BAB 22

17 2 0
                                    

Flashback dua bulan yang lalu...

Bibir bawah Ammara Sofea digigit dengan penuh perhatian, dan dia memegang satu nota lekat yang berwarna baby blue di tangannya. 

Dalam hati, dia membaca isi nota itu dengan penuh perhatian. 

Ketika ini, Ammara Sofea sedang berada di dalam kelas seorang diri, kerana dia kembali ke kelas untuk mengambil dompetnya yang tertinggal di bawah meja.

Waktu rehat sudah bermula, jadi tiada siapa yang berada di dalam kelas kecuali Ammara Sofea yang kini duduk di kerusinya setelah membaca isi kandungan nota lekat tersebut.

- Believe me when I say, I always think of you. No matter how busy I am. No matter what I'm doing. My brain is constantly thinking of you -

"Another confession note?! Dah nak masuk lima bulan aku pindah sekolah ni. Hampir setiap bulan, mesti aku akan dapat satu nota lekat yang tiada penamanya. Bukan itu saja, tapi isi kandungannya pun....kenapa? Ada orang suka dekat aku? Siapa sebenarnya?"

Keluhan berat dilepaskan. 

Ammara Sofea sudah terbiasa mendapat surat cinta daripada pelajar lelaki dari kelas lain. 

Namun, setiap surat yang diterimanya biasanya mempunyai nama pengirim walaupun dia tidak mengenali mereka. 

Rakan-rakan sekelasnya juga tahu tentang surat-surat cinta yang sering diterimanya. 

Mereka mengabaikan perkara tersebut kerana mereka tidak menafikan bahawa Ammara Sofea memang memiliki rupa paras yang cantik, sifat lemah-lembut, baik hati, peramah, dan seorang pelajar yang cemerlang. 

Oleh itu, tidak hairanlah jika dia sering mendapat surat cinta kerana namanya sering disebut oleh pelajar-pelajar dari kelas lain juga.

Namun, Ammara Sofea masih bingung tentang nota-nota lekat yang sering diterimanya. Rakan sekelasnya hanya mengetahui tentang surat cinta yang diterimanya, tetapi tidak tentang nota lekat ini. 

Jadi, siapa sahaja yang tahu mengenai perkara ini selain dirinya?

Bahkan, kawan rapatnya, Inara Amni, tidak tahu mengenai nota lekat yang diterimanya. Ammara Sofea merahsiakan perkara ini dari pengetahuan sesiapa, termasuk rakan semejanya, Tengku Eariq Mikael. 

Dia yakin, setelah meneliti tulisan tangan yang sedikit berangkai dan kemas, ia bukan tulisan tangan Tengku Eariq Mikael.

End flashback...


"Boleh ke kalau aku tanya dia? Untuk kepastian? Selama ini memang aku yakin dan pasti yang semua ini bukan daripada dia sebab dua-dua tulisan ni ada perbezaan, tapi kadang-kadang tertanya juga kalau-kalau dia yang tulis..."

Ammara Sofea membelek semula nota-nota lekat yang tersimpan dalam kotak kecilnya. 

Sehingga kini, dia tidak mengetahui siapa yang memberikan nota-nota tersebut. Isi kandungan di setiap nota lekat yang diterimanya mengandungi luahan cinta yang serupa dengan isi kandungan surat-surat cinta yang disimpannya di dalam kotak berasingan.

Perbezaannya adalah surat cinta itu ditulis oleh orang yang berbeza. Manakala, nota-nota lekat itu ditulis oleh orang yang sama kerana tulisan tangannya yang serupa.

Apa yang dia pasti adalah, nota-nota tersebut diberikan oleh seseorang yang sudah lama memerhatikannya dan sebenarnya cukup dekat dengannya. 

Bagaimana Ammara Sofea tahu? Hanya rasa hatinya yang mengatakan begitu, jadi dia percaya sahaja.

Setelah beberapa minit, Ammara Sofea kembali ke katilnya dan menarik selimut sehingga ke paras dadanya. Lalu, dia terlena dibuai mimpi indah.

Hari ini adalah hari di mana dia harus melaksanakan misinya untuk memberikan surat permohonan maaf kepada rakan semejanya, Tengku Eariq Mikael. 

Was It Unrequited Love?Where stories live. Discover now