Part 1 -'♡'-

123 9 0
                                    

Kembali ke realiti setelah satu bulan dua minggu bercuti. Hari pertama semester baru.

"Sekarang kelas apa, Qas? Kelas kat mana?" aku bertanya rakanku, Qasrina.

"Sekarang kelas AAA di L202"

Masuk kelas, masih tiada orang. Sedikit demi sedikit pelajar yang mengambil subjek AAA masuk kedalam kelas.

"Kau ada tengok tak siapa lecturer yang mengajar?"

"Pada jadual kita tertulis Sir Muhammad Hazeem" aku meng'oh'kan sahaja jawapannya.

Pintu kelas dikuak dan seorang lelaki dalam berumur lewat 20-an masuk ke dalam kelas.

"Morning guys. Kelas AAA, kan?" katanya sebagai pembuka bicara untuk kelas pertama ini sambil kaki laju melangkah ke arah meja pensyarah.

"Yes, sir." Jawab seorang pelajar.

AAA disini membawa maksud Advanced Audit and Assurance. Salah satu subjek Professional Perakaunan, ACCA.

Aku yang masih tidak sedar kehadiran pensyarah kerana sedang bermain dengan telefon pintarku. Qasrina menyiku lenganku perlahan. Terus kepalaku yang menunduk dari tadi aku angkat menghadap ke depan. Aku pula duduk di meja berhadapan dengan meja pensyarah.

"Abang Azeem?!" aku kenal orang ini!

Ya, aku terkejut apabila gerangan yang menjadi pensyarah aku ialah seseorang yang aku kenal. Sama juga sepertiku, Hazeem terkejut apabila namanya dipanggil dengan suara yang lantang.

Aku pandang dia, dia pandang aku. Muka masing-masing tak sorok terkejut itu sampai bulat mata kami.

"Sha? Sha, kan?"

"Ya, saya Sha. Abang Azeem lecturer AAA  ke?"

"Yes, I am your lecturer, Sha. Now, address me appropriately. It's 'sir', not Abang Hazeem." jawabnya dengan muka yang serius dan bersuara tegas.

Terkedu aku bila ditegur terus seperti itu di hadapan semua orang di dalam kelas. Dia marah aku ke sebab tak bersikap profesional dalam kelas? Abang Azeem yang aku kenal suatu masa dahulu bukan seorang yang tegas. Tapi itu dahulu. 15 tahun yang lalu. Mungkin dia sudah berubah atau mungkin sebab dia sedang bekerja. Jadi, dia perlu menunjukkan sikap yang profesional di dalam kelas.

"Kidding, Sha. Saya tak marah awak pun. Rileks... dah macam tercekik susu basi je muka tu."

Aku mendengus geram. Dia kenakan aku rupanya. Aku jeling saja dia.

"Okay guys, as you heard earlier, I am your lecturer that will teach AAA this semester. I will provide you with the learning materials soon and I hope we both strive to pass the final exam later. Now, let's break the ice, shall we? My name is Muhammad Hazeem Bin Muhammad Shamsuddin. Call me Sir Hazeem." Hazeem memperkenalkan dirinya.

"Sir lecturer baru ke di sini?" tanya salah seorang pelajarnya.

"Yes, I'm new here. Just transferred a week ago. Saya masih lagi cuba adapt dengan culture dan system di universiti ni. Apa-apa sila beri saya tunjuk ajar, ya?"

"Boleh, sir!" Jawab beberapa pelajar.

"Sir, macam mana sir boleh kenal dengan Sha?"

Aku tak sangka soalan itu akan keluar daripada salah seorang daripada mereka. Dah kau terang-terang tegur dia depan-depan takkan lah orang lain tak pelik, kan?

Lagi sekali, dia pandang aku, aku pandang dia sebelum dia pandang semula kepada yang bertanya.

"She's the only one yang selalu tidur atas katil saya."

