Part 17 -'♡'-

27 2 0
                                    

Setelah makan di sebuah restoran dan menghantar Mishal pulang ke apartmennya, Altaf kembali ke pejabatnya memandangkan waktu bekerja belum habis.

Masuk sahaja ke bilik sendiri, ada sahabatnya yang menyambut dengan nada mengusik, "Bro! Kejar cinta hati ke bro?" galak Hazeem mengusik dan mentertawakannya.

Terangkat kening Hazeem. Musykil kenapa sahabatnya tidak menjawab atau memarahinya. Matanya hanya mengikut tindak tanduk Altaf dari masuk ke pejabat, tubuh dihenyakkan di atas sofa dan sebelah lengan menutupi dahinya, kelihatan letih dan sedih. Hazeem memandang Altaf dengan penuh rassa ingin tahu. Dia tidak dapat membaca wajah sahabatnya ketika ini.

"Altaf, kenapa aku tengok kau macam tak okay je ni?" melihatkan keadaan Altaf, Hazeem bertanya kepadanya dengan penuh prihatin. Hazeem duduk di atas sofa berhadapan dengan Altaf. Kedua-dua sikunya direhatkan di atas lutut.

Pelbagai persoalan Hazeem ingin lontarkan pada Altaf. DIa merasakan ada sesuatu yang lebih mendalam di sebalik sikap sahabatnya itu. Yang pasti semua persoalan itu membawa kepada satu punca masalah. Mishal. Berkenaan isi hati dan perasaan yang tersimpan di dasar hati Altaf sendiri.

"Tadi laju kau keluar office sebab nak jumpa Sha kan? You like her, don't you?" tanya Hazeem, cuba untuk memahami situasi Altaf.

Altaf geleng kepala dengan lembut.

"Are you sure?" Hazeem menyoal lagi. Dia tahu Altaf hendak mengelak daripada menjawab. Kalau tidak, kenapa dia banyak meluangkan masa dengan Mishal? Walaupun banyak bertengkar, bergaduh dan berkelahi, kenapa masih melayan Mishal?

Altaf sekali lagi menggeleng, tetapi kali ini dengan sedikit kegusaran.

'See! Dia sendiri tak pasti dengan perasaan dia sendiri' omel Hazeem sendiri.

"Kau yakin kau tak suka dia?" Hazeem bertanya, penuh rasa curiga.

"Listen, Altaf. You do like her. If not, why are you being like this when you know she's in a relationship with someone?" Hazeem berkata dengan nada serius. Dia pula yang memvalidasi perasaan Altaf, cuba menyedarkannya.

Altaf menukar posisinya daripada baring ke duduk. Dia akhirnya mengangkat muka.

"Yes! I like her! I do like her!" Altaf akhirnya mengaku.

Senyuman terukir di bibir Hazeem. "I hope everything goes well with her."

"She's not in the relationship. It was a misunderstanding." sambung Altaf lagi tetapi sayu sahaja suaranya.

"That's good news but why do you sound so awful?" soal Hazeem pelik.

"Dia putuskan dia tak nak bercinta selagi dia tak habis belajar," jawab Altaf, nada suaranya penuh dengan rasa kecewa.

"Klise." potong Hazeem.

"Dia nak aku jauhkan diri aku dari dia," ujarnya sayu.

"Can you?" Hazeem senyum sinis, menganggap Altaf mungkin terlalu lemah semangat untuk menghadapi situasi ini. Altaf pula menjawab dengan gelengan.

"Tak, aku rasa aku tak boleh." dia tertunduk.

"Sebab aku dia putuskan dia tak nak bercinta. Sebab aku, luahan perasaan dia, tak berbalas sampai sekarang. Aku buat dia malu dengan pengakuan dia ke? Aku buat dia trauma ke, Zeem?"

"She confessed to you?! When?" Hazeem terkejut apabila dia tidak mengetahui tentang ini.

"Dah lama dah. A few months ago?"

"Dan kau tak respon sampai sekarang? Kau tak reject or accept her confession? Dengan perangai kau terhadap dia, aku rasa kau perlekehkan perasaan dia terhadap kau. Betul tak, Al?"

Altaf angguk dan tidak mengangkat kepala memandang Hazeem.

