Part 22 -'♡'-

25 2 1
                                    

Sementara menunggu makanan sampai, aku tegur Altaf tentang beg bimbitnya. Aku perasan juga beg silangnya ada initial 'R' yang disulam.

"Al, beg kau tu macam dah lusuh je, kau tak nak beli baru ke?" aku bertanya sambil memanang beg yang kelihatan semakin usang.

"Beg aku? Beg bimbit ni ke?" dia mengangkat begnya.

"Aku suka beg ni. Sangat berkualiti, tahan lasak. Dah lama aku pakai beg ni. Kau tengok. Lawa lagi, kan?" Altaf tersenyum bangga, jelas menghargai beg itu. Aku angguk sahaja.

"Tu ada initial R, beg kau brand apa?"

"Oh, R ni bukan brand mana-mana. Beg ni exgirlfriend aku yang bagi dulu. R tu dia sulam sendiri yang membawa maksud nama dia, Raisya." jelasnya dengan nada yang tenang.

Oh. Dia masih guna barang yang bekas kekasih dia beri walaupun dah lusuh dan macam nak terputus talinya.

Ingatkan aku mampu abaikan saja dan kekal bertenang tapi bila fikirkan balik, memang tak lah aku nak diam je!

Dah kenapa dia memilih untuk menggunakan lagi beg lusuh?! Kenapa sayang sangat beg tu sampai tak nak beli yang baru?!

Rasional Sha, rasional. Dia masih guna sebab membazir kalau buang. Mungkin dia akan pakai beg itu sampai beg itu berlubang? Tak, perasaan apa yang menyelubungi diri ni? Macam mana eh nak nyatakan?

Tak, kenapa dia kena sebut exgirlfriend dia yang bagi? Memanglah aku yang tanya dulu, tapi aku tanya pasal beg dia je bukan exgirlfriend dia!

"Hei, budak." panggilnya mengeluarkan aku dari berbalah dengan diri sendiri.

Altaf kelihatan tenang macam tak syak atau perasan apa-apa yang dia baru katakan tadi. Dia tidak menyedari ketegangan yang timbul dari pertanyaan Mishal. Beg bimbit itu pula elok terletak di atas pehanya.

"Bekas kekasih yang bagi beg bimbit tu, orangnya macam mana?" tanyaku sambil mata tak lepas memandang beg itu.

"Orangnya macam mana? Hm... dia baik orangnya? Aku kenal dia waktu aku dah nak habis belajar. Kami satu kelas waktu itu. Hazeem pun kenal dia. Dia pandai. Kami selalu belajar bertiga. Dia juga ada personaliti yang baik, sopan, lemah lembut dan cantik."

Mishal mendengar penjelasan panjang lebar tentang bekas kekasih Altaf. Hatinya semakin sakit. Dia mengingatkan dirinya bahwa bakas kekasih adalah masa lalu, tetapi sukar untuk mengabaikan perasaan yang menyusup dalam dirinya.

"Beg ni hadiah terakhir daripada dia sebelum kami berpisah sebab dah habis belajar. Aku pun ada bagi beg bimbit seakan-akan sama yang macam ini untuk dia pakai pergi kerja." tambahnya panjang lebar bercerita tentang bekas kekasih dia dengan nada yang penuh kenangan. Sakit juga lah hati dan telinga ini mendengar.

"Anyway, aku tak sangka kau akan tanya tentang exgirlfriend aku." aku hanya menunduk dan menggenggam erat tanganku geram dan menahan diri daripada memecahkan empangan air mata yang sudah hampir tumpah.

"Aku tak nak tahu pun tentang exgirlfriend kau! Aku tak nak tahu pun beg tu exgirlfriend kau yang bagi! Tapi kau yang mula dulu, kau yang bagi tahu aku! Aku tak akan tertanya-tanya kalau kau tak sebut pasal exgirlfriend kau!"

Altaf terkejut aku melenting. Air mata yang aku tahan jatuh juga akhirnya. Aku tarik muka. Tidak mahu memandang ekspresi wajahnya yang jelas nampak bahagia mengenangkan momen-momen mereka semasa Altaf menceritakan tentang bekas kekasihnya.

Altaf melepaskan keluh. "Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab dah bercakap tentang perkara yang tak sepatutnya. Aku minta maaf, okay Sha?" ucapnya lembut tapi bersahaja.

Dia dah minta maaf dan boleh saja aku beri aku biasa seperti sebelum ini tetapi aku rasa aku tak dapat nak hilangkan rasa tak enak ini.

