Part 23 -'♡'-

25 3 0
                                    

Sebelum masuk rumah, aku meneutralkan ekspresi mukaku dengan cuba menayang riak kosong dan mempamerkan senyuman supaya rakan serumahku tidak akan syak apa-apa.

"Assalamualaikum!" aku beri salam dengan suara yang diceriakan walaupun hati sedang bergelora.

"Waalaikumussalam." Qasrina yang sedang menonton televisyen sambil mengunyah keropok menyambut aku dengan mesra dan mengajakku duduk sekali menonton filem yang dia pasang. Aku menurut saja.

Mishal duduk di sebelah Qasrina dan cuba memberi tumpuan pada filem yang sedang ditayangkan walaupun fikirannya melayang jauh.

"You're awfully quiet, Mishal. Are you okay?" mungkin sejak sampai rumah aku tidak mengeluarkan suara selain daripada memberi salam, Qasrina musykil dengan perubahan sikap aku yang selalunya ada saja perkara hendak dibahaskan tentang cerita yang sedang ditayangkan di televisyen.

"Okay je." jawab Mishal dengan nada yang tidak meyakinkan.

Qasrina merenung aku dalam-dalam dengan lama dan berkata, "Kau tipu. Kau tak okay. Siapa yang buat kawan aku sedih ni? Sir Altaf?" Qasrina mengambil tanganku dalam genggamannya tetapi aku tarik semula dan memberi jaminan dan ketawa palsu bahawa aku baik-baik saja.

"Mishal, aku kenal kau bukan dua tiga hari tau. Aku tahu kau sejenis manusia yang pendam sahaja apa-apa masalah yang kau sedang hadapi tapi ekspresi muka kau tak boleh bohong. Tang situ kau fail."

"Kau tak okay kan?" tanyanya sekali lagi.

Aku gelang kepala tapi gedeng-gelang, air mata aku tumpah juga. Qasrina menarik aku ke dalam dakapannya dan menguasap lembut belakangku untuk menenangkan aku yang sedang teresak-esak menangis dalam dakapannya.

"Kau tak nak cerita ke apa yang Sir Altaf buat pada kau kali ini?" aku gelang kepala. Tak sanggup aku mengingati luka dan cemburu aku terhadap bekas kekasihnya.

"Tak apa kalau kau tak nak cerita. Aku faham. Kau menangis je selama mana kau nak, aku boleh pinjamkan bahu aku," ujar Qasrina smbil mengusap air mata aku.

"Kalau aku cakap kenapa aku menangis, kau janganlah gelakkan aku tau?"

"Tengoklah." aku cucuk pinggangnya.

"Aku jealous..." aku akhirnya mengaku.

Qasrina ketawa kecil. Dia menolak tubuhku menjauhinya dan mengusap air mata yang ada di pipiku.

"Baguslah tu. Kau dah move on dari crush sekolah menengah kau tu," kata Qasrina. Aku angkat kening tidak mengerti apa kaitan crush aku dulu dengan Altaf.

"Apa kaitan crush aku dulu dengan Altaf?"

"Maksudnya kau dah jatuh cinta dengan Sir Altaf, kau dah sayang dia, kau nak dia hanya untuk kau. Sejak Sir Altaf masuk hidup kau, kau tak teringat langsung pada crush kau dulu, kan? Berapa lama masa kau ambil untuk lupa kan dia? 6 tahun kan?" jelas Qasrina. Betul lah kata Qasrina. Aku dah tak berharap dan tak ingat langsung pada crush aku dulu.

"Kenapa kau tak tanya apa yang aku cemburukan?" aku sengaja bertanya kepadanya. Tak tertanya-tanyakah kawan aku ni?

"Kalau tentang Sir Altaf, cemburu mesti sebab ramai student perempuan ada hati atau mengorat sir, gak pun kau cemburu dengan ex girlfriend dia?" tepat tekaan Qasrina!

"Maklumlah, tunang kau tu handsome. Tapi kau jangan risau lah sebab Sir dingin je dengan student perempuan selain kau. Kalau tentang ex girlfriend dia tu, tu kan masa lalu dia. Kalau dia masih sayang ex girlfriend dia, pasti dia tak buat semua ini dengan kau, dia pergi cari balik ex dia tu," terang Qasrina.

"Biasa je kalau kau cemburu. Lagi pun aku kenal kau kalau cemburu mungkin tak lama sebab kau hati keras dan memori ikan emas!" tambahnya lagi membuatkan aku tepuk peha dia kuat. Menyeringai dia kesakitan.

"Tapi betul juga, kan? Tak wajar untuk aku rasa cemburu sebab aku bukan isteri dia, hanya tunang. Menjadi tunang Sir Altaf bukan tentu akan jadi isteri Sir Altaf, kan?"

Kali ini, peha aku pula dia tepuk kuat oleh Qasrina. Sakit!

