BAB 17

14 3 0
                                    

Hampir sahaja Ammara Sofea jatuh tersungkur. Kakinya tiba-tiba hilang keseimbangan akibat permukaan lantai yang licin, menyebabkan seluruh tubuhnya terhuyung-hayang ke hadapan. 

Jantungnya berdegup laju, dan perasaan terkejut serta malu mula menyelubungi dirinya. Dengan pantas, dia menahan nafas seketika sambil menatap permukaan lantai yang menjadi punca insiden itu. 

"Fuhh, alhamdulillah. Nasib baik aku tak jatuh, kalau tidak memang malu," bisiknya dalam hati. 

Dia segera menarik nafas lega, namun masih teringat bagaimana keadaan itu boleh menjadi jauh lebih teruk. 

Jika dia jatuh, bukan sahaja maruahnya yang terjejas, tubuhnya juga mungkin akan mengalami kecederaan. 

Mujurlah, suasana sekolah pada waktu itu masih lengang; hanya segelintir pelajar yang berada di kawasan tersebut.

Tetapi, perasaannya yang lega itu tidak bertahan lama. Dalam keadaan dirinya masih cuba menenangkan diri, dia merasakan lengannya dipaut oleh seseorang dari arah belakang. 

Tangan seseorang yang kukuh dan tegas memaut tangannya, menstabilkan tubuhnya agar tidak terjatuh. 

Terasa sentuhan itu, Ammara Sofea segera berpaling ingin mengetahui siapakah gerangan yang membantunya.

Namun, sebaik sahaja dia berpaling, jantungnya berdegup kencang. Lebih laju daripada ketika dia hampir jatuh tadi. Perasaan terkejut, malu, dan tidak percaya segera memenuhi hatinya. 

"Dia...?" bisik hatinya dengan wajah yang keliru. Matanya terbuka luas, dan dia sukar untuk mempercayai apa yang dilihatnya. 

"DIAAAA? Ya Allah, kenapa mesti dia yang tolong aku sekarang ni?" 

Serentak dengan itu, Ammara Sofea mula berasa tidak keruan, terkejut bercampur malu kerana lelaki yang berdiri di belakangnya itu tidak pernah disangka olehnya. 

Degupan jantungnya semakin laju, resah, gelisah. Semua perasaan itu bercampur-baur. 

Dia segera memeriksa diri, adakah dia sebenarnya telah bersandar pada lelaki itu tadi? Dia menggigit bibirnya perlahan-lahan, cuba menenangkan perasaannya yang berkecamuk. 

"Aku sandar dekat badan dia ke tadi? Ya Allah, malunya aku... Tapi kalau bukan sebab dia yang tolong aku, dah lama aku jatuh tersembam," bisiknya sambil cuba memahami situasi yang berlaku.

"Ehemm," satu deheman halus keluar dari bibir lelaki itu, memecahkan suasana sunyi dan janggal di antara mereka. 

Pegangan di lengannya perlahan-lahan dilepaskan, namun kesan daripada sentuhan itu masih terasa, membuatkan Ammara Sofea kaku seketika. 

Lelaki itu berdiri tegak di belakangnya, matanya tidak bersuara tetapi penuh dengan isyarat yang sukar untuk diungkapkan.

Sebelum kejadian itu berlaku, Tengku Eariq Mikael dan Zarif Rifqi baru sahaja tiba di sekolah. 

"Qie, kau masuklah kelas dulu. Aku nak pergi tandas sekejap," ujar Tengku Eariq Mikael kepada sahabatnya. 

Zarif Rifqi hanya mengangguk lemah, kelihatan seperti tidak begitu terjaga sepenuhnya. Matanya masih kuyu, jelas sekali kerana berjaga hingga larut malam membaca novel. 

"Okay," balas Zarif Rifqi dengan malas, sambil tangannya menyeka wajahnya yang mengantuk.

Tengku Eariq Mikael melangkah ke tandas, membiarkan Zarif Rifqi menuju ke kelas seorang diri. Langkahnya santai, menikmati suasana sunyi pagi itu. 

Setelah selesai di tandas, dia keluar dan memerhati sekeliling. Suasana di koridor masih gelap dan sunyi, tanda bahawa mereka tiba agak awal pagi itu. 

Was It Unrequited Love?Where stories live. Discover now