Part 8 -'♡'-

33 3 2
                                    

Mishal duduk di belakang sebuah bangunan. Melarikan diri daripada bersuka-ria di festival hari terbuka universiti. Sebagai seorang yang cepat kehabisan tenaga untuk bersosial, Mishal selalu menyendiri. Sebab itu, Mishal selalu berkunjung ke pejabat Hazeem untuk berehat dan memulihkan tenaga sosialnya.

"Kau buat apa di sini, Budak? Bukan kelas kau buka booth coffee ke? Kenapa gaya kau macam bosan sangat ni? Go and have fun at this festival lah."

Mishal mengeluh sebelum menjawab. "Charging."

"Lama betul kau charging. Kalau kau free, pergilah tolong classmates kau." arahnya.

"Dia orang boleh handle. Lagi pun bukannya ramai sangat customer." Mishal memberi alasan kerana dia tidak mahu terlibat seratus peratus dengan aktiviti jualan kelasnya. Hanya bantu sikit-sikit, okey lah tu. Ramai lagi ahli kelasnya, bukannya hanya tiga atau empat orang.

"Yakin je kau. Kau tahu tak, Hazeem pun terpaksa bantu tu."

"Kau? Tak nak bantu sekali? Kau pergilah beli coffee kelas aku 10 cups. Eh, no no. 50 cups la. 100 ke. Pergi sedekah pada sesiapa. Jualan kelas aku cepat habis, kau pun dapat pahala." aku beri cadangan win-win situation. Semua pihak untung.

"Banyak cantik muka kau!"

"Terima kasih."

"Kau ni tak betul ke apa? Kenapa tiba-tiba terima kasih?" soal Altaf yang sudah kebingungan.

"Terima kasih lah sebab puji aku banyak cantik. Bukan senang aku nak terima pujian daripada kau."

"Bengong lah kau ni," Altaf menahan sabar manakala Mishal sudah ketawa besar apabila dapat mengenakan Altaf.

"Tapi sayanglah" Altaf yang menghiraukan dirinya diketawakan oleh budak kecil itu menggantungkan ayatnya.

"Sayang kenapa?" soal Mishal sambil mengelap air mata yang keluar daripada matanya. Tawanya masih bersisa.

"Sayang baru ingat nak ajak baby bersiar-siar di festival ni, nak belanja baby makan, nak teman baby tengok persembahan dan nak belanja baby apa-apa sahaja yang baby nak di festival ni kalau baby buat sungguh-sungguh untuk jualan tersebut dan mendapat ramai pelanggan. Baby tak sayang sayang kan? Sebab tu baby senang-senang je suruh sayang habiskan duit sayang pada orang lain, bukan untuk baby."

"A...pa...kah..?" kata-kata yang keluar daripada mulut Altaf tidak dapat disangka oleh Mishal. Mishal tersedar dia sudah terkena dengan muslihat yang dia lakukan terhadap Altaf sebentar tadi. Panggilan mesra yang digunakan oleh Altaf dalam bicaranya meloyakan tekak Mishal. Rasanya tekak Altaf pun sama.

Masing-masing membuat gaya hendak termuntah.

"Tapi aku serius. Kalau kau buat sungguh-sungguh, bantu kawan-kawan kau, aku akan lakukan apa yang aku cakap tadi. Nak ke tak nak?"

Mishal tersenyum senget. "Mestilah baby nak!" aku bersorak riang sambil mengenakan Altaf semula. Dengan bersemangat, Mishal berlari ke tapak khemah di mana kelasnya menjalankan jualan tersebut. Dia meninggalkan Altaf yang masih tercegat di sana. Kau ingat kau menang, Altaf? Aku pun handal lah dalam permainan ni.

Altaf tersenyum senget sambil menggelengkan kepala dengan kerenah Sha.

"Budak ni memang lah." omelnya seorang diri sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Tangan kanan di lekapkan di atas dada sebelah kiri. Laju semacam dah kenapa. Altaf menarik dan menghembuskan nafasnya dengan dalam untuk menenangkan diri. Sebelum pergi semula ke festival itu untuk melaksanakan tugasnya sebagai pemantau festival bagi memastikan festival berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now