Part 18 -'♡'-

18 1 0
                                    

Cuti pertengahan semester selama seminggu, Mishal sekeluarga pulang ke kampung datuk dan neneknya. Dia sememangnya suka meluangkan masa di kampung jika ada saja cuti kerana dapat menenangkan fikiran serabut mengenai pelajaran.

Peluang Mishal untuk melarikan diri daripada melihat kertas, skrin laptop dan pensyarah-pensyarah yang mengingatkannya tentang tugasan yang mereka berikan. Inilah masa ia berehat sebentar daripada belajar.

Malangnya, cuti kali ini aku kena hadap muka salah seorang pensyarahnya. Muka pensyarah yang ini bukan sahaja mengingatkan aku pada assignment tetapi luka di hati yang dia berikan. Ingatkan balik kampung dapat lah mengubati luka di hati tapi macam menambahkan sakit saja.

Nak halau pun tak boleh sebab ibu dan ayah benarkan. Nanti dicop biadap pula pada tetamu. Apalah agaknya Altaf sogok ibu dan ayah sampai sesenang ini membenarkan orang yang mereka tidak kenali bercuti bersama-sama keluarga.

Memang dinginlah layanan yang aku berikan kepada Altaf. Kan aku kata tak nak melepak dengan dia. Lagi aku suruh menjauh, lagi mendekat pula dia. Runsing aku! Macam mana nak jadi pelan move on aku?!


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


Rezeki balik kampung pada musim rambutan, petang itu, Mishal panjat pokok rambutan yang lebat merah di atas pokok. Tengah sedap-sedap duduk di atas dahan pokok rambutan, petik buah rambutan dan makan buah rambutan, ada pula la suara memekik di bawah. Mengacau ketenteraman aku sungguhlah dia ni.

"Hoi, Sha! Kau buat apa kat atas tu?!"

"Tengah makan rambutan lah. Kenapa?" Pelik betul soalan dia.

"Kenapa? Kenapa kau tanya?! Kau turun sekarang!"

"Kenapa pula?"

"Turun, bahayalah!"

"Aik? Dari kecik aku panjat pokok rambutan ni, setakat ni tak pernah terjatuh lagi. Okey je. Yang kau ni kecoh sangat apahal?!" aku jerit dari atas. Bukannya tinggi sangat pun pokok rambutan ni. Rendeng je. Takkanlah itu pun nak risau?

"Diorang okey tak tu?" tanya nenek kepada ibu.

"Diorang memang selalu bergaduh, mak. Hazeem bagitahu kat Kak Yong. Dia pesan jangan pelik kalau dua orang ni berkelahi. Dah biasa katanya." terang ibuku pada nenek. Harapnya nenek tak anggap aku cucu yang kurang ajar dengan pensyarahnya. Nanti tak dapat rambutan, kempunan aku!

"Turunlah! Kalau tiba-tiba kali ni kau jatuh macam mana?" risau sangat abe ni. Dari tadi suruh aku turun. Aku nak makan rambutan lagi masalahnya.

"Altaf! Biarlah si kaklong tu bertenggek atas pokok tu. Dia dah biasa," nenek laung pada Altaf yang sedang bercekak pinggang di bawah pokok rambutan di mana aku berada. Nenek pula ada di pangkin di tepi rumah, sedang minum petang bersama dengan atuk, ibu aku dan mak cik aku.

"Tapi nenek, macam bahaya je kat atas tu?"

'Nenek?! Dia panggil nenek aku, nenek?!'

"Okay je lah. Jangan risau sangat, Altaf. Pandailah dia turun sendiri." nenekku memberi jaminan pada Altaf tentang keselamatanku.

"Hoi! Kau siapa nak panggil nenek aku, nenek!" marahku dari atas.

"Biarlah! Nenek yang suruh aku panggil nenek, nenek!"

"Berkelahi lagi..." nenek hanya menggelengkan kepala. Cucu dia yang seorang ni memang suka bergaduh gamaknya. Kalau dulu waktu Mishal kecil, dia suka bergaduh dengan adik-adiknya. Sekarang, dia bergaduh pula dengan pensyarah sendiri.

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now