Sudah masuk minggu ketiga persekolahan, Ammara Sofea semakin bersemangat untuk meneruskan rutin hariannya seperti biasa.
Jam dinding di biliknya menunjukkan pukul 5:30 pagi, dan Ammara Sofea memandang sekilas sebelum bangkit daripada perbaringannya.
Walaupun mata masih terasa berat, dia memaksa diri untuk bangun.
Dia duduk di tepi katil seketika, memusingkan badannya ke kiri dan kanan untuk meregangkan otot yang sengal.
Maklumlah, baru bangun tidur, badan perlukan sedikit masa untuk menghilangkan rasa lenguh.
Tangan kanannya menggosok mata kanannya yang masih mengantuk, sebelum dia bangun dan melangkah menuju ke bilik air.
Suasana pagi yang sunyi menambah rasa damai dalam dirinya.
Segala hiruk-pikuk dunia luar seolah-olah tiada, hanya dia yang berada dalam dunianya sendiri.
Selesai membersihkan diri, Ammara Sofea mengenakan uniform sekolahnya.
Selepas itu, dia mengambil telekung di atas rak dan memakainya untuk menunaikan solat subuh.
Kemudian, sejadah yang terlipat kemas dibentangkan.
"Ya Allah, sepertimana Kau sudah permudahkan segala urusanku, Kau permudahkanlah juga segala urusan ahli keluargaku. Kurniakan mereka rezeki yang melimpah ruah, lindungi mereka kerana merekalah yang banyak membantuku, menyayangiku, dan melindungiku. Makbulkanlah doa hambamu ini, Ya Allah. Aamiin."
Selesai berdoa, Ammara Sofea melipat telekung dan sejadahnya dengan kemas lalu diletakkan di atas katilnya.
Dia memandang cermin meja soleknya sambil mengusap rambut yang masih basah sedikit.
"Gaya rambut apa aku patut buat hari ini, ye?" tanya Ammara Sofea kepada dirinya sendiri sambil memuncungkan bibir, berfikir sejenak.
Selepas berfikir beberapa ketika, dia akhirnya memutuskan untuk membuat gaya loose French braid—gaya kegemarannya yang sering Umminya buatkan untuknya ketika kecil.
Rambut panjangnya, yang mencecah paras pinggang, digayakan dengan penuh teliti.
Dia membuka laci meja soleknya, mencari aksesori rambut yang sesuai.
Ada banyak pilihan, terutamanya kerana Qasy Raihan, abang saudaranya yang penyayang, sering menghadiahkan aksesori rambut dan minyak wangi kepadanya.
Ammara Sofea tersenyum sendiri, teringatkan betapa manis dan penyayangnya Qasy Raihan terhadap dirinya.
"Sweet sangat Abang Qasy ni!" Ammara Sofea tertawa kecil sambil memilih satu pin rambut berbentuk bunga kecil.
Dia teringat akan pujian Qasy Raihan ketika dia mengenakan tudung bawal semasa majlis doa selamat yang dianjurkan oleh syarikat daddy Azhar tempoh hari.
"Fea adik abang ni comellah, tapi Fea lagi nampak comel dan manis kalau bertudung," puji Qasy Raihan.
Ammara Sofea tersipu-sipu ketika itu, dan walaupun sudah berlalu beberapa hari, kata-kata abang saudaranya itu masih berlegar di fikirannya.
Dia sedar bahawa menutup aurat adalah kewajipan, dan Ummi serta Abi sudah sering memberikan nasihat serta dorongan untuknya menutup aurat sepenuhnya.
Namun, Ammara Sofea masih belum bersedia sepenuhnya.
Dia merasakan bahawa apabila tiba masanya, dia mahu melakukannya dengan ikhlas dan dengan keyakinan penuh.
"It takes time for people to fully change," bisik Ammara Sofea kepada dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Was It Unrequited Love?
RomanceTengku Eariq Mikael x Ammara Sofea. Tengku Eariq Mikael. Seorang lelaki yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Ammara Sofea. Se...