Part 19 -'♡'-

22 2 0
                                    

Sudah beberpa hari Altaf dan keluarga Mishal duduk di kampung, mereka pun bersiap hendak pulang semula ke kota.

Altaf salam tangan atuk. Atuk sempat membisikkan sesuatu.

"Nanti kamu pandai-pandailah uruskan apa yang patut, ya?"

"Ya, In Sha Allah, tok. Atok doakan Al dipermudahkan segala urusan, ya?"

"Iyalah. Memandu tu hati-hati."

Mishal pun masuk setelah semua keluarga kecilnya masuk ke dalam kereta. Baru sahaja pintu ditutup, ayah memandang cermin pandang belakang lalu bersuara, "Eh, Kak Long naik dengan Altaf. Shuh, shuh!"

Terkejut Sha apabila dihalau begitu sahaja. "Kenapa pula?"

"Lusa kan dah mula kuliah, pergi lah balik dengan Altaf, satu jalan je. Tak perlulah ayah hantar. Sama je."

"Lusa. Bukannya esok. Esok Kak Long naiklah ETS atau bas,"

"Nak naik ETS atau bas tu, tiket dah beli ke belum?" soal ibu pula.

"Err... belum."

"Awak ingat tiket dari Ipoh nak ke KL tu sentiasa ada ke? Sudah tentu dah habis sekarang. Tiket tak ada, ayah pun tak nak hantar. Awak nak jalan kaki ke?"

Betullah kata ibu. Memang tiada tiket jika dia beli sekarang pun. Nak tak nak, terpaksalah dia naik dengan Altaf. Tak mahu menyusahkan ibu dan ayahnya pula untuk hantarnya ke Shah Alam.

"Hah, apa tunggu lagi, Kak Long? Pergi la ke kereta sebelah." Adik bawahku pula halau.

"Ish! Salam cepat!" tanganku dihulur pada adik-adikku. Dengan kasar, aku menolak dahi adik aku ketika giliran dia untuk bersalam denganku.

Ibu dan ayah juga aku salam penuh kasih siap mencium wajah dan memeluk erat tubuh mereka. Sempat aku minta mereka titipkan doa untuk aku.

"Baik-baik dalam kereta tu. Jangan masuk-masuk kereta terus tidur pulak." nasihat ayah yang sudah tahu perangai anak sulungnya yang memang itulah kerjanya setiap kali masuk kereta dan berjalan jauh.

"Hehe, tak janji, ayah. Bye, careful, drive tu."

Aku berdiri di luar pagar menunggu kereta keluargaku bergerak keluar sambil melambai ke arah mereka.

"Bye, Kak Long! Happy dating!" laung adik bongsuku. Aku jegilkan mata padanya. Entah nampak entah tidak.

Hilang sahaja kereta keluargaku dari pandangan, aku melangkah ke arah kereta Altaf dengan tidak bersemangat. Sebelum itu, aku berpamitan dengan atok dan nenek lalu masuk ke dalam kereta.

❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀

"Baru lima minit kita keluar daripada perkarangan rumah nenek, kau kenapa senyap sangat? Sedih berpisah dengan keluarga?"

"Tak adalah. Aku tengah mengenang nasib malang aku, kenapa aku kena balik dengan kau."

"Kau nak aku berhentikan kau kat tepi jalan sekarang ke?" dia ugut aku.

"Ish! Aku tak merungut dah."

"Tahu takut."

Mishal menjeling Altaf yang sedang memandu di sebelah. Jangan dicabar si Altaf ni. Mahu dia buat betul-betul idea gila tu.

"Aku nak kahwin."

Aku menoleh laju padanya. Terkejut benar tapi mengekalkan riak tenang.

"You have found someone that you truly wanna be with?" aku menyoal.

"Yeah, maybe I've found her at the moment but I still have to confirm that. Aku tak tahu penerimaan dia terhadap aku macam mana. Kau rasa aku ni lelaki yang baik tak?"

"Aku tak kenal kau sangat tapi Abang Azeem kata kau baik. Kalau pada aku, kau sebaliknya. Kau ada je benda nak menaikkan darah aku. So, pada aku, kau kurang baik,"

Altaf telan liur. Red light!

"Kalau kau, kau terima tak lelaki macam aku?" Altaf usaha lagi mana tahu persepsi Sha berubah.

"Tak."

