Usai Tengku Eariq Mikael membersihkan diri, sejadah yang terlipat kemas di atas katilnya dicapai.
Solat zohor yang belum ditunaikan dengan segera dia menunaikan kewajipannya itu. Setelah berdoa, sejadah yang digunakan dilipat semula.
Bekas cermin mata diambil dari bag sekolahnya. Kemudian, cermin matanya dipakai. Kenapa Tengku Eariq Mikael pakai cermin mata?
Dia memang akan memakai cermin matanya setiap kali ingin mengulang kaji pelajaran, ketika berada di dalam kelas, dan ketika berada di rumah.
Tanpa membuang masa, dia terus mengulang kaji pelajaran. Memang sudah menjadi rutin hariannya selepas pulang dari sekolah, dia akan berehat sekejap dan mengulang kaji semula subjek yang dipelajarinya pada hari itu.
Setelah hampir beberapa jam duduk di meja belajarnya, badan cuba diregangkan untuk menghilangkan rasa-rasa lenguh.
Cermin matanya juga dibuka dan diletakkan di atas meja belajarnya. Jam dinding yang menunjukkan pukul 7:30 malam itu dikerlingnya sekilas.
Begitu pantas masa berlalu sehinggakan dia tidak sedar yang sekarang sudah masuk waktu makan malam. Tengku Eariq Mikael telah menghabiskan masanya di bilik selama berjam-jam lamanya.
Tetapi, dia ada juga berhenti berehat selepas menunaikan solat asar dan kembali sambung untuk menyiapkan kerja sekolahnya pula.
Tiba-tiba, Tengku Eariq Mikael teringat akan hal yang terjadi di antara dia dan Ammara Sofea setelah tamat sesi persekolahan.
Fikirannya mula serabut memikirkan kelakuan Ammara Sofea terhadapnya. Dia pelik mengapa Ammara Sofea bersikap tidak seperti selalu.
Tangan kanannya diletakkan di dahi dengan gaya seakan memicit, cuba mengatasi pening dan kebingungan yang melanda.
Tengku Eariq Mikael sudah lama sedar bahawa Ammara Sofea menunjukkan sikap yang berbeza apabila bersama dengannya berbanding dengan rakan sekelas yang lain.
Dia berprasangka bahawa Ammara Sofea mungkin tidak selesa dengannya, tetapi tampak begitu selesa dengan yang lain seperti Zarif Rifqi, Hayyan Lutfi, Faiq Darwisy dan sudah semestinya, Inara Amni.
"Aku cuma nak berkawan dengan kau je, Ara. Tapi kenapa kau macam tak selesa dengan aku? Ke aku yang buat kau rasa tak selesa? Haihh, pelik juga. Tak pernah orang tak selesa dengan aku. Tapi kalau dengan Qie, Yan, Faiq atau Amni, boleh je kau berbual dan rapat macam dah lama kenal. Tapi, dengan aku? Kenapa kau macam nak mengelak, Ara?" bisiknya dalam nada penuh kecewa dan kebingungan.
Ammara Sofea berfikir sejenak sebelum memulakan misinya untuk meminta izin daripada ahli keluarganya.
Sudah tiba waktu makan malam, kesemua ahli keluarganya sudah berada di meja makan. Sekarang adalah waktu yang paling sesuai untuk dia bertanya.
"Mummy, daddy, abang Qasy, Fea ada benda nak bagitahu." katanya, memandang muka setiap ahli keluarganya secara bergilir-gilir.
Pandangan ahli keluarganya kini tertumpu ke arahnya yang sedang memandang pinggan berisi nasi dan lauk pauk itu.
"Sofea....nak minta izin mummy dengan daddy untuk...."
"Fea, kenapa ni sayang? Fea nak minta izin mummy dengan daddy?" soal mummy Mariam apabila melihatkan anak perempuannya itu seperti takut-takut ingin bertanya.
"Sekolah ada anjurkan kem motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan lima. Jadi boleh tak kalau Fea nak pergi?" beritahunya dengan mode yang agak laju tapi masih lagi boleh ditangkap percakapannya itu oleh ahli keluarganya.
"Ohhh, mummy ingatkan apalah tadi. Boleh je sayang, pergilah."
"Haah Fea. daddy dengan mummy izinkan." sampuk daddy Azhar pula.
YOU ARE READING
Was It Unrequited Love?
RomantizmTengku Eariq Mikael x Ammara Sofea. Tengku Eariq Mikael. Seorang lelaki yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Ammara Sofea. Se...