BAB 7

16 3 0
                                    

Wajah Tengku Eariq Mikael dan Ammara Sofea dipandang bersilih ganti.

"Baik, Teng.....,, Eariq Mikael. Awak claim yang pelajar baru ni masuk tandas pelajar lelaki, means dia yang stalk awak? Is that it?" soal Sir Zayn selaku pengetua sekolah The Elite Prinzes School.

"Pelajar baru? No wonder tak pernah nampak sebelum ni." omelnya dalam hati.

Anggukan diberikan sebagai jawapan ya kepada pengetua The Elite Prinzes School itu.

Dipandang pula wajah Ammara Sofea yang sedari tadi hanya menundukkan wajahnya.

"Dear Ammara Sofea, anything yang awak nak cakap?" soal Sir Zayn lagi, kali ini diajukan untuk Ammara Sofea.

Diangkat wajahnya untuk membalas renungan Sir Zayn.

Cuba memikirkan susunan ayat yang sesuai untuk membalas persoalan itu.

Lama dia berfikir sebelum membalasnya.

"Saya minta maaf. Memang salah saya sebab masuk tandas pelajar lelaki. Tapi apa yang saya pasti, saya yakin yang saya tak salah tengok tanda di luar pintu tandas sebelum masuk tadi." yakin sekali suara Ammara Sofea ketika memberi penjelasan tersebut.

Tengku Eariq Mikael? Hanya memandang hadapan tanpa reaksi.

"Jadi, sudah jelas yang pelajar baru saya ni, Ammara Sofea tersalah masuk disebabkan tanda di luar pintu tandas belum diubah." anggukan diberikan tanda faham.

"Hence, tiada isu stalk atau pervert disini, ye. Kamu berdua boleh balik semula ke kelas. Pasal isu ni, akan saya maklumkan kepada Encik Lee untuk membetulkan semula tanda yang tertukar tu." tegas sahaja suara itu tetapi masih lembut didengari.

"Alhamdulillah, semuanya selesai. Kau berjaya Ara untuk kekal tenang." nafas dihembus lega.

"Tunggu! Sir nak beritahu saya yang kes ni tutup macam ni saja? Kan saya dah bagitahu yang perempuan ni alias pelajar baru masuk tandas tu then cakap saya pervert!" nada suaranya naik seoktaf.

Badan yang disandarkan di kerusi terus dilurukan sedikit ke hadapan. Marah. Geram.

"Sir nak biarkan saja ke? Ah, one more thing. Masa perhimpunan tadi, saya dah bagi warning untuk semua pelajar supaya hati-hati sebelum masuk tandas atau tengok dulu tanda yang mungkin tertukar tu!" sambungnya lagi.

Sengaja perkataan warning itu ditekankan untuk membuktikan yang Ammara Sofea memang stalk dia.

Cis, masih tak puas hati Tengku Eariq Mikael ni.

Kepala masih dihadapkan ke hadapan, tidak ingin dia melihat Ammara Sofea.

Sebenarnya dia takut terkesima lagi dengan warna mata emerald green itu.

Sementara itu, di dalam kelas 5A...

"Weyyy, apa yang bunyi bising dekat luar tu? Ada fashion show ke?" tanya Zarif Rifqi yang sudah melentokkan kepalanya di atas meja sambil menguap.

Terganggu lenanya apabila mendengarkan bunyi kecoh di luar kelas.

"Ganggu aku nak sweet dream je." bentaknya dalam hati.

Kedua sahabatnya, Hayyan Lutfi dan Faiq Darwisy hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan Zarif Rifqi itu.

Gerakan kening Faiq Darwisy memberi signal arahan supaya Hayyan Lutfi melihat apa sebenarnya yang berlaku di luar kelas mereka.

"Haikal, apa yang bising-bising ni?" jerkah Hayyan Lutfi kepada salah seorang rakan sekelasnya yang turut berada di luar kelas itu.

"Entah, aku pun tak sure apa yang aku nampak tadi. Yang pasti, aku nampak Mika tarik tangan seorang pelajar perempuan and dengarnya pelajar baru." jelas Haikal dengan yakin.

Was It Unrequited Love?Where stories live. Discover now