Hubungan Ammara Sofea dan Tengku Eariq Mikael semakin baik selepas mereka menyelesaikan perselisihan mereka minggu lepas.
Kini, kem motivasi yang dianjurkan oleh The Elite Prinzes School telah tiba, menandakan bermulanya perjalanan yang penting bagi mereka.
Kem motivasi ini diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan lima The Elite Prinzes School yang akan menghadapi peperiksaan penting, SPM, pada bulan November nanti.
Acara ini berlangsung selama tiga hari dua malam di AsiaCamp (Team Building Camp), Semenyih, Selangor. Pelbagai persiapan perlu dilakukan oleh pelajar sebelum mereka berangkat ke kem tersebut.
"Sofea, dah tengok ke semua barang yang perlu Fea bawa? Takut nanti ada yang tertinggal. Ubat-ubatan yang mummy sediakan tu, jangan lupa simpan dalam bagasi ye," pesan mummy Mariam dengan nada penuh perhatian dari ruang tamu bawah.
Dengan suara lembut namun tegas, mummy Mariam meluahkan pesanannya, memastikan Ammara Sofea tidak lupa barang-barang penting yang perlu dibawanya.
Walaupun hati mummy Mariam berat untuk melepaskan Ammara Sofea pergi buat pertama kalinya, dia menyedari bahawa ini adalah peluang bagi anak perempuannya untuk menimba pengalaman dan belajar berdikari.
Meskipun, timbul perasaan risau dan takut, dia harus merelakan Ammara Sofea untuk pergi. Dia juga yakin yang Ammara Sofea akan pandai menjaga dirinya.
"Ye mummy, Fea dah check semuanya. Semua ada dalam bagasi," balas Ammara Sofea dari dalam bilik tidurnya, sambil memalingkan sedikit kepalanya ke arah pintu bilik.
"Okay, semua siap! Apa lagi yang aku tertinggal....." fikirnya sambil meneliti barang-barang yang telah dikemas dan dimasukkan ke dalam bagasi pakaian.
"Mummy, mana Sofea? Dia kata bas bertolak pukul 8:30 pagi, kan? Sekarang dah pukul 7:30 pagi. Lagi sejam je, mana Sofea?" tanya Qasy Raihan kepada mummynya yang sedang duduk di sofa ruang tamu, wajahnya menunjukkan kerisauan.
"Ada dekat atas. Mummy dah panggil dah, nanti dia turunlah tu," jawab mummy Mariam ringkas, cuba untuk menenangkan anak sulungnya yang kelihatan risau.
"Okay, jom. Maaf abang, Sofea lambat," kata Ammara Sofea dengan nada tergesa-gesa sambil turun tangga dalam keadaan agak kelam-kabut.
"Sofea? Ya Allah, kenapa tak panggil abang je tadi? Meh, abang bawakan bag tu," ujar Qasy Raihan, melihat Ammara Sofea yang keletihan mengangkat bagasi.
Dia segera mengambil bagasi tersebut dari tangan Ammara Sofea.
Mummy Mariam hanya ketawa kecil melihat kelakuan anak-anaknya di pagi hari.
Ammara Sofea tersipu-sipu dan tersengih dengan kelakuan Qasy Raihan, lalu meluru ke arah mummy Mariam. Dia memberikan pelukan erat kepada mummynya sambil mencium kedua belah pipi wanita itu.
Mummy Mariam membalas pelukan Ammara Sofea dengan penuh kasih sayang. Dia mengusap lembut rambut Ammara Sofea sebelum memberi kucupan lembut di dahi anak perempuannya.
"Okay mummy, Sofea pergi dulu ye. Sayangnya daddy dan abang Am tak ada. Esok kalau daddy dah balik, mummy sampaikan salam dan ciuman Fea untuk daddy tau?" pinta Ammara Sofea dengan nada penuh harapan.
Daddy Azhar perlu menghadiri kursus di luar negeri selama tiga hari dua malam juga. Ammara Sofea tidak dapat bertemu dengan daddynya buat beberapa hari.
Aniq Amsyar pula masih berada di kampus universiti dan hanya akan pulang ke rumah ketika cuti semester.
"Yelah, mummy akan sampaikan salam Fea kepada daddy. Hati-hati dekat sana, Sofea. Kalau ada apa-apa yang berlaku, terus bagitahu cikgu atau kawan-kawan," pesan mummy Mariam dengan penuh perhatian, memberikan senyuman manis.
YOU ARE READING
Was It Unrequited Love?
RomanceTengku Eariq Mikael x Ammara Sofea. Tengku Eariq Mikael. Seorang lelaki yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Ammara Sofea. Se...