Part 2 -'♡'-

49 5 0
                                    

"Dah lama tak jumpa Sha selepas family Sha pindah rumah. Dah 15 tahun, kan?"

"Hmm."

"Damn, Sha you're still mad at me. Abang minta maaf, okey? Abang bergurau je tadi. First class, kan? Abang cuma nak hidupkan suasana."

"Bergurau?! Itu bukan bergurau! Itu cari masalah namanya! Abang Azeem sengaja nak malukan Sha ke apa?! Abang Azeem sedar tak apa yang Abang Azeem cakap tadi dah timbulkan salah faham? Kalau orang lain dengar, lepastu buat cerita, mereka akan mengata yang bukan-bukan pula pada Sha, pada Abang Azeem. Tercemar pula reputasi abang Azeem sebagai lecturer baru di sini."

"Ya, abang mengaku abang silap di situ. Abang terlepas kata dan cara abang bergurau tu kasar and inappropriate. I was very nervous back then as you guys are my first students. Abang cuba untuk menenangkan diri dengan bergurau tapi tak sangka pula abang melampaui batas. But I made a promise with them to not tell the others. You heard them too. I'm sorry, okay?"

"Boleh percaya ke mereka tu? Kalau orang lain tau macam mana? Kalau mereka mentafsir macam-macam macam mana? Kalau jadi bualan hangat warga kampus macam mana? Lepastu orang atasan dapat tahun macam mana? Kalau Sha kena buang kampus macam mana? Kalau abang Azeem kena buang kerja dan dikenakan tindakan tatatertib macam mana? Habislah Sha..." panjang lebar aku berleter sambil tawaf bilik pejabat Hazeem. Siapa yang tak resah?

"Hey, chill ok? Kenapa Sha overthinking sangat ni? I promise those bad thoughts of yours will never happen. If it does, I have my ways to settle it. Don't worry, ok? Sekarang, Sha maafkan abang tak?"

"Sha maafkan dan harap tak jadi apa-apa lah."


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


"Sha, minggu ni ikut abang balik rumah mama dengan ayah abang?"

"Untuk apa?"

"Abang ada cerita dengan mama yang abang jadi pensyarah kat tempat belajar Sha. Mama nak jumpa Sha. Dah lama mama suruh abang balik bawa Sha sekali tapi minggu ni baru abang lapang nak balik."

"Ahh, rindu mama mes juga. Sha nak ikut, nak jumpa mama mes"


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


"Assalamualaikum! Mama mes, Sha datang ni!"

Buka sahaja pintu kereta, aku terus keluar dan berlari anak ke pintu rumah.

Hazeem hanya menggelengkan kepala. Teruja sangat nak jumpa mama sampai pintu kereta pun dibiarkan terbuka. 'budak ni kan'

Seorang wanita separuh abad membuka pintu rumahnya. Lebar senyuman manisnya dan dia mendepakan tangan untuk menyambut kehadiranku.

"Sha!!! Anak mama! Sampai juga ke rumah mama ni,"

Aku memeluk erat tubuh mama kepada Hazeem. Rindu. Sudah seperti mama sendiri Puan Mesah kepadaku. Beliaulah yang menjagaku ketika aku sakit jika kedua-dua ibu bapaku sibuk berkerja. Tidak mampu aku membalas jasanya.

Hazeem mendekati kami.

"Mama, anak mama Hazeem seorang saja, tau. Bukan si Sha ni," hazeem berkata cemburu. Ditolaknya bahu aku menjauhi mamanya yang sedang memeluk aku lalu dia memeluk Puan Mesah.

Dia memandang aku tidak puas hati. "Mama abang! Bukan mama Sha!"

"Hazeem. Sudah," Puan Mesah memberi amaran lalu menarik aku sekali dalam pelukan dua beranak itu. "Dua-dua anak mama,"

"Lama lagi ke nak buat jejak kasih dan berebut mak depan pintu tu," sampuk satu suara garau dari dalam rumah tersebut.

Aku memanjangkan leherku untuk mengintai ke dalam rumah. Oh, ayah din! Aku hanya beri senyuman kepadanya. Hazeem meleraikan pelukan dan mencium pipi puan Mesah sebelum mendapatkan bapanya.

