"Korang, kawan-kawan yang aku kasihi dan sayangi sekalian alam...tolong beri sepenuh perhatian bila aku nak bercakap!! Aku ada benda penting yang nak disampaikan, jadi aku minta korang semua untuk duduk di tempat masing-masing dulu. Kenapa? Sebab ini penting dan perlu perhatian semua!"
Tasha, sebagai penolong ketua kelas 5A, menyampaikan arahan dengan penuh ketegasan dan keyakinan.
Suaranya yang lantang dan penuh semangat telah menarik perhatian semua pelajar kelas 5A, memastikan mereka semua fokus kepada apa yang akan disampaikan olehnya.
"Dekat tangan aku ni ada satu borang yang korang semua kena isi. Sir Danny minta aku untuk sampaikan maklumat ni sebab tadi, semasa kelas, dia terlupa untuk beritahu korang. Sir Danny minta aku untuk mengumpulkan borang ini selewat-lewatnya esok, hari Jumaat. FAHAM!?!?"
Tasha menekankan setiap perkataan dengan penuh penekanan, matanya melirik tajam ke arah setiap rakan-rakan sekelasnya, memastikan mereka benar-benar mendengar dan memahami arahan tersebut.
Suara Tasha yang penuh semangat dan tegas memberikan kesan mendalam kepada rakan-rakannya di kelas.
Mereka sudah biasa dengan gaya kepimpinan Tasha yang walaupun kelihatan garang, sebenarnya Tasha ialah seorang pelajar yang baik hati, prihatin, peramah, bertanggungjawab, dan penuh integriti.
Oleh itu, pelajar-pelajar kelas 5A mematuhi arahan Tasha dengan penuh perhatian dan tanpa banyak soal.
Setelah borang-borang tersebut diagihkan, suasana kelas menjadi riuh rendah dengan perbincangan. Pelajar-pelajar mula berbincang antara satu sama lain tentang isi kandungan borang yang baru mereka terima.
THE ELITE PRINZES SCHOOL - KEM MOTIVASI SPM
"Wahhh, kem motivasi la korang! Jom-jom kita pergi! Ini peluang untuk kita semua!" Haikal, yang duduk di barisan belakang kelas, menceriakan suasana dengan seruan penuh keriangan.
"Siapa yang tak suka kem motivasi? Ini peluang kita untuk menambah ilmu dan sambil-sambil tu kita boleh sertai aktiviti-aktiviti yang boleh menyuntik semangat kita semua. Bukankah itu yang kita perlukan sekarang?" jelas Haikal lagi dengan nada cerianya.
Ammara Sofea memerhatikan borang itu dengan penuh perhatian.
Walaupun dia tidak menunjukkan reaksi yang jelas di wajahnya, dalam hatinya, dia sebenarnya sangat teruja untuk menyertai kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar tingkatan lima.
Kem motivasi ini merupakan tradisi tahunan di The Elite Prinzes School, bertujuan untuk memberi suntikan semangat dan keyakinan kepada pelajar-pelajar tingkatan lima mereka menjelang SPM.
Namun, Ammara Sofea tahu bahawa untuk menyertai kem ini, dia memerlukan persetujuan daripada ibu bapa.
Teringat situasi di mana apabila, Ammara Sofea ingin meminta izin untuk keluar bersama Inara Amni, ahli keluarganya seperti tidak memberi keizinan untuk dia pergi.
Mereka memberi alasan bahawa Ammara Sofea masih lagi di usia remaja dan muda.
Tidak sesuai untuk dirinya keluar bersama kawan tidak kiralah rapat mana pun mereka, masih bahaya untuk dirinya.
Ammara Sofea yang memahami akan keprihatinan ahli keluarganya itu hanya menurut sahaja.
Dia tidak mahu membantah apatah lagi memberontak kerana sedar akan dirinya yang dijaga, dibelai dan disayangi oleh keluarga ibu saudaranya yang sudah menganggap dirinya seperti anak kandung mahupun adik kandung keluarga itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/375153842-288-k110103.jpg)
YOU ARE READING
Was It Unrequited Love?
Любовные романыTengku Eariq Mikael x Ammara Sofea. Tengku Eariq Mikael. Seorang lelaki yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Ammara Sofea. Se...