Kedudukan dalam kelas yang diatur oleh Sir Danny tidak mendapat reaksi yang positif daripada pelajar-pelajarnya.
Kelas 5A, yang biasanya penuh dengan bunyi bising dan gelak ketawa, kini terasa tegang dan penuh debaran.
Pelajar-pelajar yang sebelum ini sering duduk bersama rakan-rakan akrab mereka, terpaksa menyesuaikan diri dengan susunan baru yang dianggap aneh oleh mereka.
"Apa yang lama sangat kamu tengok tu, Inara? Ada yang tak kena ke? Ke nama kamu takde?" soal Sir Danny bingung melihat Inara Amni yang daripada tadi hanya merenung kertas A3 di papan putih itu dengan pandangan yang sukar difahami.
Sir Danny menyuruh pelajar-pelajarnya berbaris untuk melihat kedudukan masing-masing secara bergilir.
Inara Amni yang terasa dikhianati oleh susunan baru ini hanya berlalu pergi ke tempat duduknya tanpa membalas persoalan Sir Danny kepadanya.
Ammara Sofea yang berada di belakang Inara Amni hanya melihat tubuh belakang kawannya itu tanpa bertanya apa-apa.
Kini gilirannya pula untuk melihat kedudukan yang telah diaturkan oleh Sir Danny.
Sejujurnya, Ammara Sofea tidaklah begitu gugup untuk mengetahui dengan siapa dia bakal duduk bersama sepanjang tahun itu. Dia telah bersedia menghadapi segala kemungkinan dan cuba untuk menghadapi dengan tenang.
Ammara Sofea memandang Sir Danny sekilas sebelum pandangannya diarahkan semula ke arah kertas A3 yang ditampal itu.
Sir Danny hanya mengangguk sambil melihat tingkah-laku pelajar-pelajarnya yang setia berbaris menunggu giliran masing-masing.
"Dah kenapa pula yang sorang lagi ni? Aku tak letak nama dia ke apa?" tanyanya dalam hati lagi.
Sir Danny sekali lagi hairan dengan reaksi Ammara Sofea yang hanya berdiri lama merenung kertas A3 itu.
"Ehemm, ehemmm... Ammara, awak okay ke? Ada yang tak kena ke? Apa yang lama sangat awak tenung nama awak tu? Ni kawan-kawan awak dah lama tunggu ni nak tengok nama. Kalau awak dah tengok, boleh ke tempat duduk awak semula ye," Sir Danny berkata dengan nada lembut tetapi tegas.
Ammara Sofea yang sebenarnya mendengar teguran Sir Danny itu, terus menundukkan wajahnya ke arah cikgu matematik tambahannya itu dan terus melangkah pergi untuk ke tempat duduk barunya yang baru sahaja dia lihat di papan putih tadi.
Inara Amni dan Ammara Sofea hanya mendiamkan diri selepas itu.
Mereka mengambil beg sekolah serta buku-buku yang diletakkan di bawah meja untuk bergerak ke tempat duduk baru yang telah diaturkan oleh Sir Danny.
Muka redha sahaja yang boleh dipamerkan ketika ini oleh pelajar-pelajar kelas 5A.
Susun atur kedudukan dalam kelas yang sudah lama dirancang oleh guru kelas mereka itu telah membuatkan pelajar-pelajar kelas 5A tidak senang duduk.
Mengapa?
Sir Danny yang pandai lagi bijaksana telah menyusun pelajar perempuan dan pelajar lelaki untuk duduk bersama.
Jadi, boleh bayangkan bagaimana ketegangan yang terpaksa mereka lalui sepanjang tahun itu?
Sedar akan kehadiran seseorang yang datang menghampiri mejanya itu, Ammara Sofea hanya menundukkan kepala.
Bau wangian yang dipakai oleh pelajar lelaki itu membolehkan dia untuk mengecam siapakah gerangan itu.
Walaupun Ammara Sofea cuba untuk mengabaikan kehadiran Tengku Eariq Mikael di sebelahnya, dia tidak dapat menafikan bahawa hatinya kini berdegup kencang setiap kali lelaki itu berada dekat dengannya.
YOU ARE READING
Was It Unrequited Love?
RomanceTengku Eariq Mikael x Ammara Sofea. Tengku Eariq Mikael. Seorang lelaki yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Ammara Sofea. Se...