Part 7 -'♡'-

53 3 0
                                    

Sementara Hazeem keluar berjumpa dengan seseorang, aku ambil kesempatan ini untuk bertanya pada Altaf. Pertanyaan aku ini mungkin dapat menegnal Altaf dengan lebih mendalam dan aku juga hendak tahu perspektif dia tentang perkara ini.

"Al, aku nak tanya pendapat kau tentang cinta, boleh? Aku nak juga tahu dari pandangan orang yang lebih tua dan lebih dewasa daripada aku tentang cinta." aku mulakan bicara

Altaf terkejut dengan soalan aku yang tiba-tiba. "Susah nak cakap tentang cinta dengan budak,"

"Hei! Don't make fun of me! Aku pun boleh cakap pasal cinta lah!"

"Oh, really? Ceritalah, aku nak dengar."

"Dulu aku ada suka pada seorang classmate aku ni waktu sekolah menengah. Dia seorang lelaki yang baik. Sekurang-kurangnya dia baik pada aku. He's such a gentleman to me. Sampaikan kawan-kawan aku semua membuat spekulasi yang dia sukakan aku. Dia lebih banyak meluangkan masa dengan aku berbanding perempuan-perempuan lain dan aku pun makin selesa dengan dia. 

When I thought I had received his sign of feelings towards me and was confident that he like me too, I gathered my courage and confessed to him. Sebagai seorang yang introvert, aku buat perkara yang memalukan tu. Guess his answer. He said that he was interested in one of my friends, not me."

"Hoi, kau gelak apa, hah?" aku cerita tentang kisah cinta aku yang tak berapa nak cinta pada dia, dia boleh bantai gelakkan cerita aku? Baran aku rasa dengan dia ni.

Altaf menekan-nekan perutnya akibat daripada ketawa.

"Aku... aku... aku...pfft,"

Altaf tidak boleh berkata apa-apa kerana terlalu banyak ketawa.

Dia tak perlu pun nak ketawa sampai macam itu sekali.

"Kau tak rasa cerita cinta aku ni menyedihkan ke?"

"Pfft! Ohok! Ohok!" sampai terbatuk-batuk dia gelakkan aku.

"Tak lawaklah Al!"

"Kau tak faham," katanya.

"Hah?"

"Untuk lelaki yang kau suka, kau sanggup buat perkara yang kau sendiri tak terfikir kau akan lakukannya.

That's one of your best traits. And that's also what I like about you. Dia patut sukakan kau balik." mungkin Altaf cuba untuk menyedapkan dan memujuk hati aku. Mungkinlah.

"Apa maksud kau?"

"Part mana? Yang 'kau tak faham' ke?"

"Lagi satu,"

"Part 'lelaki yang kau suka'?"

"Bukan. Yang selepas itu,"

"Oh, yang 'That's one of your best traits'?"

"Bukan lah! Selepas yang itu!"

"Eh? Aku ada cakap apa-apa lagi ke? Aku cakap apa?"

Bukan dia kata dia suka aku ke? Ah! Lupakanlah! Dia ni memang annoying!

Dia baru sahaja cakap benda itu tadi! Aku nak tahu apa yang dia maksudkan since it caught me off guard.

"Kau pula macam mana, Al? Any love stories to tell?"

"Pensyarah kan jarang jumpa orang yang seumuran dengan mereka. Kat kampus ni pun mana ada pensyarah wanita yang sebaya dengan kau. Kebanyakannya sudah berumur. Kalau ada pun sudah mempunyai pasangan dan berkeluarga. Hahaha, kesian..." sengaja aku mengapi-apikan perasaannya pula. Tadi bukan main dia ketawakan aku.

"Don't be quick to assume, budak. Mestilah aku ada love story." Altaf menafikan.

"Sejujurnya, aku ada suka pada seorang student ni." sambungnya membuatkan aku tak percaya.

"Student?!"

"Yes. She's a really good student."

"K-kau... sumpah la suka kat student? Siapa?"

"Yeah..."

Aku tidak tahu pula dia sedang memerhati seorang student perempuan. Maksudnya ada pelajar lain yang dia rapat selain daripada aku.

"That student has been having a hard time, especially with love. She has never been in love. I respect her for that. But she wants to be loved by someone, which I'm afraid she will choose someone else instead of me. But she too stands out to everyone and it hurts me to see her getting attention from everyone. That girl, she... she's annoying but fun. I like to be around her."

Huraian Altaf tentang student itu... kenapa sama macam aku..? Aku geleng kepala. Jangan perasanlah, Mishal.

"Eh, kau ada kelas kan lepas ni? Pergilah, biar aku kemaskan semua ini."

"Al, tentang student tu, jangan pernah lepaskan dia."

Kenapa aku rasa sedih?

"Mestilah."

"Then, let me tell you something as the man in charge, about liking someone, aku tak boleh jatuh cinta dengan kau. Aku tak boleh jatuh cinta dengan pelajar aku sendiri. Dah, pergi kelas cepat!"

Dia cakap pasal aku ke?!


❀°⋆˚࿔ althea 𝜗𝜚˚⋆°❀


"Abang Azeem, Sha nak tanya pasal Al boleh tak?"

"Al? Kenapa dengan dia?"

"Al tak pernah bercinta ke? Iyalah, sebab perangai dia kan macam harom sikit. Sikit-sikit nak buli Sha. Ada ke perempuan yang nak kat dia?"

Hazeem ketawa besar mendengar aku mengutuk kawannya.

"Al tu kan handsome. Takkan lah tak ada perempuan yang nak kat dia. Ramai perempuan yang dok usha-usha dia. Lagipun, Al berperangai macam tu dengan Sha seorang je. Dia bukannya kaki buli pun,"

"Ceh, orang macam tu ramai peminat ke. Habis tu kenapa Al selalu buli Sha?"

"Abang pun tak pasti lah kenapa. Sha tanya lah dia sendiri nanti,"

"Macam la dia nak bagi jawab betul-betul." Gumam Sha perlahan "Eh, abang Azeem tak jawab lagi soalan Sha mula-mula tadi. Al pernah bercinta ke?"

"Pernah. Ada seorang perempuan ni confess pada Al. At first, Al was reluctant to accept her confession because the feeling was not mutual from himself. But that woman kept saying that she loved him, so they started dating.

Al pun mula pupuk diri dia untuk cuba menerima dan terbitkan rasa sayang terhadap perempuan itu. They were dating for 2 years I guess and almost engaged.

In the end, she started dating someone else and then they broke up bila Al betul-betul cintakan perempuan tu." Hazeem menceritakan kisah silam percintaan Altaf kepadaku.

"Is that why he doesn't trust women now?" patutlah nampak dia macam garang dan dingin saja dengan perempuan.

"Maybe. I suppose it is. It's like he can already see what's going to happen in the end no matter who he is with."

Sha aku mendiamkan diri. Sedih juga kisah cinta Al ni.

"Tapi dengan Sha tak tahu lah Al boleh nampak ke tidak masa depan dia,"

"Ha?" kerana terlalu mengenangkan kisah cinta Al, Sha tidak mendengar langsung apa yang baru dikatakan Hazeem.

"Tak ada apa."

Althea [COMPLETED]Where stories live. Discover now