Part 27 -'♡'-

52 4 0
                                    

Di dalam bilik yang penuh dengan warna-warna lembut dan wangian bunga yang segar, Mishal berdiri di hadapan cermin besar, memandang dirinya dengan penuh rasa gemuruh. Gaun pengantin yang direka khas untuknya terletak elok di atas badan, memperlihatkan susuk tubuhnya dengan anggun. Namun, bukan hanya gaun yang menjadi tumpuan—perasaan di hatinya jauh lebih mendalam dan kompleks.

"It's your day, Mishal," bisiknya pada bayangannya di cermin. Walaupun senyum terukir di wajahnya, dalam hatinya, pelbagai emosi bergelora.

Dalam suasana yang sama, di ruang tamu yang berbeza, Altaf sedang memeriksa dirinya sebagai persiapan terakhir. Dia melihat jam tangannya berkali-kali, merasakan ketegangan yang meluap-luap di dalam dirinya. Dokumen berkaitan pernikahan sudah siap, tetapi fikirannya terus melayang pada satu perkara—Mishal. Ketenangan di wajahnya tidak menggambarkan rasa berdebar-debar yang dia rasakan.

"Ini dia, detik yang paling penting dalam hidupku," katanya pada dirinya sendiri.

Dengan masing-masing menyiapkan diri mereka untuk pernikahan yang akan berlangsung, waktu seakan-akan berjalan perlahan. Mishal dan Altaf terpisah oleh jarak fizikal, tetapi hati mereka saling berharap. Mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar.

Ibu Mishal, dengan penuh kasih sayang, memberikan sentuhan terakhir pada gaun anak perempuannya. "Jangan risau, sayang. Semua akan berjalan lancar. Ini adalah hari bahagia awak," katanya lembut, cuba menenangkan Mishal yang kelihatan sedikit resah.

Sementara itu, Hazeem, sahabat baik Altaf, sedang sibuk memeriksa tempat majlis, memastikan segala persiapan telah sempurna. "Semuanya akan berjalan seperti yang dirancang," katanya pada Altaf. "Ingat, ini adalah hari kau. Nikmati setiap detik dan jangan biarkan rasa gementar menghalang kau daripada merasai kebahagiaan."

Di sebalik semua persiapan dan harapan, ada satu perkara yang lebih penting daripada segala-galanya—cinta dan komitmen yang mereka miliki satu sama lain.

Ketika waktu semakin hampir, perasaan mereka bercampur baur antara kegembiraan dan kegelisahan, tetapi satu perkara yang pasti, hari ini akan menjadi permulaan sebuah perjalanan baru dalam hidup mereka.


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


Tok imam sedang memberi khutbah nikah berkaitan dengan adab perkahwinan, hukum hakam, tangungjawab dan perkara-perkara yang berkaitan. Tiba lah hari aku dan Altaf bakal diijabkabulkan sebentar lagi. Majlis diadakan seminggu sebelum peperiksaan akhir aku.

Kenapa bukan selepas peperiksaan? Katanya, itu sahaja tarikh yang sesuai memandang kan tempoh masa pengajian aku satu semester tidak sama dengan cuti sekolah atau universiti awam. Aku tidak ambil tahu sangat kerana ibu, ayah dan Altaf hanya menyuruh aku untuk fokus belajar. Urusan perkahwinan, biar mereka uruskan. Aku bersyukur mereka memahami aku yang sedang sibuk belajar.

"Altaf Naufal Bin Ahmad Nadeem,"

"Saya,"

Aku gugup. Altaf yang berada di hadapan ayahku sebagai wali pengantin perempuan apatah lagi.

"Betul itu pengantin perempuannya?" tanya tok imam di sebelah ayahku sambil memandang sekilas ke arahku.

Oh. Aku ingat dah nak lafaz nikah.

Altaf memusingkan kepala memandangku. Jelas riak gugup pada wajahnya. Senyuman pun agak kekok. Aku angkat tangan dan melambainya persis seorang kanak-kanak riang. Altaf tersenyum dan tertawa kecil dengan tingkahku. Orang lain yang hadir pada majlis nikah kami pun turut mentertawakan tingkah dan reaksi kami berdua. Well, sekurang-kurangnya aku kurangkan gugup dia, kan?

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now