'Aku patut balik kolej terus je tadi,' bisik hati kesal Mishal.
"Bukannya aku untung banyak pun stay sini. Commission daripada jualan tadi pun berapa persen saja lah. Yang dapat banyak adalah sakit badan. Ugh!" aku mengadu lelah lalu mengeliat membetulkan pinggangku yang lenguh. Sekejap-sekejap aku menumbuk perlahan belakang badan dan bahunya.
Setelah berasa lega sedikit, aku kembali bersandar santai pada batang pokok tersebut dan pandangannya di halakan ke festival yang sedang meriah berlangsung seperti ingin meluangkan masa di sana tetapi tidak tahu apa yang menghalang. Mungkin dirinya yang tidak suka berada dalam khalayak ramai membantutkan niatnya untuk berseronok.
"Dia kata nak belanja aku waktu festival ni. Pau je yang dia belanja?! Dah la belanja satu kelas sekali!" aku merungut tidak reti bersyukur.
"Al kata nak bersiar-siar dengan aku... aku ingatkan boleh lah luangkan masa dengan dia..." rintih aku sayu yang menganggap Altaf memungkiri janjinya.
"Tapi sekarang dia... dia mesti tengah syok bergurau senda dengan perempuan yang cantik tu!" tiba-tiba aku merengus. Sekejap sahaja sayunya tadi apabila teringatkan kemesraan mereka berdua. Sekarang dia berasa marah sangat pada Altaf.
"Hoi!" panggil satu suara garau dari belakang membuatkan aku menoleh ke arah suara si pemanggil. Altaf.
"Kenapa?" tanyaku kepada Altaf yang sedang berjalan menghampirinya.
"Ha? Kau tanya aku kenapa? Bukankah kita dah janji nak pusing satu festival ni sama-sama?" soalan berbalas soalan daripada Altaf sambil melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
Altaf tak lupa. Aku ingatkan Altaf lupa tentang itu. Iyalah, dia siapa saja pada Altaf? Bukannya penting pun. Angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup dan memberi kedinginan menyesukkan hati Mishal yang membara kerana marah pada Altaf sebentar tadi.
"Kau tak kene ekor pula dengan lalat-lalat tadi dalam perjalan ke sini? Macam mana kau lari daripada dia orang?"
"Lalat?" soal Altaf yang bingung dengan siapakah yang Mishal rujuk sebagai lalat tapi dapat ditangkap maksudnya "Macam tu lah,"
"Jangan rapat sangat, Sara. Saya ni pensyarah awak. Tolong hormat dan jaga batas awak dengan saya." Altaf sudah rimas dengan pelajarnya. Tadi dia makan pau yang disuap Sara sebab nak membuat hati Altaf panas je.
"Alah, sir ni. Saya cuma berbuat baik dengan sir je."
'Buat baik atau nak goda?'desis hati Altaf.
"Saya tak halang awak untuk berbuat baik pada saya, tapi buat baik juga pada orang lain juga, bukan pada saya sahaja. Saya tak mahu ada pelajar lain dan pensyarah buat perspektif yang tak menyenangkan antara awak dan saya. Awak faham kan maksud saya?"
"Sha tu boleh pula? Saya tengok Sha asyik berkepit dengan sir dengan sir Hazeem tu, tak apa pula?" Sara bertanyakan soalan perangkap. Sudah lama dia perhatikan Mishal yang selalu bersama-sama dengan Altaf dan Hazeem. Muncul rasa tidak puas hati pun ada.
"Dah kami memang rapat dan kenal dia sebelum kami masuk sini sebagai pensyarah dia. Lagipun awak tengok saya layan dia dengan baik ke? Tak, kan? Saya bukan macam Hazeem yang lagi lama kenal Sha, yang boleh layan Sha dengan baik sebab Hazeem tu penyayang orang dia. Berbeza dengan saya. Saya selalu bergaduh dengan Sha. Saya tahu semua orang nampak benda ni. Jadi, jangan nak salah faham dan jangan nak salahkan Sha seorang." terang Altaf panjang lebar. Setelah itu, dia pun berlalu pergi mencari Mishal apabila dia mendapati Mishal tiada di dalam khemah.
"Stop saying uncute things and eat this," sambungnya lagi lalu menghulurkan semangku rojak buah.
Kuah rojak yang pekat hitam di atas buah mangga, jambu air, jambu batu dan sengkuang membuatku terliur. Ada juga aku nampak beberapa potongan kecil cili merah. Mesti terasa pedasnya. Kecur liur aku dengan makanan tempatan itu. Laju bekas rojak itu bertukar tangan.
"I know you would prefer something savory, not that plain pau." terangnya.
