Hari pertama di The Elite Prinzes School berjalan dengan lancar—atau lebih tepatnya, 70% lancar.
Ammara Sofea memulakan hari dengan penuh harapan dan tekad baru.
Dia bertekad untuk menjadi lebih berdikari, berani, dan bergaul lebih mesra.
Meskipun dirinya dilanda rasa gugup dan sedikit cemas, dia berusaha untuk menunjukkan yang terbaik.
Ketika menunggu Aniq Amsyar, abang saudaranya di pondok bas di luar pagar sekolah, kenangan lama tiba-tiba menerpa fikirannya, membawa Ammara Sofea ke masa lalu yang penuh dengan kenangan pahit dan pembelajaran berharga.
Flashback di sekolah lamanya ketika Ammara Sofea berusia 16 tahun...
"Sofea! Ammara Sofea!"
Laung satu suara yang amat dikenalinya itu, lantas dia bangun dari duduk bergerak ke arah gerangan yang memanggilnya.
"Apa yang kau lambat sangat ni? Kau tak dengar ke aku panggil, ke kau saja buat-buat tak dengar? Pekak dah ke?"
Lengan disilangkan ke dada menunjukkan bahawa gadis berambut pendek paras bahu itu geram dengan Ammara Sofea.
"Maaf, saya tak sengaja." tertunduk wajahnya ke bawah menghadap permukaan lantai kelas itu.
"Aina, sudahlah tu. Kau tahukan kalau kau terus buli si Fea ni, apa akan jadi...?" sampukan suara rakan sekelasnya itu tidak menghentikan Aina Afiqah, gadis berambut pendek paras bahu itu untuk terus membuli Ammara Sofea.
"Apa aku peduli!! Kau tahu yang bapa aku ahli lembaga PIBG sekolah ni kan? Cikgu Sarah? Apa je dia boleh buat, heh." dengan lagaknya Aina Afiqah berkata sambil reaksi wajahnya yang agak dingin.
Ammara Sofea sering dibuli secara mentally.
Ammara Sofea akan disuruh untuk membuat kerja sekolah serta apa yang diingininya.
Bukan Cikgu Sarah iaitu guru kelas mereka tidak mengetahui akan hal yang berlaku, tetapi berulang kali juga diberi surat amaran masih tiada perubahan.
Hal ini kerana bapa Aina Afiqah merupakan ahli lembaga PIBG yang sering menyumbang dana untuk acara-acara sekolah tersebut.
Pengetua sekolah juga maklum akan hal yang berlaku tetapi disebabkan terhutang budi dengan sumbangan yang bapanya berikan, perbuatan salah Aina Afiqah dibiarkan saja.
Katanya Ammara Sofea yang sudi dan sanggup terima untuk membuat kerja sekolah gadis yang membulinya itu.
Ia memang benar.
Ammara Sofea yang sudi untuk terima segala perbuatan Aina Afiqah terhadapnya.
Ini kerana hanya mereka berdua sahaja yang tahu akan perjanjian yang dipersetujui.
Kisah ia bermula agak cliche'.
Macam dalam K-drama, J-drama, C-drama mahupun manhwa atau novel cinta yang lain apabila hadirnya kaum adam, seorang pelajar lelaki yang baik hati lagi tampan sudi menjadi sahabat Ammara Sofea.
Seseorang yang Ammara Sofea anggap dia sudah mempunyai sahabat yang boleh digelarkan teman ketika waktu sukar dan senang.
Memang benar apabila seorang pelajar lelaki tersebut yang diberi nama Harraz Naufal selalu ada dengannya.
Terutama apabila Ammara Sofea menghadapi masalah dalam pembelajaran iaitu subjek matematik tambahan, Harraz Naufal ialah orang pertama yang membantunya.
Menjadikan dia seorang pelajar yang banyak improve untuk subjek itu.
Persahabatan mereka semakin rapat sehinggakan mereka disalah anggap oleh rakan-rakan sekelas mereka sebagai "couple".
YOU ARE READING
Was It Unrequited Love?
RomanceTengku Eariq Mikael x Ammara Sofea. Tengku Eariq Mikael. Seorang lelaki yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Ammara Sofea. Se...