Ammara Sofea dan Inara Amni sedang berehat di dalam khemah, menunggu hujan renyai yang agak lebat berhenti. Bunyi hujan yang mencurah ke atas atap khemah menambah kesunyian suasana.
Sementara pelajar-pelajar lain masih berada di dewan atau merayau di kawasan kem, mencuri masa untuk bersembang dengan rakan masing-masing.
"Amni, saya nak tanya awak sesuatu boleh?" soal Ammara Sofea serba salah, dalam percubaan untuk memecahkan kesunyian antara mereka.
"Tanya? Tentang apa? Kalau saya boleh jawab, saya jawab," balas Inara Amni tenang, tangannya ditekapkan di atas dahinya.
Inara Amni yang ketika ini sedang berbaring santai, melayani persoalan yang akan diajukan kawannya, Ammara Sofea.
"Awak....dengan.....Hayyan, kenapa? Maaflah kalau saya tanya ni buat awak terasa, tapi saya tertanya-tanya juga," bicara Ammara Sofea hati-hati supaya tidak menyinggung perasaan Inara Amni.
Tangannya juga dikuis berkali-kali, tetapi dia masih cuba bertenang ketikan bertanyakan soalan yang selama ini menjadi tanda tanya kepadanya.
"Apa yang awak perlu tahu, saya tak suka dia. Itu je," kata Inara Amni basa-basi, tetapi masih kedengaran tegas yang yakin di pendengaran Ammara Sofea.
Keluhan berat dilepaskan Inara Amni sambil menyambung semula bicaranya, "Saya tak kisah kalau awak nak berkawan dengan dia, tapi jangan paksa saya untuk berbaik apatah lagi berkawan dengan dia, okay?"
Ammara Sofea mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh Inara Amni kepadanya. Dia mendapati bahawa kawannya itu masih lagi tidak mahu bercerita hal yang sebenar.
"Baiklah, saya faham. Awak tidurlah dulu, saya nak ke tandas sekejap." anggukan diberikan seraya wajahnya masih menatap belakang badan Inara Amni yang sudah pun baring mengiring.
"Hmmm, hati-hati," Inara Amni menggumam sebagai balasan.
Zip khemah dibuka perlahan, agar tidak mengganggu Inara Amni yang nampaknya sudah mula berbaring mengiring.
Ammara Sofea mengintai keadaan di luar khemahnya, dan dia melangkah keluar untuk memerhatikan keadaan di luar.
Masih ada pelajar yang berkeliaran di sekitar kem walaupun hujan masih renyai.
Meskipun keadaan cuaca yang masih lagi mendung, hujan renyai agak lebat, ia tidak menghalang mereka untuk bergelak tawa, berbual-bual dan bergurau senda.
Di dalam khemah pelajar lelaki pula, Faiq Darwisy sedang mendengar muzik klasik melalui earphone, dan Hayyan Lutfi berbaring santai untuk menghilangkan rasa lenguh dibadan.
Di mana pula Tengku Eariq Mikael dan Zarif Rifqi?
Tengku Eariq Mikael meminta diri untuk ke tandas, dan Zarif Rifqi pula membawa diri ke suatu tempat yang tidak jauh dari kawasan kem untuk menenangkan dirinya buat seketika.
Apa yang membelenggu fikiran Zarif Rifqi, dia berfikir sama ada dia perlu meneruskan hajatnya untuk berterus terang atau tidak kerana dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.
Terutama sekali apabila dia mula merasakan perasaan yang tidak enak dirasainya selama ini. Dia harus berterus terang untuk melepaskan apa yang membuatkan hatinya tidak tenang.
Setelah menunaikan hajatnya, Ammara Sofea ingin melangkah keluar dari tandas.
Di situ, dia hampir bertembung dengan seseorang yang dikenalinya, bau haruman itu menyucuk hidungnya.
Kawasan kem yang menempatkan khemah-khemah terletak agak jauh dari tandas dan juga bilik mandi.
Oleh itu, keadaan di hadapan tandas sekarang agak sunyi buat mereka berdua.
YOU ARE READING
Was It Unrequited Love?
RomansaTengku Eariq Mikael x Ammara Sofea. Tengku Eariq Mikael. Seorang lelaki yang mempunyai pendirian diri, agak dingin dengan orang yang tidak rapat dengannya, tidak berperasaan, mempunyai tiga orang sahabat baik sejak sekolah rendah. Ammara Sofea. Se...