AYRA yang mengenakan kemeja biru muda dan berbaju kot hitam terlihat anggun dengan tudung yang sedondon dengan warna bajunya. Seluar panjang yang labuh berwarna hitam dikenakan agar secocok dengan kot yang dipakai. Dengan langkah kaki yang teratur, jelas terpancar keyakinan dari penampilan Ayra. Wanita itu dengan bergaya dan penuh semangat melangkah masuk ke pejabat barunya. Sebuah bilik disediakan untuknya, sesuai dengan jawatan sebagai pengurus yang disandang oleh wanita terbabit.
Dengan perasaan yang penuh teruja, Ayra masuk ke bilik pejabatnya dan duduk dikerusi yang disediakan. Senyuman terukir pada bibirnya, menggambarkan betapa Alya sedang gembira dengan jawatan yang dia dapatkan di perusahaan baru. Matanya melilau ke segenap sudut, memerhatikan suasana di seluruh pejabat. Seketika kemudian, matanya tertumpu pada timbunan fail yang berlonggok di atas meja. Dengan semangat yang berkobar-kobar untuk memulakan kerja, Ayra mencapai fail tersebut satu persatu. Setiap fail dibelek dan dia fokus membaca setiap dokumen yang tersisip di setiap fail. Tidak lama kemudian, senyuman pada bibirnya mulai sirna. Dengan siku yang menongkat di meja, jari-jemari Ayra kemudian hinggap di dahinya. Setelah meneliti setiap fail, kepala Ayra dirasakan berdenyut.
"Bala apa yang aku kena tanggung ni? bukan main banyak lagi produk yang syarikat ni keluarkan.. mampus aku nak kena uruskan semua produk ni." Ayra tiba-tiba merasa menyesal dengan kesanggupannya untuk menjawat jawatan yang ditawarkan kepadanya. Sebagai seorang pengurus pemasaran, menjadi tanggung jawab Ayra untuk memikirkan dan mencari jalan bagi melakukan pemasaran untuk menaikkan jualan syarikatnya. Melihatkan senarai barangan yang perlu dia uruskan, Ayra mula hilang keyakinan diri. Dia khawatir jika dirinya tidak mampu untuk melaksanakan tugas yang telah di amanahkan terhadapnya.
'tukk..tukk..tukk..', tiba-tiba Ayra dikejutkan dengan ketukan pada pintu biliknya.
"Ya, masuk.." Ayra memberikan kebenaran kepada orang yang mendatanginya untuk masuk ke dalam bilik.
"Puan.. nanti pukul sepuluh, kita pergi ke kilang pemprosesan ya.." Seorang wanita masuk ke dalam bilik dan segera menyampaikan pesanan kepada Ayra.
"Eh, kenapa perlu pergi ke kilang pulak?" Ayra segera melontarkan pertanyaan.
"Itu saya tak tahu Puan.. saya cuma diberi arahan untuk bawa puan ke sana. Mungkin untuk puan lebih memahami dan tahu mengenai urusan syarikat." Wanita itu menjawab.
"Oh, takpe la kalau begitu. By the way, awak ni siapa?" Ayra cuba untuk berkenalan dengan wanita tersebut. Dia yang baru bekerja di sana masih tidak mengenali sesiapa pun. Untuk menjalankan tugasnya dengan baik, Ayra berpendapat, dia harus berkenalan dan beramah mesra terlebih dahulu dengan rakan sekerjanya.
"Ah, saya Hanani. Puan panggil je Nani. Saya sekretari Puan. Kalau Puan perlukan apa-apa bantuan, Puan boleh sampaikan kepada saya." Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Hanani menjawab dengan penuh sopan. Satu senyuman turut dihadiahkan oleh wanita itu kepada Ayra.
"OK Nani.. tapi boleh tak jangan panggil saya puan. Saya segan la. Panggil Ayra pun takpe." Ayra cuba untuk mendekatkan hubungannya dengan Hanani. Dia sebolehnya tidak ingin hubungan mereka terlihat terlalu formal.
"Ish, tak boleh la puan.. Puan Ayra kan atasan saya. tak sopan pula saya nak panggil Puan Ayra dengan nama je. Lagipun, kita kat pejabat. Kalau kat luar tu, lain la." Jawab Hanani. Dia tetap cuba untuk merendah diri dan bersikap sopan. Walaupun sedar dirinya dan Ayra terlihat sebaya, dia tidak berani untuk berkelakuan tidak sopan terhadap pegawai atasannya itu. Walaupun Ayra adalah pekerja baru disana, namun jawatan Ayra lebih tinggi dan Hanani sedar dia perlu menghormati Ayra selayaknya sebagai seorang pegawai atasan. Mendengarkan jawapan Hanani, Ayra melepaskan satu hembusan yang mengandungi keluhan. Dia sebenarnya kekok untuk merasa terlalu di hormati dan ditinggikan. Bagi Ayra, apa pun jawatan mereka, yang membezakan mereka hanyalah bidang tugas masing-masing sahaja. Sedangkan setiap pekerja mempunyai kelebihan dan peranan masing-masing. Tanpa orang bawahan, orang atasan juga tidak akan mampu melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Begitu juga sebaliknya. Tugas mereka di pejabat adalah untuk saling melengkapi dan tidak perlu dibezakan di antara pegawai atasan mahupun bawahan.
YOU ARE READING
Ikhlaskan Cinta
RomanceAyra Arissa yang bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Rafiq dalam diam bercinta dengan bosnya itu. Pada masa yang sama, seorang pekerja am dipejabatnya iaitu Harzan turut menyimpan perasaan terhadap Ayra.