BAB 16

16 3 0
                                    

Jam dinding menunjukkan pukul 9:30 malam. Tengku Eariq Mikael mengerling sekejap ke arah jam sebelum meregangkan badan untuk menghilangkan rasa lenguh yang menyusul selepas lama duduk di meja belajar. 

Cermin mata diletakkan di atas meja, dan kepalanya mula dilentokkan di atas lengan kiri. 

Dia mengerutkan dahi, memikirkan betapa letihnya sesi belajar pada malam itu, dan perlahan-lahan memejamkan mata.

"Tidur sekejaplah, nanti sambung," bisik hati Tengku Eariq Mikael, sambil merasakan keperluan untuk berehat sebentar sebelum menyambung kerja sekolahnya yang masih berbaki.

Di ruang tamu, Tengku Khadija, ibu kepada Tengku Eariq Mikael, sedang duduk di sofa sambil memerhatikan Tengku Aisy Danisha, anak perempuannya yang baru pulang dari kerja.

"Aisy, awal kamu balik hari ini? Kamu kena ganti Dr Akmal kan?" tanya Tengku Khadija dengan nada lembut, memerhatikan anak perempuannya yang kelihatan penat tetapi ceria.

"Hmmm, sepatutnya. Tapi tak jadi. So, Aisy boleh balik awal. Penatlah ma, boleh tak mama tolong buatkan favourite drink Aisy?" jawab Tengku Aisy Danisha sambil matanya berkelip, berharap agar ibunya dapat membantunya. 

Tengku Aisy Danisha tahu bahawa mamanya akan sentiasa memenuhi permintaannya dengan senyuman.

Senyuman Tengku Khadija mekar di wajahnya. 

"Yelah, mama buatkan," jawabnya dengan penuh kasih sayang.

Tiba-tiba, Tengku Emir Mikael, abang sulung Tengku Aisy Danisha, menerjah dari arah belakang, menyebabkan bahu adiknya terhinjut sedikit.

"Bahhh!" 

Tengku Aisy Danisha terkejut dan menoleh dengan wajah merah padam. 

"Abang, apa ni? Terkejutlah Aisy! Nasib baik Aisy tak sakit jantung tau, kalau tak..."

"Kalau tak apa? Aisy nak buat apa? Alaaa adik abang ni, nak gurau sikit pun tak boleh ke?" balas Tengku Emir Mikael sambil ketawa kecil. 

Ketawanya mengundang rasa geram di hati adik perempuannya yang sudah tidak dapat menahan perasaannya.

"Kalau nak kacau ke bergurau, tu haaa dengan prince, si Mika tu! Dia muda lagi, risiko sakit jantung pun rendah!" 

Tengku Aisy Danisha membalas dengan nada sinis, menunjukkan betapa geramnya dia dengan gurauan abang sulungnya.

"Heyy, apa bising-bising ni? Dari dapur lagi mama dah dengar suara korang berdua. Tak habis-habis lagi ke nak bergurau? Emir? Kamu berdua tu dah besar panjang, dah kerja pun. Lainlah si Mika tu, remaja lagi. Jangan bising-bising, nanti ganggu Mika nak belajar," tegur Tengku Khadija dengan nada tegas. 

Pandangannya yang tajam menyentuh anak mata icy blue Tengku Emir Mikael, membuatkan kelakuan Tengku Emir Mikael segera dihentikan.

Tengku Emir Mikael dan Tengku Eariq Mikael mewarisi warna mata mamanya, Tengku Khadija, yang berwarna icy blue. 

Manakala Tengku Aisy Danisha mewarisi warna mata papanya, Tengku Yusuf Akhtar, yang berwarna dark grey

Warna mata ini menjadi salah satu identiti khas keluarga Tengku Yusuf Akhtar dan Tengku Khadija.

Keluarga Tengku Yusuf Akhtar dan Tengku Khadija, yang mempunyai darah kacukan Inggeris dan Arab, melahirkan anugerah kecantikan dan ketampanan yang tidak dapat disangkal. 

Tengku Emir Mikael, Tengku Aisy Danisha, dan Tengku Eariq Mikael semuanya mewarisi ciri-ciri ini, menambah keunikan keluarga tersebut.

"Nah sayang mama. Minum dulu ye. Lepas tu naik mandi dan rehat. Kamu dah makan ke? Kalau belum, mama boleh panaskan lauk," tanya Tengku Khadija kepada anak perempuannya yang sudah duduk di atas sofa bertentangan dengan dirinya.

Was It Unrequited Love?Where stories live. Discover now