Lima hari sejak pergaduhan itu, aku langsung tidak menegur Altaf. Ingat nak lari dari dia sekali tetapi nak lari ke mana kalau dia ialah pensyarah yang mengajar aku. Terpaksa lah hadap dia dalam kelas. Yang paling buat aku geram, suka sangat soal aku dalam kelas! Aku rasa semua orang dalam kelas aku tu dapat rasa perang dingin yang melanda antara kami.
Hari ini hari Jumaat. Hari terakhir ke kelas dia untuk minggu ini. Selepas ini tak perlu tengok muka dia dua hari. Rasa seperti satu ebban besar akan hilang selepas ini kerana tidak perlu lihat muka Altaf dua hari. Haih, cepatlah Sabtu Ahad. Aku berjalan seorang diri ke kelas. Qasrina sudah gerak dahulu.
Sampai depan kelas, tak masuk lagi, aku mengeluh berat. Riak wajah aku yang tak sabar-sabar menunggu hujung minggu mati bila terlihat susuk tubuh orang itu. Ganggu mood betul! Sudah lah dia berdiri depan pintu dengan berpakaian baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok sambil menyilangkan tangan di dada. Nak tunjuk handsome tu dekat siapa?!
"Tepilah, aku nak masuk kelas." aku berkata dengan nada tegas dan aku nampak dia mengeluh.
"Sudah sudah lah tu merajuk, baby."
"Geli lah! Tak payah panggil baby!" aku jawab dengan marah.
"Hei, shh! Dia orang kat dalam dengar nanti!" Altaf meletakkan jari telunjuknya di bibir, memberi amaran dalam separa berbisik.
Aku gulingkan mata, rasa terganggu dengan situasi ini.
"Kau nak bagi aku masuk kelas ke tak nak? Kalau tak nak, aku okey je nak ponteng kelas kau. Boleh aku lepak bilik Abang Azeem main game dekat Ipad dia." aku dah malas nak layan dia ni.
"No! Games dalam Ipad aku lagi best," katanya berbau cemburu.
"Kau dah lama tak datang jumpa aku, budak. Lepas habis kelas jom pergi office aku." ajaknya.
"I don't take invitations from you anymore. Kau juga yang cakap aku boleh buat apa-apa je yang aku nak dan kau malas nak layan aku, kan? Jadi, aku decide, aku pun malas nak hadap kau," aku bidasnya.
"Sekarang, ke tepi. Aku nak masuk kelas. Kalau tak diingatkan aku datang sini nak belajar, memang aku tak masuk dah kelas."
Altaf tersentak dengan kata-kata yang memakan dirinya dan kata-kata Mishal yang jelas menunjukkan kekecewannya membuatnya rasa lebih bersalah. "Okay, at least take these for your breakfast. You're yet to have your breakfast, right?" Altaf menghulurkan sebungkus plastik dan aku ambil.
"Ada sosej cheese, karipap kari kentang and your favourite, full cream milk." katanya apabila dia melihat aku mengintai dalam plastik tersebut. Aku mengucapkan terima kasih dengan nada dingin dan Altaf beralih ke tepi memberi ruang supaya aku boleh masuk ke kelas. Sebelum membuka pintu dan masuk ke dalam kelas, aku memijak kasut kulitnya dengan sengaja.
"Auch! What was that for?!" terloncat sebelah kaki encik pensyarah.
"Sebab selalu tanya aku soalan dalam kelas!"
Bam!
Aku masuk ke kelas tanpa menghiraukan dia yang mengaduh sakit. Sesi pembelajaran pun bermula seperti biasa selama dua jam.
❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀
"Weh Mishal, Aku nak ke tandas jap. Kau tunggu dalam kelas sekejap, boleh?"
"Okay, pergilah aku tunggu."
Kelas dua jam telah habis. Semua pelajar meninggalkan kelas dan tinggal lah aku seorang sahaja pelajar yang sedang menunggu Qasrina. Namun, bukan aku seorang sahaja tetapi Altaf itu pun masih berada di dalam kelas. Dia berjalan ke arah aku.
"We need to talk. Let's clear the air, baby? Jangan lari dari Al lagi, please?" Altaf cuba memulakan perbualan dengan penuh harapan. Dia mula dah! Kental Sha, kental! Jangan cair!
"Cakap lah sorang-sorang." balasku menyampah lalu berdiri hendak keluar dari kelas. Tiba-tiba sukar pula nak bernafas bila berdua sahaja dalam kelas yang bertutup ni. Nanti aku mesej saja Qasrina yang aku tunggunya di luar atau di mana-mana tempat yang ada tempat duduk di luar kelas.
Belum sempat aku sampai ke pintu kelas, Altaf lebih pantas mendahului aku dan mengunci pintu kelas. Aku terkejut. Terbeliak mata aku.
"Kau gila ke Al?! Buka pintu tu!" aku jerit dan dah gelisah dengan tindakan gila Altaf. Kalau kene tangkap berdua-duaan macam mana? Kalau pintu terbuka tak mengapa lah lagi. Aku tak mahu dikenakan tindakan tatatertib!
"Biar kena tangkap. Cepat sikit boleh kahwin. Nak kene tangkap or nak ikut Al supaya kita boleh berbincang elok-elok? Pilih." Altaf buat rundingan. Dua-dua tak menguntungkan aku. Buat masa ini dan keadaan yang keruh sekaranglah. Kalau tak disebabkan kami bergaduh, dua-dua menguntungkan kedua-dua pihak.
Aku menghela nafas panjang. "Ish! yelah! Jom!"
❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀
Di pejabat Altaf, aku memilih untuk mengambil tempat di kerusi pejabat yang boleh pusing-pusing tu yang terletak di meja kerjanya berbanding di sofa kerana tak mahu Altaf duduk di sebelah aku.
Tetapi aku silap. Altaf menarik kerusi yang aku duduki ke sofa. Aku berhadapan dengannya yang duduk di atas sofa dengan sangat dekat. Lutut kami hampir bersentuhan. Kenapa nak kena rapat-rapat?! Aku cuba tolak kerusi aku menggunakan kaki tetapi sia-sia kerana Altaf telah mengunci rodanya. Aku buat muka tak puas hati.
"I want us to make up already, kid." Dia memulakan bicara.
"Stop calling me kid or budak."
"Okay, sorry baby," dia menggunakan panggilan mesra pula dengan harapan hendak menyejukkan hati Mishal.
"Stop calling me baby! Kita tak ada apa-apa hubungan yang halal lagi nak panggil dengan panggilan mesra!"
"Okay, sorry Athea."
YOU ARE READING
Althea [COMPLETED]
RomanceKindly follow, comment and vote, guyss ⭐🌷 Berkenalan dengan kawan kepada jiran lamanya bukanlah pertemuan yang baik. Tengah-tengah menyiram pokok, tersiram orang pula. Hanya nama yang diperkenalkan kerana masing-masing yakin bahawa mereka tidak aka...