Mishal terdiam apabila mendengar kata-kata tersebut. Sepertinya Altaf mengenali dirinya. Macam mana aku tak anggap yang Altaf pun ada rasa sesuatu terhadap aku. Sesuatu seperti perasaan suka. Itu apa yang aku rasalah...
"Al, there's something I've always wanted to ask you" Mishal memulakan keberaniannya untuk menyoal tentang hati dan perasaan yang membelenggu dirinya.
"What do you think of me?" akhirnya terluah juga tanda tanya selama ini.
"What does my existence mean to you?" soal Sha lagi.
"Hmm... kau apa eh pada aku?" jari telunjuk Altaf di dagu dan matanya dihalakan ke langit biru gaya seperti sedang berfikir.
"Kau macam anak anjing," jawabnya.
Aku terkedu mendengar jawapan daripada Altaf. Buah mangga yang baru hendak masuk mulutku terjatuh ke dalam bekasnya semula.
"Aku...anjing?" soal Sha sekali lagi.
"Ya, anak anjing." Altaf tetap dengan jawapannya.
'I'm not even seen as a human?!' jerit hati kecil aku.
Sedih hatiku mendengar dia samakan aku seperti anjing. Raut wajah Sha mula bertukar suram. Rojak buah yang dicucuk lidi olehnya semakin perlahan di bawa ke mulut. Hilang mood.
Altaf yang perasan akan mood Mishal dengan bodohnya bertanya, "what's wrong, puppy? Are you in a bad mood?"
'Dah tahu tanya lagi!'
"Kenapa anjing?" tanyaku inginkan sebab dengan suara yang sayu.
"Bukan anjinglah, tapi anak anjing." Altaf membetulkan.
"Sama sahaja lah!"
"Tak sama. Anjing besar. Anak anjing kecil."
"Dua-dua tetap anjing!"
'Macam kau!' hanya mampu mengutuk di dalam hati sahajalah.
"Tak lah. Kau nak tahu ke tak kenapa aku nampak kau macam anak anjing atau kau nak kita bertikam lidah tentang anjing dengan anak anjing sampai esok?"
"Yelah, yelah. Bagi lah tahu cepat apa sebab dia."
"Sebab haram."
Rasa nak humban Altaf pada anjing liar. Takpun anjing yang kena rabies. Biar dia ke alam lain.
"Elok-elok lah takkan sebab tu je?"
"Okay, kali ini aku serius. Maksudnya, perempuan yang suka berpaling muka ketika bercakap dengan suaminya. Membantah dan mengherdik apabila bercakap dengan suaminya. Kalau suami tu ada harta pula, perempuan itu akan menyayangi suaminya. Kalau suami itu tak ada harta, perempuan itu akan membencinya." terangnya dan seperti mengajar ceramah pun ada. Yang baik dan benar aku hadam. Tapi kalau dari mulut Altaf, kene buat research dahulu untuk memastikannya.
"Bukankah sama macam kau, suka cakap kasar dengan aku tapi bila aku belanja apa-apa, kau buat baik dengan aku." itulah kesimpulan Altaf yang samakan aku dengan anjing.
"Aku macam tu ke?"
"Tak sangat tapi most of the time."
"Kau yang mula dulu! Kau yang suka usik aku, mana aku tak marah. Lagipun itu perumpamaan untuk suami isteri lah! Bila masa aku jadi isteri kau?! Sesuka hati je nak samakan aku dengan anak anjing!"
"Haih, yelah, yelah. Aku pun salah juga. Tapi anak anjing comel apa? Puppy."
Aku membuat muka. Tidak suka dengan kata-kata dia yang samakan aku dengan anak anjing. Aku hanya diam kerana merajuk.
"Hei,"
"Hei, janganlah merajuk."
"Walaupun aku nampak kau macam anak anjing, macam yang aku kata tadi, anak anjing kan comel?"
"You're an important puppy to me. And I won't let you go,"
"Tapi aku tak nak jadi anak anjing..."
"Yelah, nanti aku fikirkan binatang lain yang menyerupai kau."
"Al!"
"HAHAHA!!!"
"Jomlah, kita pusing satu festival ni. Kau cakap je kau nak apa, aku bayarkan. Tapi beringat eh, aku ni pensyarah je, bukan owner universiti ni. Habis savings aku nak halalkan kau nanti," ajaknya sempat memberi amaran. Ayat yang terakhir diucap perlahan oleh Altaf tidak kedengaran di telinga Mishal.
YOU ARE READING
Althea [COMPLETED]
RomanceKindly follow, comment and vote, guyss ⭐🌷 Berkenalan dengan kawan kepada jiran lamanya bukanlah pertemuan yang baik. Tengah-tengah menyiram pokok, tersiram orang pula. Hanya nama yang diperkenalkan kerana masing-masing yakin bahawa mereka tidak aka...