"Kau bodoh ke, Al? Budak tu dah habis berani mengatakan perasaan dia, tapi kau? Kau buat dia rasa macam tak dihargai. Kau sedar tak situasi yang kau sekarang sama macam situasi kau dengan bekas kekasih kau dulu? Kau ciptakan sekali lagi rasa sakit ini tetapi dengan orang lain." kata, Hazeem. Nada suaranya penuh dengan kemarahan dan kekecewaan.

Altaf mengangkat kepala. Wajahnya bertukar keruh. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu rasa sakit yang sama untuk kali ke dua. Dia menyesal. Dia menyesal memperlekehkan Mishal hanya kerana di matanya, Mishal hanyalah seorang budak perempuan yang tidak matang dan tidak tahu apa-apa soal hati dan perasaan. Hakikatnya, dia yang tidak matang. Dia yang bersalah dalam hal ini sama ada sebelum ini dan sekarang, semuanya salah dia.

Altaf memandang Hazeem dengan mata yang berair.

"Kau betul, Zeem. Aku bodoh."

"Memang." tak berselindung langsung, setepek Hazeem mengiyakan.

Hazeem melepaskan lelah sebelum berkata, "Tapi kau juga bijak. Kau tahu apa nak kena buat kan sekarang ini? Kau pergi jumpa dia, minta maaf pada dia seikhlas hati, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Kau terus terang tentang perasaan kau. Balas confession dia. I know her well, Al. Sha tu pemaaf orangnya. Dia mudah lupakan kesalahan orang. Dia baik sangat. Tolong jangan sakitkan hati dia, Al. Aku sayang dia seperti adik aku." Hazeem sampai merayu pada Altaf dengan penuh emosi. Sebegitu dalam cara dia menjaga dan menghargai seorang gadis bernama Mishal Athea.

"Go persuade her, Al. Sha kalau dah suka seseorang itu, dia memang akan suka sungguh-sungguh dan susah nak move on. I'm sure now she's just taking some time for herself." nasihat Hazeem.

"Go persuade her. You won't give up, will you?"

Altaf yang dari tadi setia mendengar sahabatnya berbicara mula berfikir dalam-dalam.

Al menggelengkan kepalanya. "I give up." suaranya penuh kekalahan.

Tak sangka itu jawapan yang diterima Hazeem, terkejut sehingga membulat matanya.

"Kau buat kelakar apa, Al?" Hazeem tak puas hati. Takkan semudah itu sahaja sahabatnya mahu putus asa?

"I give up but I will be okay. I don't want to bother her anymore. Now, she sees me as her lecturer only," Altaf menundukkan kepalanya.

"Aku tak faham, Zeem. Aku tak faham." luahnya sayu. Hazeem yang ternampak titisan jernih jatuh dari mata Altaf, bangun merapati sahabatnya yang masih duduk di atas sofa berhadapannya dan menarik kepala Altaf ke perut. Kepala Altaf digosok perlahan untuk memujuk.

"Sha pun takkan faham kalau kau macam ni. Dia takkan faham kalau kau tak berterus terang. Kau pun takkan faham diri kau kalau kau tak jujur dan buka hati kau dan luahkan kepadanya." kata Hazeem lembut, cuba untuk memberi sokongan.

"Kenapa kau tak pernah berterus-terang tentang perasaan kau pada dia?" soal Hazeem.

"Aku takut. Aku takut untuk mengungkapkan perasaan sebab aku risau jika ianya akan mengubah apa yang aku dengan dia lakukan sekarang. Aku tahu dia selesa dengan aku dan aku pun seronok melayan dan meluangkan masa dengan dia." Altaf mengambil nafas sebelum menyambung.

"Aku takut kalau aku cakap sekarang, dia mungkin akan menjauh tambah pula dia telah menetapkan pendiriannya untuk tidak bercinta."

"Tapi sekarang aku sedar, lebih baik mejelaskan daripada hidup dalam ketidakpastian, kan?" tambah Altaf lagi.

"Yes, Al. kau perlu beri peluang kepada kamu berdua untuk memahami antara satu sama lain dengan lebih baik. Lagipun, jika benar-benar kau pedulikan Sya, kau patut berdepan dengan segala kemungkinan." nasihat Hazeem kepada Altaf.

Altaf melilit lengannya pada pinggang Hazeem dengan erat dan menghamburkan tangisnya pada Hazeem.

"Aku tolong kau nanti" janji Hazeem sambil mengusap lembut belakang Altaf.

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now