Part 21 -'♡'-

21 1 0
                                    

Kelas berlangsung seperti biasa selepas seminggu cuti pertengahan semester. Kelas Mishal pukul 8 pagi pada setiap hari Isnin. Rakan serumahnya yang lain kelas mereka lewat sedikit. Qasrina pula kadang tinggal di apartment mereka, kadang tidur di rumah keluarganya. Kali ini, Qasrina tidur di rumah keluarganya. Hari ini, Mishal akan pergi ke kampus berseorangan.

Buka sahaja pintu rumah, pandangan pagi Mishal dihiasi dengan sekujur tubuh Altaf yang sedang bersandar di dinding apartmennya berhadapan dengan rumah aku sambil bermain dengan iPhonenya.

Kenapa banyak sangat kejutan yang dia terima sejak habis cuti? Apa pula Altaf buat pagi-pagi di hadapan rumah orang ni? Kejutan apa lagi dia mahu lakukan? Badan aku kejung seketika.

"Oh, you're here." Altaf bersuara dan tersenyum lebar.

"Apa kau buat kat sini?" aku bertanya dan masih terkejut.

"Kenapa? Salah ke aku nak jemput tunang aku?" dia menjawab sambil tersenyum penuh makna.

Tu...tunang!

Aku menggelengkan kepala. Tak terkeluar perkataan daripada mulut ni. Altaf merapat dengan aku lalu tali tote bag aku dia tarik membuatkan aku mula bergerak mengikuti langkahnya. Apa yang dia buat ni?

"Nak pegang tangan, belum boleh lagi." Altaf menambah dengan nada berjenaka.

Oh! Itu ke sebabnya? Kenapa aku slow sangat bab-bab macam ni? Tak pasal-pasal naik merah terus muka aku di awal pagi ini.

"Hazeem call tadi, dia dah siapakan sarapan untuk kita. Naik dengan aku tau, sayang."

Gelaran 'sayang' yang Altaf gunakan untuk memanggil Mishal membuatkan jantungnya berdegup lebih laju.

Sayang pulak!

Kata-kata dia pagi ini membuatkan jantung aku terpaksa bekerja lebih. Terhenti langkah aku dan pegangan tali beg terlepas daripada tangan Altaf membuatkan dia turut berhenti dan menoleh.

"I see... hati kau terlalu berbunga ke sampai kau senyap je dari tadi." ujarnya sekaligus mentertawakan wajah aku yang sudah merah.

Hamba Allah yang satu ni kan! Bukan main seronok dia tengok ekspresi muka aku.


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


Tiba sahaja aku dan Altaf di bilik Hazeem, tuan bilik itu menyambut kami dengan tangan yang terbuka.

"Welcome, love birds!" Hazeem menyambut dengan ceria sambil memandang Altaf dan Mishal yang sudah berdiri di depan pintu.

Altaf menumbuk perlahan perut Hazeem manakala aku menjeling tajam lalu kami berdua masuk mengambil tempat di sofa.

"Aku buat salah apa?" Hazeem mengomel hairan sendiri lalu dia juga melabuhkan duduk.

"Abang Azeem tak bagitahu Sha pun pasal ni!" marahku.

"Hei, apa marah-marah pagi-pagi ni? Abang tak bagitahu sebab... tak ada sebab. Memang tak terfikir nak bagitahu pun. Sorry lah. Nah, abang belikan sandwich and of course your favourite air kotak susu." Hazeem menjelaskan sambil menghulurkan kotak susu dan sandwich kepada Mishal.

Dapat sahaja air kotak susu yang dihulur Hazeem, terus aku lupakan rajuk dan marahku padanya. Milk for life!

"Kau pula apa sebab kau hadiahkan penumbuk kat perut aku tadi?" Hazeem mengalih perhatian pada Altaf pula dan suaranya sengaja digarangkan. Altaf tidak menjawab tetapi hanya menjeling.

"Alah, budak tu bukan hirau benda-benda macam ni. Tengok. Bahagia je dia makan. Dah lupa la tu." Hazeem menjuihkan bibir ke arah Mishal yang sedang elok melantak sarapannya.

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now