Di penjuru perpustakaan tingkat dua, Mishal sedang fokus membuat ulang kaji berseorangan terkejut apabila kerusi dihadapan tempat dia melunjurkan kaki ditarik. Wujudlah seketul Altaf duduk dihadapannya tanpa bertanya dahulu. Geram juga Mishal dibuatnya kerana secara tiba-tiba kakinya terjatuh dari kerusi tersebut.
Nak marah pun tak jadi kerana dia kini berada di tempat dilarang membuat bising dan melihat keadaan Altaf yang berpeluh-peluh wajahnya dan kesemputan, rasa nak marah seakan-akan hilang.
"Kau kenapa berpeluh-peluh? Kena kejar dengan anjing ke?" tanya Mishal sambil menghulurkan sapu tangannya kepada Altaf.
"Tak," sapu tangan diambil lalu lap titisan peluh di dahi. "Aku nak tanya ni. Betul ke kau bercinta dengan apa nama lelaki tu? Izmir?" tercungap-cungap Altaf bertanya. Nak sedut oksigen pun tak sempat lagi ni.
"Ezmier? Mana kau dengar?" soal Mishal sedikit terkejut. Soalan berbalas soalan. Rasanya tak ada pula dia beritahu sesiapa mengenai perkara ini. Macam mana Altaf boleh dapat tahu? Yang tahu pun dia rasa Qasrina sahaja sebab kebetulan Qasrina ada pada waktu kejadian itu.
"Khabar angin pasal kau dengan dia dah tersebar luas lah, budak." katanya sambil mencapai selamba botol air Mishal lalu meneguk tanpa meminta kebenaran.
"Iya? Aku tak tahu pun?" terkejut aku mendengarnya. Aku pun tak tahu aku menjadi bahan bualan. Adakah diia datang sini selepas mendengar khabar angin sebab dia risaukan aku ke apa?
"Jawablah soalan aku. Kau bercinta dengan lelaki tu ke?"
Aku telan liur. Kenapa nada suara Altaf garang sangat? Macam seorang bapa yang tegas bertanya pada anak perempuannya yang kantoi bercinta.
Aku gelak janggal dan menggosok belakang kepalaku yang berlapikkan tudung. "Macam mana nak cakap eh? Ezmier ada luahkan hasratnya nak jadi boyfriend aku tapi aku terjawab boleh tanpa sedar." aku sengih sahaja. Perkataan 'ter' aku tekankan supaya Altaf dapat dengar dengan lebih jelas dan mendapat tangkap bahawa aku tak maksudkan apa-apa pun hendak ada hubungan dengan Ezmier.
Altaf berdecit. "I don't like this." dia memandang aku tajam sebelum menyilangkan tangannya di atas meja lalu menjatuhkan kepala dia atasnya.
"Aku tak suka bila orang comel macam kau jadi perhatian ramai. Kau tak buat apa-apa pun orang pandang kau. Ramai orang yang menaruh hati pada kau tapi kau langsung tak sedar apa yang berlaku sekeliling kau." gumamannya tenggelam tetapi aku masih dapat mendengar dengar jelas setiap butir bicara yang keluar daripada mulutnya.
Aku terkedu, "Al..." kata-katanya membuatkan jantungku mengepam pantas. Ada sesuatu dalam nada suara Altaf yang membuatnya terasa sesuatu.
Altaf mengangkat kepalanya dan memandangku pada dasar mata. Secara tiba-tiba dia menarik tanganku dengan berlapik di pergelangan tangan. Pen di atas meja dia ambil dan menulis sesuatu di atas tapak tangan aku.
Altaf Naufal's
Aku yang tak habis terkejut lagi dengan tindakan Altaf menarik tanganku bertambah terkejut sehingga membulat mataku apabila dia menulis namanya pada telapak tanganku.
"Kau aku punya." ujar Altaf sambil memandang dalam mataku. Bicaranya membuat jantungku terpaksa bekerja lebih.
"Al, jangan cakap kau... suka aku?"
Dia tak menjawab tetapi tindakannya sendiri sudah cukup menjelaskan segala-galanya. Dia kelihatan resah kerana tidak mampu mengungkapkan kata-kata yang tepat.
"Kau berpeluh-peluh datang sini sebab kau jealous dengan Ezmier ke?"