Tak sampai sesaat Mishal menjawab soalannya, dia terus memberi jawapan tanpa ragu-ragu. Nampaknya Altaf kena memperbaiki diri untuk meyakinkan dia.

"Al, boleh tak kau terus terang?" aku bersuara setelah permainan video yang aku main terasa bosan.

Altaf menoleh sekilas. Keningnya diangkat. Dia perlu menumpukan perhatian pada jalan tapi pada masa yang sama, dia tiba-tiba merasa gugup dengan soalan Mishal.

"How could you act like this?"

"Apa? Apa yang aku buat?"

"Kau memang tak nak respon tentang luahan perasaan aku ke? I mean in a serious and good manner. Tolonglah respon supaya aku tak mengharapkan apa-apa daripada kau. Penatlah persoalan ni mengganggu fikiran aku. Kau reject je lah sekarang, aku terima."

'Because I don't want to like you any more than I already do.'

"Kau- Sha..." panggilnya menyebut namaku yang jarang sekali terbit di bibirnya. "...nak kahwin dengan aku tak?"

"What?" jantung Mishal sudah berdegup dengan sangat kencang. Dia tidak menyangka respon tentang luahan perasaan menjadi sebuah lamaran.

Mishal mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Mana tahu dengan melihat kehijauan pokok-pokok dan langit yang biru dapat mengurangkan rasa berdebarnya?

'Apa aku nak jawab ni?' Little kitten got her tongue, huh?

Altaf menegur apabila Mishal senyap sahaja selepas dia bertanya tentang itu. "Hei... pandanglah aku. Aku tak dapat nak tatap wajah comel kau sebab aku tengah memandu sekarang ni. Sekurang-kurangnya bila kau pandang aku, dapatlah jugak aku tengok wajah kau sekejap-sekejap dengan ekor mata aku sambil memandu."

Perlahan-lahan aku menoleh memandang sisi wajah kacaknya.

"Do you want to be my girl and sit on that passenger seat for the rest of your life?"

Tubuhku mengeras.

Melihat aku diam sahaja, Altaf memanggilku lagi.

"Sha?"

Aku menganggukkan kepala sebagai jawapan lalu menunduk. Aku tidak tahu hendak berkata apa. Cukuplah anggukan sebagai jawapan aku. Tentu dia nampak.

Aku lihat Altaf sekilas dan menunduk semula. Ada senyuman tersungging di bibirnya.

"Tadi kau laju je kata tak bila aku tanya kau akan terima aku tak tapi tadi..." Altaf mentertawakan aku.

"Mulut kata lain, perbuatan tunjuk lain, hati kata lain."

Masih bersisa tawanya.

Short-term memory betul aku ni! Memalukan je! Panas wajahku terasa sekarang. Pendingin hawa kereta yang sejuk ini pun tak mampu nak menyejukkan aku.

"Diamlah, Al" aku malu! Wajah aku raup dan hanya memandang ke luar tingkap.

Suasana menjadi canggung. Altaf fokus memandu, aku tak tahu nak cakap tentang apa selepas Altaf... melamar? Selalunya ada sahaja perkara kami hendak berbalah, ada sahaja benda yang nak digaduhkan.

Bila suasana senyap macam ni, apa lagi, kantuk menguasai diri Mishal. Setelah dia tenang dengan lamaran Altaf tadi, boleh pula dia tertidur macam tiada apa-apa yang terjadi.

"Hei budak, aku nak tanya ni. Kau... masih sukakan aku?" gugup Altaf bertanyakan soalan itu. Dia tidak menoleh ke sebelah tapi hanya menumpukan perhatian di hadapan. 

Altaf menggenggam erat stereng kereta apabila tidak mendengar jawapan. Rasa gugupnya makin kuat kerana dia takut yang sebenarnya Mishal tidak sukakannya atau sudah hilang perasaan terhadapnya. Bukannya dia tidak tahu yang Mishal bukannya nak bercinta sewaktu masih belajar. Tambah pula apa yang dia lakukan pada Mishal selama ini.

"Sha, kau kena-" sebaik sahaja Altaf menoleh ke tepi, dia melepaskan keluhan.

"Aku bukan main lagi nervous, kau boleh tidur?" Altaf tertawa kecil dengan sikap sambil lewa Mishal. Dengan dia sahaja perempuan itu bersikap macam ni. Dari awal sudah selesa dengannya.

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now