"Al, aku rasa kau berlembut dengan aku hanya sebab kau nak mengelak dan lari kan diri daripada keadaan menjadi lebih keruh, kan?" tempelakku membuatnya tersentak.

"Kau tak rasa ke kau cakap lembut-lembut dengan aku dan sebut nama aku lembut-lembut bila kau berada dalam situasi yang akan membuatkan aku dan kau awkward? Untuk elak perkara itu berlaku, kau buat-buat baik dengan aku?" Air mata aku tak mahu berhenti mengalir pula. Aku menghapus air mataku dengan kasar.

"Apa? T-tak, mana ada." dalihnya. Jelas terkejut Altaf dengan reaksi Mishal.

"Kau betul-betul rasa bersalah tak dalam hal ini, Al?" aku bertanya lagi, cuba menahan air mata yang masih mengalir. 

"Sorry. Aku tahu kau macam merajuk dengan aku tapi aku tak tahu sebab kau merajuk. Ya, aku masih gunakan barang yang exgirlfriend aku bagi tapi aku tak nampak apa-apa masalah kat situ. Lagi pun, tentang exgirlfriend aku tu kan masa lalu aku je."

Faham. Mishal berasa marah tetapi juga sedikit rasa beralah kerana membesar-besarkan isu ini.

"Kau memang tak guna, Al!" dari duduk, aku tukar posisi ke berdiri kerana rasa berapi pula.

"Kalau dulu, sebelum aku jadi tunang kau, mungkin aku tak rasa apa-apa dan tak kisah dengan hubungan romantik masa lalu kau! Tapi sekarang aku dah jadi tunang kau, semudah itu je kau nak cerita tentang exgirlfriend kau! Dulu aku tak berperasaan pada kau tapi sekarang aku mula pupuk perasaan itu! Kau memang tak faham perasaan wanita, kan?!"

"'Tak faham perasaan wanita'?" dia mendengus lalu menyambung berkata dengan sinis, "Kata daripada seorang budak." perkataan budak ditekankan dengan nada merendahkan. Altaf menarik senyuman sinis.

What the heck?!

"Budak?! Macam itu aku kau fikir?! Aku adalah seorang budak sahaja di mata kau?! Budak 22 tahun depan kau ni adalah seorang wanita juga lah!" jari telunjuk aku tunjuk pada diri sendiri atau lebih tepat pada dada aku dimana terletaknya hati dan perasaan.

"Ya! Memang itu yang aku fikir tentang kau, budak!"

"Arghhh!!! Aku tak nak ambil kisah pasal kau dah, Al!" aku teriak, marah dan kecewa.

"Kalau begitu, kau buat lah apa yang kau nak buat. Aku pun penat nak melayan budak macam kau ni."

Sejurus itu, aku terus keluar daripada biliknya sambil mengelap air mata. Pintu biliknya aku tolak kasar dan berlalu pergi.

Hazeem yang baru tiba terhenti langkahnya apabila pinta bilik Altaf hampir terkene dirinya yang berada di belakang. Dia mengintai dari belakang pintu untuk mengetahui siapa kau gerangan yang hampir memenyekkan hidung mancungnya. Setelah mengetahui siapa, Hazeem menyandarkan diri pada muka pintu, menyilangkan tangan di dada dengan makanan yang di masak dalam pegangan. Kakinya juga disilangkan memerhati sahabatnya yang sedang meraup kasar rambutnya ke belakang pada ketika itu.

"Kau buat apa lagi pada Mishal, Altaf Naufal?" Hazeem bertanya dengan nada penuh serius, menanti penjelasan daripada sahabatnya.

Altaf yang masih dengan wajah yang penat dan kecewa, memandang Hazeem dengan rasa bersalah. "Aku tak berniat untuk menyakitkan hati dia. Aku cuma... tak tahu nak betulkan keadaan ini."

Hazeem menggelengkan kepala, jelas kecewa dengan situasi tersebut. "Aku rasa kau kena berfikir semula. Ini bukan cuma tentang kau dan dia. Ini tentang perasaan dan kepercayaan. Kau kena jaga perasaan dia, bukan hanya menganggap dia akan faham begitu sahaja."

Mishal yang jauh di koridor, terduduk di tepi tangga. Dia cuba menenangkan dirinya, tetapi hatinya masih berdegup kencang. Dia perlu memberi masa untuk dirinya sendiri.

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now