"Ish! Apa cakap macam tu?! Aku yakin kau akan jadi isteri Sir Altaf. Kau orang nak nikah tak lama lagi, kan?" aku angguk.

Qasrina menarik aku dalam pelukannya kembali. "Aku happy sangat untuk kau. Tapi jangan lupa study!"


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


"Sebab apa pula kali ini sampai menangis Sha keluar office?" Hazeem memandang tajam ke arah Altaf.

Altaf jungkit bahu, tidak tahu bagaiman untuk menjelaskan. Atau sebenarnya dia hendak mengelak daripada menjawab.

"Kau tak bagi tahu, aku cancel hadiah superbike kau." ugut Hazeem jelas marah apabila dia tak dapat jawapan daripada Altaf.

"Ish! Yelah!" Bengang dengan Altaf, Hazeem ugut je. Mudah.

"Aku cerita tentang Raisya pada budak tu. Tentang beg yang dia bagi ni." jawabnya sambil mengangkat sekejap beg bimbit di sebelahnya. Punca masalah dia dengan Mishal.

"Kau cerita tentang Raisya pada Sha? Cerita tentang ex girlfriend. Pada tunang? Hazeem mengulangi ayat Altaf dengan sebiji-biji perkataan disebut. Ada terselit nada terkejut.

"Dia yang tanya aku, aku jawab je lah. Lepas tu nak mengamuk, merajuk bagai lepas aku cerita." Altaf mendalih dan sepertinya mahu meletakkan kesalahan pada Mishal.

Hazeem gelang kepala, kecewa dengan perangai tidak matang Altaf.

"Dia tanya tentang ex girlfriend kau atau dia tanya tentang beg lusuh kau tu?" soal Hazeem.

"Dua-dua," jawab Altaf.

"Sha mula-mula tanya tentang Raisya atau beg tu?" Hazeem bertanya lagi.

"Tentang beg," 

"Macam mana boleh masuk topik ex girlfriend?" Hazeem mempersoalkan.

"Sebab aku bagitahu beg ni daripada Raisya." jelas Altaf.

Altaf terdiam. Dia baru sedar yang dia terlepas kata menyebut ex girlfriend ketika menceritakan tentang begnya.

Hazeem menghela nafas panjang. "See! Macam mana Sha boleh tahu tentang beg itu daripada Raisya kalau bukan dari mulut kau sendiri, kan? Sebab itu dia boleh tanya tentang ex girlfriend kau,"

Sudah seperti menyoal siasat penjenayah Altaf diperlakukan Hazeem. Dengan suara tegasnya bercampur pandangan tajam, mampu membuatkan Altaf kecut perut. Persis seorang bapa yang memarahi anaknya yang nakal sehingga anaknya mengaku kesalahan pun ada juga.

"Aku tahu kau selamba badak je cerita tentang Raisya pada Sha sebab kau masih anggap Sha tu budak tak matang tak pandai dalam apa-apa yang melibatkan soal hati dan perasaan dan hubungan dan perasaan romantik ni kan?" Hazeem berkata dengan nada sinis. Altaf angguk.

Dia bersandar pada sofa dan memandang siling lalu meraup mukanya.

"Sekarang kau faham tak yang Sha sedang cemburu sekarang ni?" tanya Hazeem. Altaf angguk lagi. 

"Kau yang lelaki cemburu hari itu pun sampai menangis, padahal tak ada apa-apa pun. Rumors je. On the other hand, kau expect Sha yang perempuan tu hati kental ke apa?" Hazeem mengungkit dan membandingkan situasi mereka. Sama je dua orang ini. Dua-dua hati lembut!

"Silap hari bulan aku menua dengan cepat sebab kau orang. Macam jaga budak kecil pun iya, padahal tak ada anak lagi, isteri dah ada." Hazeem mengomel sendiri, jelas letih dengan tigkah laku Lataf dan Mishal yang baginya kebudak-budakkan.

Altaf pula termenung memikirkan bagaimana dia hendak memujuk Mishal. Dalam hatinya, dia merasa risau jika Mishal betul-betul tak ambil kisah tentang dia dah? Lebih teruk lagi, kalau Mishal minta putus tunang macam mana? Dia tak sanggup hendak kehilangan orang yang dia sayang lagi.

Hazeem, melihat keadaan Altaf, merasakan bahawa sahabatnya benar-benar memerlukan nasihat dan sokongan. "Dengar sini, Altaf. Kalau kau sayang Sha, tunjukkanlah. Jangan hanya cakap tapi tak buat apa-apa. Kau kena betulkan kesilapan kau, dan pastikan dia tahu yang kau serius dengan hubungan ini."

"Terima kasih, Hazeem. Aku akan cuba buat yang terbaik," jawab Altaf dengan tekad, berjanji dalam hati untuk memperbaiki keadaan dan menunjukkan betapa dia menghargai Mishal.

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now