Dia menegakkan badannya serta mengalihkan pandangan dan mengambil masa untuk menjawab, "...ya."
Dia jawab 'ya' untuk soalan aku yang mana satu?
"Adakah sebab aku tak respon luahan perasaan kau, kau terima lelaki itu? Kau nak balas dendam kat aku ke?" soal Altaf.
Tersentak aku. Dia masih ingat lagi confession aku.
"Balas dendam? Tak lah. Aku bukan pendendam orangnya. Tak baik lah berdendam sebab Allah dengan Rasulullah SAW kan tak suka orang berdendam. Aku sedih sikit je, tapi dah okay dah sekarang.
Lagipun, tentang confession aku hari itu, aku faham kalau kau nak reject. Aku dah bersedia dah nak dengar kau reject confession aku. Kau kan pensyarah aku. Tak profesional lah kalau pensyarah dan pelajar bercinta."
Suasana menjadi tegang dan sunyi seketika.
"Jom makan? Kat luar." Altaf memecahkan suasana canggung antara mereka. Perbincangan tentang perasaan memang bukan vibe mereka yang suka berkelahi.
"Jom!" teruja Mishal menerima ajakan tersebut seperti apa-apa yang dia katakan sebentar tadi berlalu begitu sahaja.
Tetapi tidak pada Altaf. Kata-kata Mishal amat menusuk kalbunya. Masih lagi tiada jawapan untuk Mishal. Perkara ini menghantuinya.
Dalam perjalanan ke sebuah restoran, suasana di dalam kereta sangat tenang. Mishal dan Altaf baru sahaja berdiam diri selepas persoalan Altaf ketika di perpustakaan. Altaf meluahkan rasa cemburunya dan Mishal menjelaskan kedudukan sebenarnya tentang Ezmier.
"So, Ezmier macam mana? Kau sungguhlah bercinta dengan dia?" soalnya lagi tetapi kali ini lebih lembut dan dalam masa yang sama, penuh keraguan.
"Nope. We didn't declare it officially. Dia perangkap aku sampai aku terjawab membalas perasaannya. I need to meet him to clear this misunderstanding. Aku dah putuskan yang aku taknak bercinta selagi aku tak habis belajar." Mishal bertekad bahawa cinta bukanlah untuknya selagi dia masih belajar dan digelar pelajar.
Orang ini sudah bertekad tidak mahu mencari cinta, orang itu pula sudah tidak keruan.
Baru hendak merasa lega mendengar pengakuan tersebut tetapi lain pula kesudahannya.
Altaf mendengar dengan penuh perhatian tetapi dalam hatinya, perasaan yang bercampir aduk membuatkan dia sukar untuk berasa lega.
Mereka tiba di restoran dan selepas memesan makanan, suasan menjadi lebih santai. Namun, meskipun fizikal mereka berehat, fikiran mereka tetap bergelora.
"And I think I should stop hanging around you so much, Al." Mishal memulakan bicara lagi. Matanya tidak mampu untuk memandang Altaf.
"Why? Am I bothering you?" Altaf bertanya kehairanan. Dia merassa seolah-olah dia telah melakukan sesuatu yang salah terhadap Mishal. Gelengan Mishal sebagai jawapan.
"You should find a wife. Takkan la kau asyik nak lepak dengan budak macam aku? Bila kau nak kahwin kalau macam tu? Aku tak nak lah jadi penghalang jodoh kau. Kau nak jadi anak teruna tua ke? Tentang confession aku hari itu, aku boleh move on lah. Senang je nak move on." aku cuba memberi alasan namun yang sebetulnya alasan supaya aku dapat menjauhi dia dan cuba melenyapkan perasaan ini.
"Kenapa kau cakap macam tu? Kau tak faham apa-apa, budak. Aku... I don't even have time to think about women."
"Including me?"
"Hm."
'No, Sha. You have no idea how I feel about you. If you had any idea, you wouldn't have said that.' hanya di dalam hati Altaf mampu mengungkap ayat itu.
YOU ARE READING
Althea [COMPLETED]
रोमांसKindly follow, comment and vote, guyss ⭐🌷 Berkenalan dengan kawan kepada jiran lamanya bukanlah pertemuan yang baik. Tengah-tengah menyiram pokok, tersiram orang pula. Hanya nama yang diperkenalkan kerana masing-masing yakin bahawa mereka tidak aka...