Terbeliak mata aku. Jawapan dia memang membuatkan semua orang bersangka buruk terhadap aku. Dapat aku dengar bisikan daripada rakan sekelasku. Habis merah muka aku.

'Adik sir ke? Bukan Sha anak sulung ke?'

'Mereka ada hubungan apa-apa ke?'

Aku terus menghempas fail di atas meja dan berdiri. Senyap satu kelas dan semua orang memandang aku.

"No, no, no! You guys jangan salah faham pula!"

Aku memandang Hazeem di hadapan kelas dengan pandangan yang tajam.

"Beritahu elok-elok lah! Jangan nak merepek boleh tak?! Nanti tersebar cerita yang tak betul macam mana?!" Marahku tetapi tidak terlalu lantang. Hanya berbisik keras pada Hazeem.

"Tapi itu cerita betul," jawabnya selamba.

Aku mengambil bekas pensilku mahu dibaling kearahnya namun sempat ditahan oleh Qasrina.

"She was my neighbour. Dia kecil lagi waktu tu. It was about 15 years ago. Sha hanya berumur 7 tahun. Jadi, tiada masalah pun dia tidur atas katil saya. Lagipun, dia masuk ke dalam bilik saya ketika dia sakit sahaja kerana rumah saya tiada bilik tetamu dan waktu itu saya tiada di rumah sebab ke sekolah. That's the real story. So, basically we were just neighbours. Are we clear now?"

"Yes, sir!"

"Kau orang jangan nak sebar pula cerita ni. Janji dengan saya, boleh?"

"Boleh sir!"

"Good. Now, I wanna hear about you guys. Introduce yourself starting from there,"

Hazeem menghalakan jari telunjuk ke arah pelajar lelaki yang berada di barisan paling hadapan untuk memulakan sesi perkenalan diri.

Walaupun Hazeem telah meredakan salah faham yang dia sendiri cetuskan, aku masih tidak puas hati dengannya. Adakah patut dia malukan aku di hari pertama kelas?!

Tiba giliran aku untuk memperkenalkan diri, aku hanya duduk dan diam memeluk tubuh sahaja kerana masih marah dengannya.

"Ah, nampaknya saya dah buat dia marah sampai tidak mahu memperkenalkan diri. I'm screwed I guess?" katanya apabila melihat aku diam sahaja mendapat gelakkan daripada pelajar-pelajar yang lain. Dia menggosok belakang lehernya. Rasa bersalah lah tu. Padan muka! Siapa suruh kenakan orang!

"Nevermind. You guys kenal dia kan sebab pernah classmate dengan dia sebelum ni? Saya pun dah kenal dia. So, let's proceed with our lesson plan and chapter 1."

Tamat sahaja kelas, aku diminta oleh Hazeem untuk tidak keluar daripada kelas terlebih dahulu. Adakah aku merancang akan menunggunya di dalam kelas? Mestilah tidak. Baik aku melepak dengan Qasrina sementara menunggu kelas yang seterusnya.

Adakah aku dapat keluar daripada kelas? Semestinya tidak! Kenapa Qasrina mesti perlu memihak kepada Hazeem?! Rakanku sendiri, Qasrina yang paksa aku berjumpa dengan Hazeem dengan alasan kami dah lama tidak berjumpa dan dia menyuruh aku bertanya khabar. Terpaksalah aku ikut kata mereka berdua.

"Jom," ajaknya tiba-tiba selepas dia mengemas barang-barangnya.

"Jom ke mana?"

"Pergi bilik abang,"

"Abang? It's 'sir', remember? Dan kenapa perlu pergi ke bilik pula? Tadi suruh tunggu dalam kelas je kan?" perli aku dan aku tekankan perkataan 'sir' untuk mengingatkannya.

"We're not in class for lesson right now. Call me Abang Azeem semula. I miss being called like that from you. Jom, pergi office abang. Kita tak boleh stay dalam kelas ni sebab ada kelas lain selepas ni."

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now