Part 20 -'♡'-

29 2 0
                                    

Akhirnya, mereka tiba di apartmen tempat Mishal tinggal. Altaf memanang ke arah Mishal yang masih lena di tempat duduknya.

"Sha, bangun, kita dah sampai." 

Senyap.

"Sha, bangunlah." Altaf cuba mengejutkan Mishal dengan lembut, tetapi tiada reaksi.

Namun, Mishal memang tak terkutik sedikit pun.

"Sha. Baby. Sayang. Manja."

Sha masih diulik lena.

"Eh, eh budak ini. Aku dah kejut lembut-lembut pun tak nak bangun. HOI BUDAK! BANGUNLAH!"

Altaf menjerit sedikit membuatkan Mishal mendadak bangun sehingga terlonjak badannya kedepan. Terkejut Altaf dengan reaksi mendadak Mishal.

"Hoi, kau kenapa? Are you having a nightmare or what?" soal Altaf kehairanan.

"Haah. aku mimpi seram."

"Kau mimpi apa? Kau kejar hantu?"

Bunyi macam pelik pada Mishal tapi dia hiraukan.

"Aku mimpi kau lamar aku. Kau ajak aku kahwin. Seram kan?" ujar Mishal dengan polosnya. Tanpa rasa bersalah dia berkata dengan kening-keningnya terangkat sekali.

Altaf yang mendengar panas sahaja telinganya. Giginya diketap geram hingga dengan matanya sekali tertutup. Wajahnya diraup, rasa malu dan marah.

'Dia lupa ke?!'

Altaf mengambil nafas dalam-dalam dan hembus untuk menghilangkan rasa ingin marahnya pada budak perempuan sebelahnya ini. Kemudian, dia mengambil sesuatu daripada laci kereta di hadapan Mishal. Sebuah kotak kecil berwarna biru gelap.

Altaf membuka kotak itu dan terserlahlah sebentuk cincin bertatahkan berlian terserlah di hadapan Mishal.

"Kau masih bermimpi ke?"

Terkedip-kedip kelopak mata Mishal. Dia tahu dia tidak bermimpi. Dia baru sahaja sedar daripada tidurnya. Mishal menggelengkan kepalanya menunjukkan bahawa dia sedar realiti.

"Ambillah. Ini cincin tunang Sha. Sorry sebab Al pergi beli seorang tak ajak Sha. Al tak tahulah design ni kena pada cita rasa Sha ke tidak." belakang kepala yang tidak gatal digaru. "Nanti cincin nikah kita pergi beli sama-sama." sambungnya lagi

Mishal tercengang dengan lenggok bahasa yang digunakan Altaf. Lembut. Tak kasar macam selalu. Yang paling tidak disangka Mishal, Altaf menggunakan namanya dan merujuk dirinya sebagai 'Al'.

"Aku dah bertunang?"

"Cakap dengan kau ni memang tak ke mana. Aku lamar kau 40 minit yang lepas pun kau lupa." Altaf menjeling. Nampak sangat dia fed-up dengan kealpaan Mishal.

'Ibu ayah tahu ke?' Mishal bertanya alam hati.

"Family kau semua dah tahu. Kau ingat aku ikut kau balik kampung saja-saja ke?"

'Wow! Macam mana dia tahu persoalan dalam kepala aku?'

"Kau ada hantar rombongan meminang ke? Kenapa aku tak tahu pun?"

Bila masa Altaf buat kerja? Bukan dia berkepit je ke dengan aku sepanjang masa di kampung? Jangan cakap...

"Buat apa nak bagi tahu kau. Tak smooth plan aku kalau kau dapat tahu." katanya dengan nada penuh strategi.

"Sebab itu ke kau tiba-tiba ada kat kampung aku?" aku menyoalnya. Pelik juga bila tiba-tiba dia sampai ke rumah nenek.

"Yes. Hazeem tolong aku. Dia beri nombor telefon ibu dan ayah kau. Aku dah dapat izin daripada mereka dulu, aku perkenalkan diri aku dan aku cakap aku nak anak diorang." jelas Altaf.

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now