Part 4 -'♡'-

43 2 0
                                    

Hari Isnin tiba, kelas pun kembali berjalan seperti biasa. Sebelum pensyarah Mishal iaitu Abang Azeemnya sendiri masuk ke kelas, dia mengambil sedikit waktu ini untuk merehatkan minda sebelum menerima ilmu baharu.

Kepala diletakkan di atas meja dan dihalakan ke luar tingkap. Tempat duduk kegemaran Mishal, di sebelah tingkap dan berhadapan dengan meja pensyarah.

Tap, Tap, Tap.

Bunyi tapak kasut kulit memberi isyarat kepada Mishal bahawa pensyarah sudah tiba. Qasrina di sebelahnya menyenggol lengan Mishal mengejutkannya daripada berehat.

Angkat sahaja muka, terbeliak mata Mishal melihat pensyarah yang masuk ke kelasnya.

Ini bukan Abang Azeem!

Bukan Mishal sahaja yang terkejut, setelah pensyarah itu tiba di mejanya, dia pun terkejut dengan gerangan di hadapannya.

"Kau, budak?!"

"Mana Abang Azeem? I mean, Sir Hazeem?"

"Too bad, he's not your lecturer anymore but I am." Dia tersenyum senget. Menyampah pula aku tengok.

Altaf memandang seisi kelas. "Ok guys, I'm replacing your Sir Hazeem for this whole semester because he needs to transfer to the counseling department."

Semua terkejut dengan pertukaran yang tiba-tiba itu. Tidak sampai sebulan Hazeem mengajar, dia sudah perlu dipindahkan.

Sedih membelenggu diri Mishal. Hazeem sangat bagus dalam mengajar. Dia sabar mengajar jika ada pelajarnya yang masih tidak dapat menangkap atau kurang faham dengan apa yang diajarnya. Sedihlah semua orang kehilangan seorang pensyarah yang bertauladan dan sangat baik hati.

Mishal memandang Altaf lama. Bagaimana agaknya cara mengajar Altaf? Mereka berkawan tetapi sudah tentu masing-masing ada cara yang tersendiri untuk menyampaikan ilmu.

"Call me Sir Altaf. No need for any ice breaking from all of you because I will know your names over time. Let's continue where Hazeem left you guys with."

Aku memandang Qas dan dia pun memandangku. Mengerti apa yang berada dalam fikiran masing-masing.

Tegas!

Kami pun memulakan sesi pembelajaran sehingga satu jam, Altaf memberi kami rehat lima minit. Aku apa lagi, memang sambung 'merehatkan minda' di atas meja.


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


"Sha tu comel betul, kan?"

"Pelajar lelaki pun rasakan yang Sha tu perempuan paling cantik dalam programme kita. Cemburu pula aku."

"Betul, weh! Aku yang perempuan pun jealous!"

'Apalah yang mereka mengarutkan ni? Sir bagi break 5 minit ni, tak reti nak tidur sekejap ke?'

"You guys can ask anything within this time including about me." Altaf memberi kelonggaran kerana dia tidak memperkenalkan diri dengan baik tadi.

"Sir orang mana?"

"Saya orang Perak. Berhijrah ke sini sejak saya habis SPM."

"Sir study dekat mana sebelum ni?"

"I took ACCA with Sir Hazeem at UiTM."

"Sir pernah bekerja dalam industri sebelum mengajar atau Sir memang bercita-cita hendak menjadi pensyarah?"

"Yes, I worked at EY for 3 years to get a CA qualification. Then, I quit and pursued a masters to get into teaching, so here I am."

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now