Part 15 -'♡'-

32 2 0
                                    

Petang ini, aku beriadah dengan Qasrina. Kami hanya melakukan brisk walk mengelilingi kawasan kolej. Di belakang kolej lelaki, terdapat sebuah padang. Ada yang sedang bermain bola sepak, ada yang sedang bermain frisbee dan ada yang sedang bermain bola jaring. Kami berhenti sebentar di sebelah padang setelah melakukan satu pusingan untuk melepaskan lelah. Apa yang lelah pun tak tahulah padahal berjalan sahaja. Lebih rehat daripada bersenam.

"Sha, aku nak pergi beli airlah kat mesin gedegang. Kau nak kirim?"

"No, thanks. Aku dah bawa air,"

"Alright. Stay there, ok? I'll be back,"

Sementara menunggu Qasrina kembali, aku melilau melihat sekeliling. Ramai betul yang beriadah. Setiap petang macam ni ke? Ramai juga yang berjogging.

Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Aku hanya merenung dengan kagumnya. Tak berkelip mata memandang.

"Hei, dari tadi pandang saya tak lepas" sampuk satu suara. Aku lihat orang ini bermandi peluh. Dia berjogging juga kerana dia bukan datang dari kumpulan orang yang sedang bersukan.

"Ezmier?"

"Ya, saya. Kenapa awak pandang saya?"

"Mana ada saya pandang awak."

'Bila masa aku pandang dia? Aku pandang kereta Audi hitam belakang dia. Pergh! Handsome gila kereta tu! Kereta siapalah agaknya tu. Kepunyaan pelajar atau pensyarah?'

"Awak tak perlulah malu, saya selalu nampak awak pandang saya. Pandang lama pula tu."

"Bila masa? Di mana?" tiba-tiba Ezmier bertanya. Perasan gila.

"Susur gajah, di koperasi dan tadi."

"Taklah, mana ada."

'Susur gajah? Punyalah ramai orang yang lalu susur gajah, macam mana dia kata mata aku pandang dia? Di koperasi? Dalam minggu ini, sekali sahaja aku jejakkan aku ke situ. Waktu tu ke? Tapi waktu tu aku tengah tenung rak jajan nak pilih jajan yang mana satu. Tak perasan pula aku dia ada kat situ.'

Ezmier, senior aku tua setahun. Juga pelajar tahun akhir dan belum graduasi. Lelaki paling hot dalam kampus stok-stok ramai perempuan jadikan dia sebagai crush mereka.

"Awak, saya nak duduk sini sekejap, boleh?" Ezmier meminta izin padaku untuk duduk di sebelah di atas rumput.

"Boleh, silalah duduk. Awak pun mesti dah penat berjogging,"

Ezmier duduk dengan memeluk lututnya lalu melepaskan lelah.

"Awak, boleh tak saya nak berkawan dengan awak?"

"Boleh, apa pula tak boleh."

"Awak ada tisu? Boleh saya nak sehelai?"

"Boleh,"

"Awak, saya nak air sikit, boleh?"

"Boleh,"

"Awak, saya nak kita jadi lebih daripada seorang kawan boleh?"

"Boleh,"

"Eh, apa?"

"Terima kasih sudi menerima saya menjadi teman lelaki awak. Saya nak sambung jogging. Bye!"

"Hei, Ezmier!"

Tanpa menoleh ke belakang, dia melambai dan terus sambung berjogging.

Qasrina yang sudah kembali menyenggol lenganku.

"Bukan main kau dok boleh-boleh eh? Semangat betul jawab, lagi-lagi yang last sekali tu. ingat aku tak dengar?"

"Qas..."

"Dah ada boyfriend dah kawan aku ni,"

"He tricked me."

"Just treat him as a girlfriend does."

Balik dari beriadah, aku mengurungkan diri aku di dalam bilik selepas tiba-tiba menjadi girlfriend terjun Ezmier. Hari itu, Altaf memperlekehkan luahan perasaan aku kepadanya. Hari ini, Ezmier minta menjadi boyfriend aku.

Berkenaan dengan Altaf, aku mencipta jarak antara kami. Selama seminggu aku tidak bertemu dan bercakap dengannya kecuali dalam kelas. Selain daripada di dalam kelas, memang aku hiraukan saja Altaf tu.

