal menjawab. Tanpa membuang masa, Harzan segera menggerakkan keretanya dan meninggalkan kawasan tersebut. Setelah meluncur laju beberapa kilometer di atas jalan raya, Harzan akhirnya menghentikan keretanya di hadapan sebuah restoran. Harzan dan Dato' Mustafa Kamal langsung keluar dari kereta dan menuju ke restoran tersebut. Mereka memilih untuk masuk ke dalam ruangan tertutup dengan dinding kaca.

"Kenapa sampai kena masuk ke tempat tertutup macam ni?" Harzan menyoal bapa saudaranya itu.

"Hmm.. Pak Long nak bagitau benda sulit sikit.." Dato' Mustafa Kamal lantas menjawab. Harzan pula mengalihkan pandangannya ke arah luar restoran yang berdinding kaca itu.

"Macam ni.. Syarikat Pak Long sekarang ada masalah.. kewangan syarikat macam tak seimbang.. Pak Long rasa macam ada sabotaj atau kecurian dalam wang syarikat." Dato' Mustafa Kamal segera menyampaikan masalah utama yang ingin dibincangkannya bersama Harzan.

"Dah tu? Semak la dengan terpeinci.. buat audit.." Harzan memberi saran dengan serta merta.

"Hmm.. masalahnya, kami tak tahu siapa dan kat mana wang tu hilang atau di sembunyikan.. pakcik tak rasa ni kerja seorang je.. mesti ada komplotan daripada beberapa orang dalam..  kalau upah audit dari luar, puak penyamun tu pasti akan berjaga-jaga. Dah tentu mereka akan sembunyikan dan tampung kat mana lompong-lompong yang ada.. kita takkan tahu juga kecurian tu berlaku kat tahap mana.."

"Jadi, Pak Long nak buat macam mana? apa kena mengena dengan saya?"

"Kau kena tolong Pak Long, Zan.. kau masuk kerja kat syarikat Pak Long dan menyamar kat sana.. kau tolong cari bukti kat mana kecurian wang syarikat tu berlaku.."

"Hah? Kerja kat syarikat Pak Long? taknak lah.. dah tu, syarikat saya sendiri, siapa yang nak urus?" Harzan cuba menolak cadangan daripada Dato' Mustafa Kamal.

"Ala.. syarikat kau dah ramai pun pekerja.. apa nak kisah? lagipun, dalam keluarga kita, kau sorang je yang faham pasal bisnes ni.. sebab tu Pak Long nak minta tolong kat kau.."

"Tapi.. bisnes kita berbeza bidang la Pak Long.. mana la saya reti bab hartanah, bab development ni.." Harzan tetap memberikan alasan untuk menolak.

"Bisnes apa pun, asasnya sama je Zan.. kau jangan nak berlakon depan Pak Long.. kau tu CEO kat syarikat kau sendiri.. kau bukan kerani.. maknanya asas bisnes kau memang dah faham.." Dato' Mustafa Kamal tetap ingin mematahkan hujah Harzan. Lelaki itu benar-benar mendambakan bantuan daripada anak saudaranya itu.

"Pak Long bagi kau jawatan pengurus.. macam mana? senang sikit kau nak urus, nak tengok segala fail, dokumen kat sana.." Dato' Mustafa Kamal melanjutkan bicara. Harzan pula mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Permintaan bapa saudaranya itu dirasakan amat berat untuk diterima. Namun dia juga tidak sanggup untuk membiarkan syarikat bapa saudaranya itu terus bermasalah. Harzan kemudian melontarkan pandangan matanya ke arah luar restoran, melalui dinding kaca yang tebal. Tiba-tiba mata Harzan tertancap ke arah seorang gadis.

Ikhlaskan CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang