"THE ELITE PRINZES SCHOOL"
Papan tanda yang memaparkan nama sekolah itu ditenung lama oleh Ammara Sofea sebelum langkahnya diangkat memasuki perkarangan sekolah.
Sebuah bangunan megah yang mengangkat nama "The Elite Prinzes School" berdiri megah di hadapannya, dengan setiap terperinci reka bentuknya telah menunjukkan kemewahan dan eksklusiviti yang dimiliki.
Dengan perasaan gugup yang menyelubungi diri, Ammara Sofea cuba untuk menenangkan dirinya.
Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan. Tarik nafas lagi, hembus.
Dalam keadaan cemas dan berdebar, dia cuba mengumpul keberanian dan semangatnya.
Siapa sahaja yang tidak merasa takut apabila melangkah ke sekolah baru? Perasaan itu cukup familiar dan wajar.
Bagi Ammara Sofea, fikirannya berkecamuk dengan pelbagai persoalan dan kebimbangan sehingga dia merasa sedikit mual.
The Elite Prinzes School adalah sebuah sekolah swasta terkemuka yang menempatkan pelajar-pelajar dari kalangan kerabat, golongan kayangan, bangsawan, dan mereka yang berdarjat tinggi.
Setiap sudut sekolah ini menggambarkan keanggunan dan eksklusiviti yang tidak dapat disangkal.
Tuan Azhar dan Puan Mariam, ibu bapa angkat Ammara Sofea, termasuk dalam golongan kayangan. Mereka memiliki sebuah perniagaan keluarga bertaraf antarabangsa yang dikenali di seluruh dunia.
Namun, Ammara Sofea tidak pernah mengetahui tentang status sosial mereka yang sebenar.
Sejak kecil, dia hanya menyedari bahawa ibu bapa angkatnya hidup dalam kemewahan, tetapi dia tidak pernah bertanya lebih lanjut kepada Ummi dan Abinya.
Baginya, yang lebih penting ialah kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh mereka.
Tahun ini, Ammara Sofea akan menjalani tahun terakhir sebagai pelajar sekolah menengah. Seluruh pelajar tingkatan lima di Malaysia akan berdepan dengan peperiksaan penting iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Peperiksaan ini akan menentukan arah tuju dan masa depan mereka. Dengan memikirkan betapa pentingnya peperiksaan ini, Ammara Sofea tidak dapat menahan kegelisahan yang mengganggu fikirannya.
Di satu sudut yang lain, Tengku Eariq Mikael dan sahabat baiknya, Zarif Rifqi, baru sahaja tiba di perkarangan sekolah.
Tengku Eariq Mikael, dengan senyuman terukir di wajahnya, mengucapkan terima kasih kepada pemandu sahabatnya, abang Hilman.
Selama ini, abang Hilman telah menjadi pemandu tetapnya, menghantar dan menjemputnya ke mana sahaja dia pergi kerana dia memang akan menumpang kereta yang dipandu pemandu peribadi sahabatnya, Zarif Rifqi.
Mereka berdua turun dari kereta mewah itu, dan bunyi hon kereta abang Hilman yang menandakan dia beransur pergi mengganggu keheningan pagi.
"Weyyy....kejap!!!" Zarif Rifqi memanggil dari arah belakang, cuba mengejar langkah sahabatnya, Tengku Eariq Mikael.
Tengku Eariq Mikael memandang sahabatnya dengan raut muka yang tidak bereaksi.
"Dah kenapa dengan Qie ni?! Dari dalam kereta sampai ke sekolah pun ada saja tak kena," bisik hati Tengku Eariq Mikael.
Qie adalah panggilan mesra untuk Zarif Rifqi yang digunakan oleh Tengku Eariq dan sahabat-sahabat mereka.
Keluhan kecil terlepas dari bibir merah Tengku Eariq Mikael.
Sahabatnya yang nakal itu kini memandangnya dengan pandangan nakal dan kening yang diangkat beberapa kali.
"Kau dah kenapa??? Jomlah masuk. Sekejap lagi perhimpunan dah nak mula! Atau kau nak aku denda kau?! Aku boleh je kalau....."
YOU ARE READING
Was It Unrequited Love?
RomanceTengku Eariq Mikael x Ammara Sofea. Tengku Eariq Mikael. Seorang lelaki yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Ammara Sofea. Se...