Episod 29: Detik Mula

1.7K 53 8
                                    

" Bila kau nak bayar sewa ni Murad? Dah nak masuk tiga bulan dah ni." Pak Tam menahan sabar.

Rostam atau lebih dikenali sebagai Pak Tam adalah pemilik rumah yang disewa oleh Murad sekeluarga. Malah, dia mempunyai beberapa buah rumah lagi di Pangsapuri Seri Impiana dan turut disewakan. Pendek kata, Pak Tam boleh dikatakan seorang yang agak berduit. Walaupun sudah pencen, duitnya sentiasa masuk setiap bulan. Bukan itu sahaja, Pak Tam juga mempunyai sebuah bengkel motorsikal yang dibuka di bawah blok Pangsapuri Seri Impiana.

Sudah berbelas tahun Murad menyewa dirumahnya, dari zaman Murad baru berkahwin, sehinggalah sekarang. Malah, Pak Tam sudah menganggap Murad dan isterinya seperti anaknya sendiri. Namun, Murad yang dikenalinya sebagai seorang lelaki yang baik dan rajin, seorang suami dan bapa yang penyanyang, berubah sikap sejak kematian isterinya enam bulan yang lalu. Murad sudah menjadi seorang yang pemarah dan pemabuk. Kerjanya sudah tunggang langgang. Anak-anaknya, iaitu Hidayu dan Hanif seperti terabai.

"Sabar la Pak Tam. Bukan saya taknak bayar. Tapi Pak Tam tau kan keadaan saya?" Murad memberi alasan.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni Murad? Bini kau tu dah enam bulan pergi. Takkan kau nak terus macam ni?  Anak-anak kau tu, dah macam tak terurus dah aku tengok. Diorang tu perlukan kau." Nasihat Pak Tam.

"Macam ni la Murad. Kalau kau rasa kau dah tak boleh bayar duit sewa rumah tu, hujung bulan ni kau keluar lah. Aku nak bagi dekat orang lain pulak menyewa. Tunggakan kau tu, aku kira halal je lah." Pak Tam berkata terpaksa.

"Yelah yelah Pak Tam. Petang nanti saya bayar sewa Pak Tam tu. Ini lah orang melayu kita. Bila kita ada masalah, bukannya nak membantu ke apa. Lagi nak mendesak adalah. Dah la tu.  Saya mintak diri dulu." Kata Murad geram sebelum berlalu pergi.

Pak Tam hanya menggelengkan kepala melihat perangai Murad yang keras kepala itu.

*****
Murad menghempas pintu gril melepaskan geram. Hatinya sakit apabila mendengar kata-kata Pak Tam sebentar tadi. Suka-suka sahaja orang tua itu mahu menghalau keluarganya.

"Kau dah masak ke Ayu?" Soal Murad.

"Dah, ayah." Jawab Hidayu yang sedang menonton TV bersama Hanif di ruang tamu.

Murad menyelak tudung saji. Hanya sambal telur dan sayur kangkung. Murad menghempas kembali tudung saji sambil merengus.

"Balik-balik ini je yang kau masak. Apa dah takda lauk lain lagi ke yang kau reti masak?" Marah Murad.

"Itu je yang ada. Semalam Ayu dah mintak kat ayah duit nak beli lauk. Tapi ayah tak bagi pun." Jawab Hidayu sambil matanya masih reality menonton TV.

Murad yang tadinya sudah sedikit sejuk, kembali mendidih. Dia terus mencabut suis TV membuatkan Hidayu dan Hanif terkesima.

"Sebelum aku bantai korang berdua, pegi masuk kemas bilik korang sekarang. Cuti-cuti sekolah jangan nak menghabiskan duit api je. Satu sen pon tak berguna la korang ni" Arah Murad.

Hidayu dan Hanif hanya menurut. Lebih baik mereka mengikut sahaja sebelum ayah mereka semakin marah. Sejak kematian ibu, Murad sering memukul mereka, terutamanya Hanif. Pantang ada silap sedikit, pastu tubuh mereka akan berbirat dilibas tali pinggang.

Murad masuk kedalam bilik tidurnya. Wang yang disimpan didalam laci dikeluarkan. Itu sahaja wang yang dia ada untuk menampung perbelanjaan keluarganya sementara dia mendapat kerja baru. Setelah diugut Pak Tam, terpaksalah dia menggunakan duit itu.

"Ayu!" Panggil Murad.

Dia mengira satu persatu helaian duit ditangannya. Ada rm1500 semuanya. Duit sewa rumah sudah tertunggak selama tiga bulan. Kemudian dia menyimpan semula rm300 kedalam laci. Itu lah duit yang ada untuk keperluannya.

Seri ImpianaWhere stories live. Discover now