Part 12 -'♡'-

53 3 0
                                    

Keputusan test sudah diberikan Altaf dan kali ini, keputusan Mishal meningkat mendadak. Dia senyum puas hati. Dia memandang Altaf lama yang berada di hadapan kelas supaya Altaf memandangnya semula.

Bila sahaja Altaf memandangnya, Mishal memberikan senyuman puas dan bangga diri. Siap menjungkitkan kening berkali-kali untuk memberitahu bahawa dia sudah berjaya dalam test kali ini. Altaf hanya menggulingkan matanya menyampah. Menyesal pandang budak tu.


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


Hujung minggu pun telah tiba di mana Mishal ingin melepaskan lelah seketika selepas selesai sahaja minggu test. Mishal meluangkan masa di sebuah pusat beli-belah seorang diri. Rakan-rakannya yang lain lebih memilih untuk berehat sahaja selepas habis peperiksaan kali ini.

"Nak beli air apa, ya? Coffee or non-coffee?" Mishal berbicara sendirian sementara menunggu gilirannya untuk memesan di ZUS Coffee.

"Spanish Latte satu," pesan Mishal.

"Baiklah, Spanish Latte satu. Itu sahaja?"

"Ya, itu sahaja."

"Nak letak nama apa ya untuk kami panggil nanti?"

"Sha,"

"Alright, ini resit cik. Cik boleh duduk dulu, nanti kami panggil cik. Terima kasih,"

"Terima kasih,"

Mishal pun duduk di salah sebuah meja kosong di dalam premis. Sedang dia leka menunggu airnya, ada seorang lelaki yang baru duduk di meja sebelah. Dia menoleh pada lelaki itu.

"Al!"

Laju Altaf menoleh ke arah suara itu.

"Kau?!"

Macam mana boleh terjumpa budak ni kat sini?!

"Wow! Dalam pada tak nak bawa aku keluar jalan-jalan lepas exam, boleh pula terjumpa juga kat sini. Betullah, jodoh tak ke mana." Mishal berkata riang. Tak sangka undangan Mishal yang ditolak mentah-mentah pada hari kelmarin, terjadi juga.

"Aku nak balik." tak sampai seminit Altaf duduk, dia bangun semula.

Pantas Mishal mendepakan tangan di hadapan Altaf yang baru sahaja bangkit dari duduknya menghalang Altaf untuk pergi.

Akhirnya Altaf terpaksa bersetuju setelah berkali-kali dipujuk oleh Mishal. Tidak tahulah sama ada dipujuk atau dipaksa.

Pelbagai kedai Mishal tarik Altaf untuk dikunjungi. Sudah puas tawaf satu mall, diajaknya pula Altaf ke sebuah taman terdekat.

Altaf pula dengan rela hati melayan segala kerenah dan keinginan Mishal. Tolong tangkapkan gambar, tolong belikan air, tolong belikan snek, tolong belikan ais-krim dan sudah semestinya semua itu dibeli dengan wang Altaf. Satu sen pun Mishal tidak keluarkan kerana bak kata Altaf, budak-budak mana ada duit.

Tengah sedap-sedap Mishal menikmati ais-krimnya, tiba- tiba hujan turun dengan lebat. Tidak sempat mereka hendak berteduh.

Altaf melepaskan jaket biru gelap yang dipakai lalu meletakkannya di atas kepala Mishal dan mereka berlari ke kereta Altaf.

Sesudah masuk di dalam kereta, Mishal mengadu seperti kanak-kanak kecil, "Al, aiskrim aku jatuh tadi." pakej sekali bibir yang dicebikkan.

"Eloklah jatuh, kau dah makan banyak dah. Nasi ayam, pasta, air Chagee, roti sosej, Super Ring, apa lagi?"

"Tapi aiskrim tadi dessert."

"Kepala otak kau dessert. Hujan-hujan makan aiskrim, nanti kau demam, budak. Dah jom balik."

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now