"Can I call you Thea?" tanya Altaf dengan lembut, seolah-olah meminta izin untuk memasuki ruang hatinya yang paling dalam.
Tak pernah-pernah orang panggil aku dengan nama kedua aku. Altaf orang pertama. Aku menganggukkan kepala.
"In return, can you call me Abang Al? I'm so jealous and irritated when you can call Hazeem, Abang Azeem but not with me," di mencadangkan dengan penuh harapan dan kali ini aku gelengkan kepala. Terlalu awal dan terlalu berat untuk diucapkan.
Altaf menarik segaris senyuman nipis. "It's okay, I won't force you." Aku tahu aku menghampakan tunang aku sendiri tetapi belum masanya lagi. Sukar bagiku untuk tiba-tiba menukar nama panggilan.
Altaf menarik nafas panjang. "Al tahu Al banyak buat salah. Al cerita tentang Raisya tanpa fikirkan perasaan tunang Al. Al hanya nak Thea tahu yang Al benar-benar menghargai Thea. Al tak nak kehilangan Thea."
Altaf mengambil nafas dalam lagi sebelum menyambung, "Thea betul... Al tak faham langsung apa yang perempuan fikir. Al pun tak tahu apa yang Thea rasakan. Tapi, sekarang Al cuba untuk faham Thea. Al minta maaf. Boleh tak Al nak minta peluang daripada Thea supaya Al boleh ubah diri Al menjadi lebih baik?"
Aku membalas pandangan Altaf. Terbias keikhlasan dalam tutur katanya.
"Beg yang ex girlfriend kau ba-"
"Al," dia potong kata-kataku. "Boleh Thea at least ganti kau kepada Al? Al nak kita sama-sama belajar untuk mencipta keharmonian supaya kita tak rasa kekok nak bermesra lepas kahwin nanti. Al tak nak lah kita masih guna aku-kau lepas dah jadi suami isteri nanti. Kasar sangat,"
Aku jatuhkan kepala perlahan dan berdehem.
"Beg yang ex girlfriend Al bagi tu... Al masih gunakan dan hargainya buatkan Th-Thea rasa yang Al dibelenggu dengan kenangan Al bersama dengannya. Thea tahu itu masa silam dan kenangan akan sentiasa terpahat di ingatan Al tapi Thea tak suka..." aku tak dapat menahan air mata. Sudah penuh air mata di tubir mataku. Tunggu masa sahaja untuk melimpah.
"Yang ada dengan Al sekarang Thea, bukan ex girlfriend Al. Yang jadi tunang Al sekarang Thea, bukan ex girlfriend Al," aku menekankan status aku kepadanya dengan penuh emosi. Air mata mula turun tanpa dapat ditahan lagi. Altaf memandang dengan rasa bersalah dan berasa marah pada diri sendiri kerana menyebabkan Mishal menangis.
"Thea tahu Thea bukan sesiapa dan tak kenal pun Al sebelum ini untuk halang Al daripada ada hubungan sebelum dengan Thea tapi Thea nak Al sukakan Thea seorang je. Thea tak nak Al pernah suka orang lain. Selfish kan Thea ni? Sorry..." aku luah isi hati aku. Air mata yang turun aku kesat dengan lengan baju kiri dan kanan. Terjebak-jebik bibir Mishal meluah.
Altaf membuka kelangkangnya lebih lebar lalu menarik kerusi aku lebih rapat dan meletakkan kedua-dua tangannya pada tempat rehat lengan di sisi kerusi aku duduk.
"Please don't cry..." Altaf mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya dan mengelap air mataku yang mengalir di pipi.
"Al tahu sebelum ini Thea selalu je nangis sebab Al, sebab kita selalu bergaduh, sebab Al selalu buli Thea tapi kali ini... these tears hurt me so much. Please don't cry, Thea. It makes me wanna hug you so bad right now but I can't." Altaf bersungguh-sungguh memujuk aku yang masih beria mengesat air mata di kiri dan kanan lengan bajuku. Altaf menggenggam sapu tangannya. Marah dengan diri sendiri kerana membuat Mishal menangis.
"I'm sorry for being like this," pohonku.
"Don't be sorry, it's my fault."
"It's because you're my first love. You're the first guy who I am comfortable to hang out with, you're the first guy who doesn't flirt with me in the first place, you are the first person to call me by my second name, you suddenly pat my head and take my hand. All my firsts were from you, Al. But it's not the same for you. I can't be your firsts anymore and you probably had much better relationship experience with your past compared to when you are with me now."
"No, no, no, Thea. I keep having a lot of first times ever since I started in a relationship with you, though." Altaf menegaskan dengan penuh keyakinan terpancar daripada matanya. "This is the first time my girl has wrapped me around her finger," katanya sambil tersenyum malu.
Aku mula rasa membahang di wajah. I did that to him? Tak sangka aku beri impak sebegitu kepada Altaf.
Altaf sambung lagi, "It's the first time I feel anxious while in a fight and... it's the first time I've thought of how cute my girl is. Not to mention that this is the first time I treat a beautiful woman like a little kid," jelasnya sambil matanya melirik dengan penuh kasih sayang kepada Mishal. Aku cemberutkan muka. Tak habis-habis nak layan aku macam budak kecil!
"Pertama kali juga Al kene siram dengan seorang perempuan." tambahnya sambil tertawa dan aku pun ikut tersenyum lalu tertawa apabila mengingat kembali pertemuan pertama kami.
Aku pun adalah kali pertama buat Altaf. Tak sangka dengan pergaduhan besar-besaran ini, kami dapat tahu bahawa we are each other's first time.
"Are we good now?" Altaf menyoal kepastian dan aku anggukkan kepala. Altaf melepaskan pegangan pada kerusi aku dan bersandar lega pada sofa.
"Esok hari Sabtu, Al nak bawa Thea pergi pergi beli beg, nak ikut tak?"
"Beli beg?"
"Ha'ah. Al nak Thea yang pilih kan beg bimbit baru untuk Al bawa pergi kerja hari-hari. Hari-hari Thea dekat dengan Al dan hari-hari Al akan teringatkan Thea." jelas Altaf dengan romantis.
Muka aku memerah. Sejak bila Altaf pandai cakap ayat-ayat manis ni? Selalu yang keluar dari mulut dia ayat-ayat yang menyakitkan hati je.
"Comel lah tunang Al bila dia blushing." usiknya lalu tercetus ketawa besarnya.
Mishal tersenyum dan merasakan betapa dalam dan tulusnya hubungan mereka. Sambil mereka berdua tertawa, mereka sedar bahawa pergaduhan ini telah membantu mereka mengenali dan menghargai satu sama lain dengan lebih mendalam.
YOU ARE READING
Althea [COMPLETED]
RomanceKindly follow, comment and vote, guyss ⭐🌷 Berkenalan dengan kawan kepada jiran lamanya bukanlah pertemuan yang baik. Tengah-tengah menyiram pokok, tersiram orang pula. Hanya nama yang diperkenalkan kerana masing-masing yakin bahawa mereka tidak aka...