Hari ini, fakulti perakaunan terdapat satu perjumpaan bersama-sama Ketua Program, Puan Tiffany.
"Saya nak, kamu semua belajar bersungguh sungguh dan dapatkan result yang cemerlang untuk mengekalkan status Platinum ACCA kolej kita..."
'Dia ingat ACCA ni mudah ke? Cuba dia retake, nak tahu juga pass ke tidak. Tak habis-habis nak brag straight pass dia tu.'
'Ahh! Lama lagi ke dia nak membebel. Cepatlah habis!'
Aku menguap mendengar bicara Ketua Program mengenai konteks yang sama. Tambah pula dengan hujan di luar, cuaca yang sejuk amat sesuai kalau lena sebentar.
"Aku rasa...aku dah sampai limit aku..."
"Ha?" Qasrina di sebelah tidak mengerti apa yang aku sampaikan.
Aku terus terjatuh ke atas lantai daripada kerusi aku. Tak pasal-pasal aku telah membuat kecoh dalam dewan itu. Aku separa sedar. Aku dapat rasakan Qasrina menggoncangkan tubuhku tetapi aku tidak mampu untuk membuka mata.
Tiba-tiba aku dapat rasakan badanku di awangan. Aku diangkat?
"Biar saya bawa dia ke pusat kesihatan. Puan Tiffany boleh teruskan program ini. Jangan risau, dia tak apa-apa."
Suara itu! Altaf?! Dia ke yang angkat aku?! Ya, tak salah lagi sebab aku dapat mendengar getaran suara dia apabila dia menggendongku kerana kepala aku terlentok di atas dadanya.
Aku juga dapat mendengar suara-suara yang lebih kuat daripada suara ketika aku terjatuh tadi. Ceh, kau orang ingat kau orang tengah tengok drama ke?
Semakin lama semakin menghilang suara-suara di dewan tadi. Altaf membawa aku pergi ke pusat kesihatan. Agak jauh sebenarnya tempat itu, tapi tak apalah.
"Hmm..." Mishal merengek dalam separa sedar.
"Sha, kau dah sedar ke?" Altaf menunduk melihat wajah Mishal di dadanya.
"Hm...belum...nak tidur lagi..." gumamku dalam separa sedar dan masih dalam gendongan Altaf. Aku sambung semula lena aku tadi.
'Kau tidur?! Aku ingatkan kau pengsan!' kata hati Altaf.
Bam!
Altaf melepaskan aku daripada gendongannya dengan kasar di atas katil di Pusat Kesihatan.
"Aduh! Kau apa hal jatuhkan orang yang tengah tidur?!"
"Kau patut tidur selama-lamanya, budak" katanya dengan nada yang geram. Dia pandang aku macam nak telan je.
Dia mendekatkan jaraknya dengan aku yang sedang duduk di atas katil pesakit ini. Wajahnya dibawa di hadapan wajahku. "Bawah mata kau dah gelap,"
Rapat sangat! "Sebab aku study sampai lewat malam," kata aku lalu berpaling ketepi.
"Tengok daripada mata kau, mesti kau kerap tidur lewat. Jadual tidur kau pun mesti dah lari. Kau nak aku dodoikan kau sampai kau tidur ke?"
"Hah? Do...dodoikan aku?" apa maksud dia ni? "Kau ingat aku budak kecil ke nak kena dodoi baru boleh tidur?"
Dia hiraukan aku. Dia menolak bahuku perlahan supaya aku baring semula ke atas katil.
"Baring dan relakskan badan kau." aku pun meletakkan kepala aku diatas bantal dan baring dengan selesa. Selimut juga aku tarik menutup tubuhku sehingga leher.
"Calm yourself. Budak kecil mana ada mata panda. Tutup mata tu," kenapa suara dia lembut sangat? Aku boleh terbuai-buai sebelum di dodoikan. Bahaya ni! Bahaya untuk jantung aku!
"Selepas itu, dah boleh mula kira sendiri biri-biri lompat pagar satu-satu." sambungnya membuatkan aku tercelik.
"Kau kata kau nak dodoikan aku!"
"Kau ingat aku bapak kau ke nak kena dodoikan kau macam budak kecil?"
"Aku pula dah rasa mengantuk," katanya sambil menguap lalu terus baring mengiring dengan menongkatkan kepalanya menghadapku di atas katil yang sama. Cuak aku dengan tindakan dia.
"Hoi! Pergi la baring di katil sebelah!"
"Katil ni luas dan kan aku kata aku mengantuk, aku tak larat nak bergerak dah."
