Part 13 -'♡'-

25 1 0
                                    

Mishal datang ke kelas dengan tidak bermaya. Sudahlah pagi ini, kelas Altaf waktu pertama. Nak ponteng, jurusan yang dia ambil susah pula. 

"Hei, Sha. Kau okey tak ni? Kenapa aku nampak kau murung je sejak kau pergi healing seorang diri dekat mall hari itu?" Soal Qasrina. Aku membalas Qasrina dengan gelengan dan senyuman tipu-tipu yang bermaksud aku baik-baik saja.

Sudah seminggu sejak dia keluar dengan Altaf tanpa dirancang dan merawat Altaf yang demam, Mishal tidak bercakap langsung selepas itu dengan Altaf kerana ada sesuatu yang terjadi ketika mereka keluar bersama-sama.


_flashback_ 


Ketika di taman, aku dan Altaf berehat di sebuah bangku di bawah pohon sambil aku menikmati roti sosej yang dibeli Altaf.

"Al," aku memanggilnya yang sedang menongkat lengan ke belakang dan mendongakke atas sambil menutup mata.

"Hm?"

"Am I pretty?" aku sengaja hendak menanyakan soalan itu. Aku menghayunkan kaki aku yang tak cecair tanah kerana agak berdebar sebenarnya untuk bertanya.

Dia menoleh ke arah dengan kening yang hampir bercantum. Apa teruk sangat ke nak fikir jawapan? Soalan aku senang je kot.

"You are pretty. Pretty annoying." dia bantai gelakkan statement-nya sendiri. Aku gulingkan sahaja mataku. Menyampah. Kau nak berharap pujian keluar dari mulut Altaf? Lambat lagi!

Aku melihat diri aku dari bawah. Berkasut tumit berwarna putih dan berstokin, skirt bunga-bunga, baju pula dikenakan knit top sweater dan satin silk chiffon shawl berwarna krim.

"Kau tak rasa aku cantik ke?" soalku lagi.

"Mana ada budak yang cantik." katanya sambil mendongak dan menutup masanya semula. Murung aku mendengar balasannya.

"I think I look gorgeous today so at least compliment me a bit! I put extra effort today even though I'm just hanging around by myself. But then, I met you so I thought my appearance could make your heart flutter because I like you!"

Eh?

Alamak!

Altaf menoleh dan terkejut.

Masing-masing terdiam. Aku yang sudah merah mukaku akibat terlanjur bicara hanya memandang jauh ke depan. Tidak berani membalas pandangan Altaf yang masih memandangku. Macam mana aku boleh terluahkan perasaan aku kepadanya?

"I see... I see... so you like me, huh?" Altaf membongkokkan badannya sehingga wajahnya separas aku. Aku beranikan diri menoleh dan mendapati dia mempamerkan senyuman senget!

"I just can't help but be touched. Seeing how much you've grown," dia menegakkan badannya dan menghadap ke depan.

"We have to make sure to remember this day you confessed to me." dia ketawa. Dia ketawa?!

Altaf hanya memandang remeh terhadap luahan perasaan aku tadi. Dia memperlekehkan perasaanku.

"Ak-aku..."

"Dah. Aku tak nak dengar tentang perasaan kau. Jom balik, boleh? Aku dah penatlah, budak." dia memintas tanpa mahu mendengar apa yang ingin aku katakan.

Aku terasa. Terasa hati sehingga mahu menangis.

"Al bodoh!" aku menghapuskan air mata di tubir mataku menggunakan hujung jari sebelum dia mengalir.

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now