Aku keluar sahaja daripada perpustakaan, hujan telah turun dengan lebat. Aku menyeluk tangan di dalam beg untuk mencari payung lipat yang aku bawa setiap hari. Gagau punya gagau tangan dalam beg itu, namun payungku tiada.
'Semalam aku tinggalkan di luar rumah sebab semalam pun hujan juga. Macam mana boleh lupa nak ambil ni. Haih, macam mana nak pergi ke tempat bas ni?' keluhku di dalam hati.
Aku memandang keluar. Nampaknya lama lagi ni hujan nak berhenti. Hari pun sudah petang. Terpaksalah aku meredah sahaja hujan untuk ke tempat parkir bas sedikit jauh dari belakang perpustakaan.
Sedang aku memandang sekeliling, aku ternampak seseorang yang aku kenali di bangunan bertentangan dengan perpustakaan. Altaf! Dia sedang berjalan hendak keluar dari bangunan tersebut dengan beg bimbit di bahunya. Mahu balik gayanya dan di tangannya terdapat sekali payung. Aku pun apa lagi, aku memanggilnya dari jauh sambil berlari dalam hujan ke arahnya.
"Al! Al lalalala!"
Terus aku masuk ke bawah payungnya.
"Tolong hantarkan aku pergi tempat bas. Terima kasih,"
"Kenapa tak bawa payung lipat?"
"Lupa,"
Kami berdua pun berjalan ke arah tempat bas di bawah payung yang dia pegangkan.
"Kau kenapa nak melencong ke kanan? Tempat bas kan terus lagi?" tanyaku apabila dia membelok ke kanan. Aku terpaksalah ikut. Kalau aku berhenti atau teruskan berjalan, basah pula aku nanti.
"Nak naik kereta akulah, nak balik."
"Hantarlah aku dulu pergi sana,"
"Tak nak. Jauh,"
"Ala depan itu saja,"
"Kalau kau nak jalan terus, keluar dari payung aku. Aku bukan gentleman nak serahkan payung aku pada kau dan biarkan diri aku kebasahan. Sudah, jangan banyak songeh. Ikut saja aku,"
"Cis, patut single." aku tempelaknya.
"Kau pun single,"
Hachoo!
"Woi, bersin tu tutuplah mulut!"
Aku menyedut hingus dan menggosok hidungku. Terasa sejuk kerana hujan.
"Oi budak, rapat sikit." arahnya.
Altaf menarik lenganku supaya merapati dia membuatkan aku hampir tersembam pada dadanya.
Rapat sangat ni! Elok-elok aku kesejukan sebab hujan, sekarang aku rasa muka aku panas sebab segan.
"Aku okay je lah," aku memberi jaminan pada Altaf.
"Kenapa?"
"Aku okay,"
"Bahu kau basah,"
"Aku okay,"
"Tak payah nak malu-malu,"
"Aku okay!"
"Kalau okay, masuk ke dalam sikit."
Dia ni kan! Altaf menunduk untuk melihat wajahku. Dia tertawa. Dia sengaja nak mengusik, kan?!
Muka aku merah ke? Harapnya tak lah. Eh sekejap. Aku blushing ke? Aku dapat rasakan dada aku dup dap agak kuat waktu dia tarik aku tadi. Ini bukan tanda aku suka dia, kan? Aku cuma terkejut dengan tindakan dia saja tadi, kan? Takkanlah dup dap tu maksudnya aku suka dia, kan? Kan?!
Sampai saja di tempat parkir pensyarah, dia membuka pintu hadapan keretanya. Aku pun masuk dan dia pun masuk ke bahagian pemandu. Aku memandang dia yang sedang memandu itu.
YOU ARE READING
Althea [COMPLETED]
RomanceKindly follow, comment and vote, guyss ⭐🌷 Berkenalan dengan kawan kepada jiran lamanya bukanlah pertemuan yang baik. Tengah-tengah menyiram pokok, tersiram orang pula. Hanya nama yang diperkenalkan kerana masing-masing yakin bahawa mereka tidak aka...