Aku dan Puan Mesah pun masuk ke dalam rumah dan duduk di atas sofa di ruang tamu.

"Ayah din sihat?"

"Alhamdulillah sihat, Sha. Dah besar dah Sha. Dah jadi anak dara. Lawa dah sekarang. Dulu comot je,"

"Biasa sahajalah ayah din,"

"Hazeem, ayah ingatkan kamu akan sampai dalam tengah hari ke petang. Ini baru pukul 10 pagi, tahu-tahu dah sampai depan rumah. Awalnya?"

"Sengaja bertolak awal, ayah sebab petang nanti kami nak balik universiti semula."

"Lah, kenapa sekejap sangat singgahnya? Baliklah esok. Esok kan Ahad,"

"Tak apa lah, ayah, mama. Nanti Hazeem datang lagi. Lagipun kalau nak balik esok, Sha nak tidur di mana?"

"Bilik kamu lah. Di mana lagi?"

"Habistu, Hazeem?"

"Tidur di ruang tamu,"

"tak nak!"

"Dahtu takkan nak bagi anak dara tidur di tempat terbuka?"

"Sebab tu lah Hazeem rancang kami balik petang ni. Lagipun tak manis lah Sha tidur dalam rumah yang ada lelaki,"

"Kamu merepek apa ni, Hazeem? Mama ni lelaki ke? Lagipun ni rumah mama so, my house my rules!" Terdiam Hazeem apabila mamanya sudah memberi Kata putus. Memang dia tidak boleh menyangkal lagi keputusan mamanya kalau sudah begitu. Hazeem sudah buntu. "Sha tidur sini, ya? Balik esok sahaja. Mana cukup masa mama nak berbual dengan Sha kalau Sha balik petang ni,"

"Er, Sha ikut saja. Mana-mana pun boleh,"

Sementara itu, Hazeem mendapat panggilan. Dia meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan tersebut.

"Kita balik esoklah, Sha. Boleh?" Betul-betul Hazeem menamatkan panggilan tersebut, dia terus membuat keputusan itu.

Aku menjawab dengan anggukan sahaja. Tiba-tiba pula nak balik esok. Tadi bukan main lagi mahu balik petang ini juga-juga.

"Hazeem, tolong mama belikan bahan-bahan nak memasak. Tak sempat mama nak keluar sebab kamu dah sampai. Bawa Sha sekali,"

"Ala mama, Hazeem baru nak rehat-rehat."

"Eh, tak apalah mama mes. Sha duduk rumah dengan mama mes saja. Boleh buat catch-up session."

Puan Mesah berjalan menghampiri my lalu berbisik, "Sha mesti tak bawa baju salin, kan? Disebabkan balik esok, takkan mahu pakai baju yang sama? Lagi-lagi yang dalam tu. Keluar ni pergi beli apa-apa yang patut. Jangan risau tentang Hazeem, nanti mama beritahu dia. Dia pun faham sebab selalu teman mama,"

Sha terpampang. Perlu kah?

"Bisik apa lagi tu? Jomlah. Mama, kami pergi dulu"


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


Hazeem dengan selamba memasuki kedai yang menjual pakaian dalam di pusat beli-belah itu. Betullah kata Puan Mesah yang dia seperti selalu menemani mamanya. Seperti tiada apa-apa kerana Hazeem seorang yang sangat memahami wanita.

"Eh, abang Azeem tak perlulah masuk sekali. Pergilah tunggu di luar,"

Hazeem menghentikan langkah lalu memusingkan tubuh menghadapku yang berada di belakangnya.

"Malu eh? Yalah abang tunggu di luar sahaja,"

Baru sahaja kakinya mahu melangkah keluar daripada kedai tersebut, dia memusingkan tubuhnya semula.

"Bahagian remaja sebelah kiri sana. Nampak tak yang ada corak-corak kartun tu? Haa pergi situ."

"Abang Azeem!!!" naik merah akibat malu apabila diusik begitu. Sudahlah nak pergi ke kedai ini dengannya pun sudah cukup memalukan.

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now