"Lambatnya kau datang! Aku dah kebulur ni!"
Buka-buka pintu, dah kene marah dengan Altaf.
"Sorry. Aku pergi kencing tadi,"
"Just say that you went to the toilet lah, budak!"
"Abang Azeem mana?"
"Dia ada meeting,"
Aku pergi ke arah pantri mini di dalam bilik Hazeem. "Ala, dah kembang..." aduku kecewa. Tak apalah, masih sedap! Cawan mi segera yang masih berasap itu aku bawa ke ruang tengah di dalam bilik itu. Aku letakkan cawan mi segera di atas meja kopi yang ada disitu lalu duduk di atas sofa berdepan dengan Altaf.
"Bismillahirrahmanirrahim..." setelah membaca doa makan dan menyapu muka dengan kedua-dua belah tangan, aku mengambil makanan aku lalu meniup-niup mi tersebut.
"Kau selalu makan maggi kan, budak? That's not healthy, you know."
'Jangan nak buka ceramah, Al.' hanya mampu berkata di dalam hati kerana jika disuarakan, sudah tentu aku kena tadah telinga.
"Then, why don't you make me a proper meal every day? You could be a loving and responsible husband." aku menyarankan idea bernasku. Dapatlah aku merasa makanan masakan rumah. Duduk jauh dari keluarga, terpaksalah bergantung pada kedai makan sahaja.
Dia tersentak. Aku nampak riak terkejutnya. Aku tersenyum sinis dalam sembunyi. Speechless ke bang? Hahaha.
❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀
Keesokan harinya, di waktu dan tempat yang sama, cuma kali ini, aku tidak membawa mi segera atau apa-apa makanan kerana Altaf kata dia akan sediakan makanan untuk aku. Tak sangka dia ambil serius apa yang aku katakan semalam.
Tok! Tok! Tok!
Aku mengetuk sebelum membuka pintu bilik Hazeem dan terlihat mereka berdua sedang menyiapkan makanan. Aku duduk di sofa satu berangkai yang berada di tengah-tengah. Mereka sedang menyusun hidangan di atas meja. Hazeem duduk di sofa sebelah kanan manakala Altaf duduk berhadapan dengan Hazeem.
Aku melihat makanan yang tersaji di atas meja. Aku tak tahu nak cakap apa apabila melihat makanan-makan itu. Terdapat nasi briyani kambing, nasi briyani ayam dan nasi tomato. Nampak meriah dan mewah, kan? Bukan itu sahaja, terdapat juga tiga kotak berjenama Brahim's di mana setiap kotak itu tertulis Nasi briyani kambing, Nasi briyani ayam dan nasi tomato. Ya, makanan-makanan itu semua adalah makanan segera daripada jenama Brahim's!
"Al," panggilku yang masih terkejut memandang makanan-makanan yang terhidang.
"Ya?" Altaf jawab sambil tersenyum bangga.
"Aku nak minta cerai." dengan satu lafaz yang serius aku mengungkapkan ayat tersebut. Memang Altaf tak boleh diharap kalau minta dia jadi 'loving and responsible husband'.
Sejurus aku meminta 'cerai' daripadanya, Altaf ketawa besar. Dia ketawa sehingga tegang urat perut dan mengalirkan air mata. Hazeem pula bingung kerana tidak tahu apa-apa yang sedang berlaku.
"Kenapa tiba-tiba Sha minta cerai daripada kau, Al? Bila masa kau orang nikah?" tanya Hazeem polos kepada Altaf.
Aku dan Altaf saling berpandangan, sementara aku hanya mampu menggelengkan kepala. Tiada siapa menjawab persoalan Hazeem. Altaf sibuk ketawa, aku pula tidak habis lagi terpana dengan makanan 'mewah' di hadapan aku.
"Apa beza makanan yang aku makan semalam dengan yang kau bagi ni, Al? YANG INI PUN MAKANAN SEGERA!"
"HAHAHA!"
YOU ARE READING
Althea [COMPLETED]
RomanceKindly follow, comment and vote, guyss ⭐🌷 Berkenalan dengan kawan kepada jiran lamanya bukanlah pertemuan yang baik. Tengah-tengah menyiram pokok, tersiram orang pula. Hanya nama yang diperkenalkan kerana masing-masing yakin bahawa mereka tidak aka...