Selepas berjumpa Sir Zayn di pejabatnya...
Ammara Sofea hanya mengikuti langkah Inara Amni dari belakang untuk ke kelas mereka.
Inara Amni sempat memberitahunya bahawa mereka adalah rakan sekelas.
Lega di sudut hatinya apabila mendapat tahu hal itu kerana kerisauan yang melanda dirinya dari malam tadi sedikit hilang.
Ammara Sofea gembira yang akhirnya dia akan mempunyai kawan baru selaku rakan sekelas pertama yang baru dikenalinya.
"Fea, ni la kelas 5A. Kelas kita. Jom masuk." gembira sekali wajah Inara Amni waktu ini.
Inara Amni memimpin tangan Ammara Sofea ke dalam kelas.
Tanpa mereka sedari, mereka telah menarik perhatian rakan-rakan sekelas yang lain.
Hal ini kerana satu sekolah tahu bahawa Inara Amni sejak di tingkatan satu, dia tidak mempunyai kawan baik yang rapat dengannya.
Meskipun, Inara Amni agak rapat dan dengan Tengku Eariq Mikael, dia masih tiada seseorang yang boleh dijadikan kawan rapat.
Inara Amni lebih selesa menyendiri kerana dia mempunyai kisah silam yang hanya diketahui oleh orang yang betul-betul mengenalinya sahaja.
Itu termasuk Tengku Eariq Mikael dan Hayyan Lutfi.
Disebabkan itu, Inara Amni sering dipandang serong oleh rakan-rakannya yang lain kerana mereka berfikiran bahawa Inara Amni ialah seorang pelajar yang sombong.
Walhal sebaliknya kerana telah terbukti bahawa sikap sebenar Inara Amni ialah dia seorang yang peramah apabila menemui seseorang yang boleh digelarnya sebagai seorang sahabat.
Renungan rakan-rakan sekelasnya dihiraukan apabila dia mulai menyedari pandangan mereka dari ekor anak matanya.
"Fea, awak duduk sebelah saya tau." girang sekali suaranya membuatkan Ammara Sofea tanpa lengah segera duduk di kerusi bersebelahannya.
Bahunya disentuh lalu kepala ditolehkan ke kanan melihat wajah manis dan comel Ammara Sofea.
"Ya Allah, comelnya kawan aku ni. Dahlah pipi gebu dengan lesung pipit." bisik hatinya ketika memandang wajah Ammara Sofea berserta senyuman manis.
"Warna mata dia tu, aku yang tengok pun terpukau apatah lagi kalau pelajar lelaki, confirm terbuai. Awhhh, kawai desu ne!" pujinya lagi dalam hati.
Badannya dipusingkan untuk menghadap Ammara Sofea tanda teruja.
"Ken...kenapa..se..semua orang pandang kita? Ada apa-apa dekat muka saya ke Amni?" suaranya tersekat-sekat ketika bertanya.
Soalan itu membuatkan Inara Amni segera memandang ke seluruh kelas lalu memberikan pandangan maut bersama mata dikecilkan sedikit.
"Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang ke diorang ni, pelik je." ugutnya di sudut hati bersama pandangan tajam.
Sibuk nak usha kawan kita yang comel ni la tu.
Nafas dihela, segera telapak tangan kanannya mengusap pipi gebu Ammara Sofea lalu berkata,
"Takde apa awak, muka awak comel je." puji Inara Amni jujur.
Dengan gaya rambut waterfall braid, klip reben berwarna maroon yang didandan kemas mengikat braidnya untuk dipadankan dengan warna uniform mereka.
Walaupun Inara Amni berkata tiada apa yang berlaku, Ammara Sofea masih rasa tidak selesa.
Ada beberapa rakan sekelasnya yang berbisik dan masih memandang ke arahnya.
YOU ARE READING
Was It Unrequited Love?
RomantizmTengku Eariq Mikael x Ammara Sofea. Tengku Eariq Mikael. Seorang lelaki yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Ammara Sofea. Se...