"Apa yang kau- " terhenti aku daripada mahu manghalaunya kerana dia sudah berdengkur halus. Dia tidur?! Kurang asam!
Dikesempatan ini, aku mengambil peluang untuk menatap wajahnya. Memang tidak dinafikan Altaf memang seorang yang kacak. Rambut hitam gaya kombinasi crew cut dengan potongan rambut undercut sesuai dengan mukanya yang mempunyai 'jawline' dan tulang pipi yang berbentuk sedikit. Rambut depannya pula terjuntai ke hadapan.
Tanpa aku sedar, aku juga turut baring di atas katil yang sama mengiring menghadap dia.
"Al... Bongok! Bangang! Sewel! Tak gentle! Semua yang tak elok, semua ada pada kau. Kau suka mengusik aku. Kau suka buli aku. Aku harap kau charge phone lupa tekan suis, semua stokin kau hilang sebelah dan kau dapat isteri yang tak matang sama macam kau budak-budakkan aku." aku berkata perlahan sambil menyumpah seranah di hadapan mukanya.
"Lepas tu kau..."
"Al, apa pandangan kau terhadap aku? Haha, gurau je." aku berkata sambil menundukkan wajah. Masak aku kalau dia dengar.
Aku cuba-cuba untuk mengintai wajahnya lagi. Hah? Matanya terbuka. Aku terus terduduk daripada pembaringan tadi.
"Be...berapa lama kau dah terjaga?"
"Hoi budak, kau..."
"Baru aku perasan, kenapa kau pakai macam badut ni? Tudung hitam, baju sweatshirt jingga, seluar kelabu, stokin putih, pakai selipar pula tu. Casual sangat kau pergi kelas ni. Tak cantik langsung, pendek pula tu. Dah macam orang tak betul pun ada aku tengok."
"Ma...mana ada, aku...aku..." riak wajahku mendung. Suara aku tenggelam seperti hendak menangis.
"Eh? Hoi, budak?" dia cuak.
"Al, tak payah la cakap macam tu..." aku membuat esakan kecil.
"Aku tahulah aku ni tak cantik, tak pernah pakai make-up pergi kelas, pakaian entah apa-apa. No sense of fashion, tapi jangan lah downgrade aku sangat..." suara yang mengendur sengaja aku buat.
"Mesti kau malu kan bila orang lain nampak aku dengan kau? Lepas ni aku tak muncul dah depan kau," sengaja aku membuat guilt-trip padanya.
"Kau jangan lah pergi sejauh itu, aku..."
Altaf dah gelabah bila aku menangis dan memberinya rasa bersalah atas apa yang dia katakan pada aku tadi. Padan muka! Suka sangat usik aku! Suka sangat kacau aku! Kau tak pernah fikirkan yang perbuatan kau tu buat aku sakit hati. Biar aku buat kau terus rasa bersalah!
"Aku dah lah stress dengan belajar, tambah pula stress sebab kau selalu jahat dengan aku, sebab tu la aku susah nak tidur."
"Sha..."
Dia menarik aku untuk baring semula di atas katil dan menyelimuti badan aku dengan blazer yang dia pakai lalu menepuk perlahan bahu aku seperti mendodoikan aku. Terkejut aku dibuatnya.
"Aku minta maaf. I didn't know I was hurting you," katanya sambil masih lagi menepuk bahu aku.
"Biar aku dodoikan kau sampai kau tidur. Nanti lepas Talk with HOP tu dah habis, aku kejutkan kau. Okay?"
Aku terus turun daripada katil apabila dia tiba-tiba berubah menjadi baik. "Tak..tak apa! Bukan kau main-main je ke nak dodoikan aku tadi? Aku boleh tidur sendiri lah!"
Dia memanjangkan lengannya lalu menarik lengan aku sehingga aku terbaring semula di atas katil.
"Aku kata biar aku dodoikan," katanya dengan tegas dan memaksa. "Tak payah nak malu." sambungnya lagi.
Aku mengalah. Aku biarkan dia mendodoikan aku. Entah macam mana, aku tertidur semula. Altaf turun dari katil dan duduk di atas kerusi yang ada di sebelah katil.
"Good girl."
YOU ARE READING
Althea [COMPLETED]
RomanceKindly follow, comment and vote, guyss ⭐🌷 Berkenalan dengan kawan kepada jiran lamanya bukanlah pertemuan yang baik. Tengah-tengah menyiram pokok, tersiram orang pula. Hanya nama yang diperkenalkan kerana masing-masing yakin bahawa mereka tidak aka...