BAB 26

7 1 0
                                    

"Saya sarankan awak untuk rehat dulu. Jangan buat aktiviti-aktiviti berat, ya? Kalau awak masih nak sertai aktiviti malam nanti, lebih baik jaga diri sekarang," ujar pembantu perubatan sambil mengemas alat-alatnya setelah selesai memeriksa Ammara Sofea. Nadanya lembut, tetapi penuh peringatan.

Ammara Sofea mengangguk perlahan, senyuman manis yang biasa terukir di wajahnya muncul, walaupun dalam keadaan sedikit lemah. 

Senyumannya itu seolah-olah mahu menyembunyikan kekecewaannya kerana tidak dapat menyertai aktiviti petang. Matanya kemudian melilau mencari kelibat sahabat baiknya, Inara Amni, yang belum kelihatan di sekelilingnya. Ada rasa bimbang menjalar di hatinya.

Tidak jauh dari situ, di dewan besar, Inara Amni sedang tergesa-gesa berlari anak menuju ke arah hadapan dewan. Nafasnya tercungap-cungap, tapi dia tidak peduli. 

Matlamat utamanya adalah memberitahu guru tentang keadaan Ammara Sofea.

"Sir... Sir Danny!" laungnya kuat, memanggil gurunya yang sedang sibuk mengatur sesuatu di atas pentas. 

Suara nyaringnya menarik perhatian semua orang di sekeliling, termasuk Sir Danny yang sedang menyemak jadual aktiviti di tangannya.

Sir Danny menoleh ke arah suara itu, "Ha, Amni. Ada apa?" balas Sir Danny, matanya beralih dari kertas yang dipegangnya ke arah pelajar yang sedang berlari anak mendekatinya. 

Dia menyilangkan tangan, menunggu penjelasan dengan sabar.

Inara Amni menghampiri Sir Danny dengan nafas yang masih tidak teratur. Wajahnya memerah sedikit, mungkin kerana keletihan atau bimbang tentang Ammara Sofea. 

"Saya nak beritahu... Sofea... dia tak boleh join aktiviti petang ni, Sir," katanya dengan nafas yang masih tersekat-sekat, suaranya penuh dengan kerisauan. 

"Sebab dia—"

Belum sempat Inara Amni menghabiskan ayatnya, Sir Danny memotong, "Sebab dia terjatuh masa nak ke tandas tadi? Saya dah tahu. Eariq yang beritahu saya. Jangan risau, Amni." 

Suara Sir Danny tenang dan terkawal, seolah-olah perkara itu sudah diuruskan dengan baik. Dia tidak sekali pun mengalihkan pandangannya dari kertas tentatif yang berada di tangannya.

Inara Amni terdiam seketika. Matanya membulat sedikit, terkejut mendengar nama Tengku Eariq Mikael disebut. 

"Oh, Eariq....," gumamnya perlahan, terkejut meskipun sudah menyangka Tengku Eariq Mikael yang akan melaporkan tentang keadaan Ammara Sofea. 

Dia menarik nafas lega, rasa bimbangnya berkurang sedikit. Namun, hatinya masih belum tenang sepenuhnya. 

Sir Danny mula melangkah semula ke arah pentas, tetapi Inara Amni cepat-cepat memanggilnya lagi, "Sir!" suaranya kali ini sedikit mendesak.

Sir Danny menghentikan langkahnya dan memandang semula ke arah pelajarnya, kali ini dengan sedikit kerutan di dahi. 

"Apa lagi, Amni?" tanyanya dengan nada lebih lembut, tetapi jelas dia sedang tergesa-gesa.

"Err... Sir, boleh tak kalau saya tak sertai aktiviti petang ni? Saya nak teman Sofea. Dia sorang-sorang dan saya takut kalau jadi apa-apa lagi...," katanya dengan nada yang semakin perlahan. 

Sir Danny menghela nafas panjang, kemudian memberikan isyarat diam dengan mengangkat tangannya. Dia sudah mengenali Inara Amni, seorang pelajar yang sentiasa mahu memastikan kawan baiknya selamat. 

Namun, dia juga tahu Inara Amni memiliki sifat terlalu risau. 

"Amni, jangan risau. Sofea akan baik-baik saja. Awak perlu ikut aktiviti, bukan? Saya yakin, Sofea akan faham. Lagipun, ada pembantu perubatan yang akan jaga dia," balas Sir Danny, suaranya tegas tetapi lembut.

Was It Unrequited Love?Where stories live. Discover now