Selepas selesai taklimat daripada Sir Danny tentang jadual, aktiviti, dan peraturan yang perlu diikuti, pelajar-pelajar kem mula bergerak ke arah tempat penyimpanan khemah untuk mengambil barang-barang masing-masing.
Mereka dibenarkan memilih pasangan untuk berkongsi khemah, dan suasana mula sedikit kecoh dengan pelajar-pelajar berusaha mencari rakan sepasang.
Ada yang sudah siap dengan pilihan mereka, manakala ada juga yang masih kelihatan tercari-cari.
Ammara Sofea dan Inara Amni sudah awal-awal sepakat untuk menjadi pasangan khemah. Mereka menerima khemah kecil memandangkan hanya dua orang yang akan menggunakannya.
Setelah mendapatkan khemah mereka, mereka berdua mula mencari kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah di sekitar kawasan lapang yang disediakan oleh pihak kem.
Suasana di kawasan kem agak mendung, awan mula menebal. Angin lembut berhembus, membuatkan suasana terasa nyaman walaupun agak sibuk dengan pelajar-pelajar lain yang bertebaran sana-sini.
Jam tangan Ammara Sofea sudah menunjukkan pukul 12:00 tengah hari, dan beberapa khemah sudah mula berdiri dengan bantuan petugas kem yang bersedia membantu mana-mana pelajar yang memerlukan.
Inara Amni mula menunjukkan tanda-tanda keletihan. Dia menoleh ke arah Ammara Sofea dengan wajah yang sedikit masam.
"Sofea, kita macam mana nak pasang khemah ni? Serius, saya tak reti langsung ni," rungutnya sambil merenung khemah yang masih terbaring di atas tanah.
Tangannya yang cuba memasang tiang khemah sejak tadi sudah mula lenguh, dan wajahnya menunjukkan tanda putus asa.
Ammara Sofea turut terdiam seketika, memandang khemah di hadapannya.
"Tak apa, Amni. Kita cuba ikut je arahan ni. Baca perlahan-lahan, langkah demi langkah. Mesti boleh punya," balas Ammara Sofea, walaupun dalam hati dia sendiri sedikit risau sebab mereka dah mencuba hampir 20 minit, tapi khemah masih belum juga berdiri.
Inara Amni menarik nafas dalam, kemudian duduk mencangkung di sebelah khemah yang belum dipasang itu.
"Abang petugas tu, bukan nak tolong kita. Asyik duduk lepak kat sebelah sana je....macam tak nampak langsung kita tengah struggle kat sini!" rungutnya sambil menjeling ke arah abang-abang petugas kem yang sedang berbual dengan beberapa pelajar lelaki lain di kawasan khemah mereka.
Ammara Sofea tersenyum kelat mendengar rungutan kawannya itu. Dia tahu Inara Amni mula naik angin bila sesuatu tak berjalan seperti yang dirancang.
"Amni, sabar je lah. Nanti kalau kita betul-betul tak boleh, kita panggil la. Mesti abang tu datang tolong punya."
Namun, sebelum mereka sempat berbuat apa-apa, kelihatan Hayyan Lutfi menghampiri mereka berdua.
Dengan langkah santai dan senyuman kecil di bibir, dia bertanya, "Amni, Sofea....korang masih tak siap lagi ke pasang khemah?" nada suaranya ramah, seakan cuba memecahkan kesunyian di antara mereka.
Inara Amni yang dari tadi menahan geram, terus memotong dengan nada sindiran.
"Dah tahu, tanya lagi. Sibuk betul," balasnya tanpa melihat ke arah Hayyan Lutfi, matanya masih tertancap pada khemah yang belum terpasang itu.
Ammara Sofea cepat-cepat mencelah sebelum suasana menjadi lebih tegang.
"Amni! Sebenarnya kitaorang dah cuba pasang, tapi tak jadi-jadi. Entah apa silapnya," Ammara Sofea cuba menjelaskan dengan nada lebih lembut.
Matanya memandang Hayyan Lutfi yang sudah mula memeriksa khemah mereka, mencari di mana masalahnya.
Ammara Sofea sedikit hairan. Walaupun dia berkali-kali cuba tanya Inara Amni tentang apa yang tidak kena antara dia dan Hayyan Lutfi, kawannya itu tetap kunci mulut rapat-rapat.
YOU ARE READING
Was It Unrequited Love?
RomanceTengku Eariq Mikael x Ammara Sofea. Tengku Eariq Mikael. Seorang lelaki yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Ammara Sofea. Se...