Tapi, Altaf beritahu yang dia sedih dan sunyi selama ketiadaan aku jadi, kami kembali seperti biasa.

Sekejap! Apa jawapan dia? Dia nak biarkan perkara itu tergantung sepi ke? Ataupun dia nak hubungan antara aku dengan dia seperti ini? Hanya sebatas pensyarah dan pelajar? Kawan? Itukah maksud dia?

Tapi, aku juga yang nak meluangkan masa dengan dia, sebab tu aku maafkan dan kembali macam sebelum ini dengan dia.

Dia mungkin okey sahaja sebab dah menerima maaf daripada aku tapi perasaan aku ni macam mana? Bodohlah kau ni, Sha. Sesenang itu sahaja kau maafkan dia.

Dia ingat aku boleh jalani hari-hari aku seperti sedia kala ke? Sakitnya hati ini! Seriously, aku ni siapa pada Al? Dah lama aku nak jawapan itu tapi tiada.

Patutkah aku act macam luahan perasaan aku tu tak pernah terjadi dan teruskan menjadi pelajarnya. Sanggupkah aku?

Berkenaan dengan Ezmier pula, aku tak minat dia macam mana boleh jadi macam ni pula? Serabutlah aku! Satu hal pula nak cari dia sebab nak selesaikan salah faham.

The right thing to do right now is to focus on my studies. Soal hati dan perasaan aku letak tepi dahulu. Kalau jodoh aku dengan Altaf, adalah jodoh itu. Kalau bukan dengan Altaf, dengan Ezmier. Kalau bukan dengan salah seorang daripada mereka, dengan orang lain. Kita ikut sahaja aturan yang telah ditetapkan-Nya.


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


Entah macam mana dan bagaimana, berita tentang Ezmier, lelaki paling hot dan terkenal di kampus bercinta dengan aku telah tersebar luas. Penangan apabila orang comel macam aku dan jejaka paling hot tiba-tiba berintereaksi di kampus hohoho!

Altaf hanya bersandar di dalam pejabatya sementara menunggu Hazeem.

"Sorry, bro. Baru lepas appointment dengan student and guess what," Hazeem ada teh panas untuk disisip setibanya dia di bilik Altaf dan menghenyakkan punggung di sebelah sahabatnya.

"Appointment aku dengan student tadi, dia cerita dengan aku yang dia nak confess pada Sha but it turns out he heard that Ezmier has confessed to her first and dia orang tengah bercinta. Aku tanya la budak tu, mana dia tahu khabar angin ni dan dia kata dah meluas dah. Satu program kita tahu. Jenuh lah aku pujuk budak broken tu dengan berbakul-bakul nasihat. Aku suruh dia move on lah, aku nasihat dia supaya fokus belajar dulu, make himself valuable before find love dan macam-macam lagilah." panjang lebar Hazeem menumpah teh panas. Bukan teh saja yang panas, rasanya orang sebelahnya pun panas sekali mendengarnya.

"Kau ulang balik, Zeem."

"Apa? Aku pujuk budak tu supaya move on?"

"Not that one. Did you just said that Sha bercinta dengan budak nama apa tu? Izmir?" Altaf seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia baru dengar.

"Oh ya, rumours about Ezmier bercinta dengan Sha."

"Are we talking about that Sha? The same Sha?" berharap bukan Sha yang Hazeem maksudkan tapi, "Yes, our Sha. Mishal Athea. Why?" Hazeem mengesahkannya.

"Is that why she's not here eating with us? She's dating with that guy?" soal Altaf seperti tidak puas hati.

"Dating? No, I don't think so. She's probably at her favourite spot in the library but I just saw that Ezmier boy is heading there too. On second thought, maybe?"

Tanpa membuang masa, Altaf meninggalkan sahabatnya yang terpinga-pinga apabila Altaf meluru keluar dari biliknya.

Hazeem bersandar santai pada sofa dan menyilangkan tangan di dada. Kaki juga disilang. Senyuman sungging terhias di bibirnya.

"Someone is burning from jealousy, huh?"

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now