Male lead
Tengku Eariq Mikael. Seorang yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Eariq Mikael merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Aktif dalam pelajaran serta sukan atau kokurikulum membuatkan dirinya famous dan disukai oleh pelajar lain terutama para gadis. Eariq Mikael memiliki rupa paras yang kacak. Keunikan yang dimiliki ialah dia mempunyai warna mata yang unik - icy blue, ketinggian yang mencecah 185cm, dan memiliki kulit yang cerah, putih kemerahan apabila disinari cahaya matahari.
Female lead
Ammara Sofea. Seorang yang lemah lembut, pemalu dengan orang yang tidak rapat, mempunyai seorang sahabat baik. Tidak mempunyai adik beradik kerana Ammara merupakan anak tunggal Ummi Fatimah dan Abi Muaz. Ammara Sofea telah kehilangan orang tua yang disayanginya itu ketika dia berusia 16 tahun. Setelah itu, dia dijaga oleh keluarga ibu saudaranya yang digelar 'mummy', merupakan kakak sulung kepada Ummi Fatimah. Mempunyai dua orang abang saudara yang sangat menyayanginya. Ammara Sofea mempunyai warna mata yang unik - emerald green, memiliki kulit yang cerah tetapi tidak terlalu putih, ketinggian yang mencecah 158cm, serta badan yang lemah membuatkan dia tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Sahabat Tengku Eariq Mikael
1. Zarif Rifqi. Seorang sahabat yang suka bergurau dan berjenaka. Tidak begitu aktif dalam aktiviti sukan atau kokurikulum. Dia juga suka menyendiri. Menggalas tanggungjawab sebagai pengawas pusat sumber di sekolahnya. Hal ini kerana, Zarif Rifqi memiliki hobi yang agak lain daripada sahabat-sahabatnya iaitu dia suka membaca novel.
2. Hayyan Lutfi. Seorang sahabat yang juga suka bergurau tetapi mempunyai sikap yang prihatin dan peramah. Menjadi kapten pasukan bola keranjang di sekolahnya. Hayyan Lutfi lebih suka bersukan untuk mengisi masa lapangnya.
3. Faiq Darwisy. Seorang sahabat yang agak serius, suka bergurau juga jika bersama sahabat-sahabatnya. Memiliki kelebihan bermain piano. Oleh itu, Faiq Darwisy banyak menghabiskan masanya berlatih bermain piano di bilik muzik.
Ketiga-tiga sahabat baik Tengku Eariq Mikael mempunyai rupa paras yang kacak, tinggi, aktif dalam sukan atau kokurikulum. Seperti dalam k-drama yang para readers minati, benar tekaan anda dan benar mereka berempat digelar 'F4' di The Elite Prinzes School.
Keluarga mereka merupakan ahli perniagaan yang terkenal, memiliki kekayaan yang tidak boleh disangkal lagi kerana kemewahan yang dimiliki terserlah apabila mereka mengenakan barang-barang yang berjenama.
Eariq Mikael sahaja yang tergolong daripada keluarga kerabat atau bangsawan tetapi tidak gemar orang sekeliling menggelarkan dirinya 'Tengku' kerana lebih suka stay humble.
Sahabat Ammara Sofea
Inara Amni. Merupakan satu-satunya sahabat baik yang Ammara Sofea ada. Dia bertemu dan berkenalan dengan Inara Amni ketika berpindah di sekolah barunya, The Elite Prinzes School. Inara Amni tergolong daripada keluarga yang kaya juga terkenal. Merupakan anak tunggal ibu bapanya. Memiliki hobi yang sama seperti Ammara Sofea iaitu membaca novel dan juga menonton series anime.
Keluarga Eariq Mikael
1. Papa - Tengku Yusuf Akhtar
2. Mama - Tengku Khadija
3. Abang - Tengku Emir Mikael
4. Kakak - Tengku Aisy Danisha
Keluarga Ammara Sofea
1. Daddy - Tuan Azhar
2. Mummy - Puan Mariam
3. Abang saudara - Qasy Raihan dan Aniq Amsyar
4. Ibu Bapa - Ummi Fatimah dan Abi Muaz
YOU ARE READING
Was It Unrequited Love?
RomansaTengku Eariq Mikael x Ammara Sofea. Tengku Eariq Mikael. Seorang lelaki yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Ammara Sofea. Se...