"Say it. Only I can hear it, baby." Altaf bisik lagi dengan suara yang menggoda. Dia ni memang sengaja ke?
Mishal enggan mengungkapkan ayat itu. Dia menjadi tidak keruan.
"Ak..aku sa..sa..." tergagap-gagap Mishal cuba untuk menyempurnakan ayat yang diminta oleh lelaki itu.
Altaf melepaskan pegangannya pada poket apron Mishal lalu berkata, "As expected, you can't say it. Muka dah macam tercekik biji kopi je tu. pergilah buat kopi aku. Aku tak kacau kau dah."
Mishal menarik nafas lega apabila dia tak perlu mengungkapkan ayat itu tetapi dia geram apabila dia diusik. Sebelum beredar, Mishal bertanya dengan berhati-hati. "Kau tak rasa ke kalau orang lain nampak tadi, mereka akan salah faham?"
"Don't worry. Aku tak ada perasaan pada kau pun. So, it's fine." Altaf menjawab mendatar.
Kata-kata Altaf seperti tertelan biji kopi yang paling pahit di dunia. Aku tahu setiap butir bicara yang keluar daripada mulut dia, tak pernah ada gula. Dia berkata-kata seperti aku ini orang yang tiada perasaan. Dari cara percakapannya aku sudah tahu lah bahawa aku ini bukan siapa-siapa di mata Altaf dan yang pasti dia tiada perasaan terhadap aku.
Tengoklah muka dia sekarang, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kata-katanya seperti pedang yang terhunus ke dada buatku tetapi terbang melayang seperti layang-layang buatnya.
"Sorry..." Mishal memohon maaf tetapi suaranya seakan-akan tidak keluar.
"Aku min-" Mishal baru sahaja hendak meminta maaf betul-betul tetapi dipotong.
"Excuse me, waitress." Panggil salah seorang pelanggan. Aku yang berada berdekatan dengannya terus menghampiri pemuda itu.
"Yes?"
"Can I get a- opps!" Air kopinya tertumpah ke atas baju dan seluarku. Terkejut aku. Nasib baiklah air kopi yang sejuk bukan panas.
"I'm sorry! My hand slipped!"
"No, no. It's okay," Mishal bertingkah biasa kerana banyak mata sedang memandang ke arah ini.
Walaupun aku tengah dan cuba untuk berkelakuan biasa, dengan tiba-tiba tangan lelaki itu cuba untuk menyentuh baju dan seluarku yang sudah basah di bahagian perut.
'What the hell?!'
Sebelum lelaki itu menyentuhku, ada tangan lain yang laju menepis tangan lelaki itu. Altaf berdiri di antara aku dan lelaki itu.
"What do you think you are doing to my student, hm?"
Altaf menegur pelajar lelaki itu dengan tegas. Tajam mata Altaf menikam anak mata pelajar lelaki itu. Suasana menjadi sepi seketika kerana semua di situ agak takut dengan pensyarah mereka yang sedang marah. Terasa suasana seperti dingin.
Pelajar lelaki itu sudah menunduk dan merefleksi kesalahan sendiri. Tertunduk-tunduk dia memohon maaf kepadaku dan aku hanya menunduk sekali sebagai balasan tanpa berkata apa-apa.
Altaf memandangku dengan pandangan yang prihatin.
"Are you okay, kid?"
"Sha, are you okay?" Hazeem yang memang berada di booth berlari ke arahku juga bertanya prihatin. Beberapa orang rakanku juga datang menghampiri.
"Saya okay, sir."
Altaf memandang Mishal dengan pandangan yang redup tetapi masih ada riak sisa marahnya pada lelaki itu.
Tiba-tiba Altaf memegang pergelangan tanganku yang berlapikkan t-shirt lengan panjang lalu menarik aku meninggalkan khemah.
Eh?
YOU ARE READING
Althea [COMPLETED]
RomanceKindly follow, comment and vote, guyss ⭐🌷 Berkenalan dengan kawan kepada jiran lamanya bukanlah pertemuan yang baik. Tengah-tengah menyiram pokok, tersiram orang pula. Hanya nama yang diperkenalkan kerana masing-masing yakin bahawa mereka tidak aka...