BAB 10

16 3 0
                                    

"Siapa tadi tu Fea? Kawan baru ke? Macam mana sekolah harini, okay?" Aniq Amsyar bertanya dengan nada penuh perhatian sebaik sahaja Ammara Sofea memasuki kereta Audi Q3 Sportback miliknya. 

Dia tidak dapat menyembunyikan rasa keprihatinan yang mendalam terhadap adik saudaranya, sentiasa ingin tahu tentang segala hal yang berlaku dalam hidup Ammara Sofea, terutama tentang kawan-kawan dan kehidupan sehariannya.

Ammara Sofea mengukir senyuman manis sambil menghela nafas kecil. 

"Haah, tu kawan baru Fea. Rakan sekelas Fea juga, Inara Amni nama dia. Sekolah harini alhamdulillah semua okay je." Ammara Sofea berbohong sedikit, berusaha untuk mengelakkan daripada membuatkan Aniq Amsyar risau lebih daripada yang sepatutnya. 

Dia tahu betapa Aniq Amsyar sering merasa tertekan jika ada perkara yang mengganggu hidup Ammara Sofea, dan dia tidak mahu menambah beban abang saudaranya itu.

Sikap curious dan risau Aniq Amsyar memang sangat ketara.

Berbeza dengan abang saudaranya yang lain, Qasy Raihan, yang juga prihatin tetapi tidak terlalu risau tentang hal-hal peribadi Ammara Sofea. 

Qasy Raihan lebih cenderung untuk memberi ruang dan kepercayaan kepada Ammara Sofea, yakin bahawa adiknya itu akan membuat keputusan yang baik tanpa perlu terlalu dikawal.

"Abang Am bukan apa, abang cuma....."

Aniq Amsyar terhenti apabila Ammara Sofea menyampuk sambil tangan kanannya menyentuh bahu kiri Aniq Amsyar dengan lembut. 

"Abang tak perlu risau okay? Ammara Sofea, adik abang yang comel ni tahu dengan siapa dia berkawan. Inara Amni tu baik tau sebab dia banyak tolong Fea hari ni. Fea cuma nak abang Am, abang Qasy, mummy dan daddy doakan yang terbaik untuk Fea, tu je dah cukup."

"Fea janji, akan bagitahu kalau ada apa-apa berlaku dekat Fea." Ammara Sofea menambah, berbohong lagi untuk mengelakkan Aniq Amsyar bertambah risau. 

Dia sedar bahawa dia perlu menjaga keseimbangan antara memastikan abang saudaranya itu tidak terlalu risau dan tetap menjalani hidupnya dengan cara yang dia inginkan.

Anak mata Aniq Amsyar berkilauan dengan rasa sayang dan keprihatinan yang mendalam. 

"Baik, abang percaya yang Fea pandai jaga diri. Nanti bawa abang jumpa dengan kawan Fea tu, nak juga kenal-kenal dengan dia." ucapnya dengan nada yang penuh harapan.

Ammara Sofea tersenyum dengan rasa kasih sayang yang mendalam terhadap abang saudaranya. 

"Nanti, abang Am. Kalau ada masa, Fea bawa abang jumpa dengan Inara, ye?" katanya sambil mengangguk. 

Aniq Amsyar kembali fokus pada pemanduan, menikmati perjalanan pulang ke rumah mereka.

Setibanya di rumah, Aniq Amsyar memaklumkan kepada Ammara Sofea bahawa ibu bapa dan abang sulungnya akan pulang lewat malam itu. 

"Fea...mummy, daddy dengan abang Qasy balik lambat hari ni. Jadi, kita makan dekat luar hari ni tau. Fea okay kan? Cakap je nak makan apa, abang bawakan."

Ammara Sofea mengangguk tanda setuju. 

"Okay, abang. Fea ikut je," katanya dengan senyuman lembut. 

Dia merasa lega kerana tidak perlu memikirkan apa-apa tentang makan malam malam itu dan dapat fokus kepada perkara lain yang lebih penting.

Sebelum dia menaiki anak tangga ke biliknya, Ammara Sofea memberanikan diri untuk bertanya sesuatu. 

"Abang....abang Am...free tak petang ni? Kalau free, boleh ke kalau kita pergi melawat kubur Ummi dan Abi?"

Terdapat nada sedih dalam suara Ammara Sofea. 

Was It Unrequited Love?Where stories live. Discover now