Hari terakhir kelas untuk semester ini, semua pelajar berpakaian extra cantik dan kacak kerana akan ada sesi bergambar bersama dengan para pensyarah. Hari ini, aku berpakaian cantik sedikit berbanding kebiasaan. Kemeja kuning cair beserta knitted vest coklat dan dipasangkan dengan seluar wide leg berwarna krim sama warna dengan tudung.
Kelas terakhir adalah kelas Altaf. Sebelum masuk ke kelas, sudah tentu aku akan singgah di pejabat tunangku. Masuk sahaja pejabatnya, Altaf sedang baring di atas sofa, tidur sebentar sebelum masuk ke kelas.
Dikesempatan ini, aku mengambil peluang untuk mengamati wajah kacaknya. Aku mengeluarkan sesuatu untuk menambahkan kekacakannya sebelum keluar semula untuk ke kelas dan tidak pula aku mengejutnya.
❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀
"I apologize for being late. Since this is your lass class before you sit for you final, I hope you are well prepared and this will be our last discussion. Anything you want to ask, ask now. Let's discuss the questions I asked you guys to do yesterday, shall we?"
"Um, sir. I have a question." Danial, rakan sekelasku teragak-agak ingin bertanya. Takut akan pensyarah yang garang dan tegas di hadapannya.
"Shot it." kata Altaf sambil dia set up komputer ribanya.
"Anak sir dandan rambut sir ke?" Altaf menghentikan tingkahnya lalu mencari wajah si bertanya dan mempamerkan wajah yang keliru.
Semua orang yang berada di dalam kelas itu tidak mampu menahan tawa mereka, terletus juga akhirnya. Ini menambahkan lagi tanda tanya pada Altaf.
"What do you mean? I don't have a child." soalnya kekeliruan.
Seorang rakan kelas ku tampil ke hadapan dan mendekati Altaf. Dia menunjukkan kamera hadapan daripada telefon pintarnya pada wajah Altaf.
Terkejut Altaf apabila dia mendapati rambutnya telah dicepit dengan penyepit rambut yang kecil-kecil berwarna-warni itu. Banyak pula tu! Tahu lah dia siapa dalang disebalik penyepit-penyepit comel ini.
"Kau ke yang buat, Sha?" Qasrina bisik bertanya padaku.
"Hehe."
Altaf memandang aku dan tersenyum senget lalu berkata, "Yes, my girl did my hair today. She knows today I will take pictures with you guys, so she tries to make my hair look nice. But I think I need to teach her how to make a guy look more handsome or... maybe some punishment to her will do?" katanya sambil mencabut satu persatu penyepit-penyepit tersebut daripada rambutnya.
Aku telan air liur yang tiba-tiba rasa tersangkut di kerongkong. Punishment?
"Habis lah kau Sha." Qasrina tak menyokong aku langsung!
"Tapi bukankah sir tak kahwin lagi? Bila masa sir ada anak perempuan?" soalan perangkap daripada Zara membuatkan Altaf tersentak.
"I mean my niece. She is such a naughty girl." tenang Altaf menipu sunat lalu menjeling aku.
"Tak sangka sir pun ada soft spot untuk budak kecil."
"Awak ingat saya ni tak berhati perut sangat ke? Takkan dengan budak-budak pun saya kene garang macam saya garang dengan kamu semua yang dah dewasa ni?" Altaf berkata dengan nada yang garang
"Sir pakai baliklah penyepit-penyepit comel tadi. Bila anak buah sir pakaikan penyepit tadi, sir nampak comel. Auto tak nampak garang dah. Tak ada lah saya takut sangat dengan sir." Fayyad berkata apabila melihat sifat garang Altaf mula terserlah tadi. Cadangan Fayyad pula mendapat sokongan baik daripada seluruh kelas. Geli hati aku mendengarnya.
YOU ARE READING
Althea [COMPLETED]
RomanceKindly follow, comment and vote, guyss ⭐🌷 Berkenalan dengan kawan kepada jiran lamanya bukanlah pertemuan yang baik. Tengah-tengah menyiram pokok, tersiram orang pula. Hanya nama yang diperkenalkan kerana masing-masing yakin bahawa mereka tidak aka...