BAB 15

15 2 0
                                    

"Inara! Awak dekat sini rupanya. Puas saya cari!" Ammara Sofea berseru gembira sambil melabuhkan punggung di bangku batu yang menghadap padang sekolah, di sebelah Inara Amni. 

Cuaca petang yang cerah menambah keceriaan suasana, namun wajah Inara Amni kelihatan agak suram dan penuh dengan kerisauan.

"Fea, hehehe. Awak cari saya ke? Maaflah, saya tak bagitahu awak. Tadi, saya nak jumpa Sir Danny sekejap dekat bilik guru. Tapi dia takde pulak," jawab Inara Amni dengan nada kecewa sambil mengusap dahinya yang berpeluh sedikit. 

Dia kelihatan sangat letih setelah berlari-lari kecil ke sana sini dalam usaha mencari Sir Danny.

Inara Amni bergegas keluar dari kelas sebaik sahaja kelas Miss Qish tamat, tanpa sempat memberitahu Ammara Sofea tentang niatnya. 

Hatinya berdegup kencang kerana terlalu mahu menyelesaikan masalah yang membelenggu fikirannya. 

Langkahnya yang cepat dan penuh dengan semangat pada awalnya berubah menjadi langkah perlahan apabila dia mendapati Sir Danny tiada di bilik guru.

"Weyyy, kenapa dengan Amni? Kau buat apa dekat dia, Yan? Aku perhati je daripada kelas Sir Danny tadi korang tak bercakap langsungkan?!" 

Faiq Darwisy, sahabat Hayyan Lutfi yang duduk di belakang, memecah kesunyian dengan soalan yang penuh keprihatinan.

"Apa salah aku dekat dia sampai dia nak mengelak daripada aku? Pandang aku pun tak mahu, apatah lagi bercakap," jawab Hayyan Lutfi dengan nada kecewa. 

Wajahnya menunjukkan rasa hampa dan kemarahan yang tersembunyi di dalam hati.

Di bilik guru, Inara Amni tiba dengan penuh harapan. Dia bergegas masuk dengan semangat dan harapan tinggi, tetapi mendapati bahawa Sir Danny tidak berada di tempatnya. 

Hatinya penuh dengan rasa hampa, dia bertanya kepada cikgu-cikgu lain di situ, namun tiada siapa yang dapat memberikan jawapan yang diinginkan.

"Sir Danny takde masa saya sampai. Urghhh, geramnya. Saya nak bagitahu dia yang saya nak tukar tempat duduk," luah Inara Amni kepada Ammara Sofea yang mendengar dengan penuh perhatian. 

Raut wajahnya penuh dengan kekecewaan dan kebingungan, seolah-olah beban yang ditanggungnya terlalu berat.

"Kenapa awak nak tukar tempat duduk? Awak tak selesa ke?" tanya Ammara Sofea, memandang Inara Amni dengan penuh rasa ingin tahu. 

Suaranya lembut dan penuh empati, menggambarkan betapa dia benar-benar ingin memahami perasaan kawannya.

Meskipun Ammara Sofea tidak mengetahui sebab sebenar, dia dapat merasakan ketidakselesaan yang dialami oleh Inara Amni. 

Ammara Sofea juga pernah menghadapi situasi yang sama apabila mengetahui siapa yang akan duduk semeja dengannya. 

Perasaan tidak selesa dan kerisauan menghantui fikirannya. 

Walaupun begitu, dia memilih untuk menghormati keputusan Sir Danny.


Flashback di dalam kelas...

"Ya Allah. Kenapalah aku kena duduk sebelah dia? Aku ingatkan aku dah tak perlu berdepan dengan dia lagi. Bukan aku tak suka dia, cuma tak berapa selesa. Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah," bisik Ammara Sofea dalam hati. 

Dia hanya mampu meluahkan kekecewaan yang dihadapinya di dalam hati sambil melihat nama yang tertulis di atas kertas A3 itu. 

Perasaan kerisauan dan ketidakselesaan menyelubungi hatinya.

Eariq Mikael x Ammara Sofea

Itulah nama yang tertulis dalam susunan tempat duduk yang telah diaturkan oleh Sir Danny pagi tadi. 

Was It Unrequited Love?Where stories live. Discover now