[ 0 2 ]

522 27 0
                                    

MATANYA mencelik apabila mendengar beberapa suara disekelilingnya. Sangkanya pandangan akan bertemu lagi dengan ruangan gelap tetapi cahaya terus menerpa ruang penglihatannya.

"Ziey, adik kau dah bangun" Adam menolak lengan jejaka yang sedang elok terlena berbantalkan kepala kerusi. Tersentak Qaziey tapi matanya terus melilau ke arah katil wad yang menempatkan adik bongsunya. Hawa hanya menunduk apabila bertentang mata dengan abang sulungnya.

"Adik buat along risau?" Mengeluh Qaziey mendengar soalan Hawa. Kalaulah gadis ini tahu betapa risaunya dia, mesti dia akan rasa bersalah terhadap dirinya.

"Adik okay? Ada sakit mana-mana?" Soalan dibalas dengan soalan. Kini punggung dilabuhkan di sisi katil, tangan naik mengusap kepala si bongsu.

"Sakit, adik rindu along. Adik takut" Hawa bangun daripada baringnya, membuatkan Adam tersentak. Takut juga tiba-tiba gadis ini akan berasa pening pula nanti. Terus tangan Hawa melingkar di pinggang Qaziey membuatkan Qaziey turut membalas pelukannya.

"Along risau adik, risau sangat. Adik pergi mana? Along nak tahu semua benda. Don't leave any details behind" Pesannya, tahu lah dia dengan perangai Hawa ini. Perkara yang penting pun selalu dia akan pendam!

"Qaysara tak perlu takut kalau orang tu datang balik. Pihak polis akan cuba cari siapa dalang dalam kes ini tapi Qaysara kena cerita dekat kami apa yang jadi. Boleh?"

Adam mencelah, entah kenapa dia pula yang rasa terlebih risau dengan keadaan Hawa. Dengan muka yang penuh dengan lebam begini. Luka-luka kecil yang berada di beberapa anggota badannya lagi.

Anak mata mereka bertentang, kening Hawa bertaut. Cuba mengingat kembali raut wajah yang sepertinya dia pernah lihat sebelum ini. Adam tertawa kecil. Wajah yang sembab dengan air mata kelihatan sangat comel dengan raut wajah kekeliruan.

"Adam Baihaqi, last kita jumpa rasanya masa awak habis SPM. Dah 3 tahun, tu sebab awak tak ingat agaknya" Qaziey turut ketawa, bertalu-talu kucupan dilabuhkan pada dahi gadis itu.

"Adik dulu kan minat abang Adam. Takkan dah tak ingat? Dulu bukan main lagi—aduh!" Jejaka itu meringis kesakitan apabila Hawa menumbuk pehanya.

"Mana ada! Along ni fitnah je! Abang Adam jangan nak perasan ya!" Sempat juga dia memberi amaran kepada Adam yang turut bergelak ketawa.

"Saya tak cakap apa pun, Qaysara"

==

"Qaysara ada nak makan apa-apa? Saya tolong belikan" Adam masuk ke dalam ruangan wad Hawa setelah dia selesai menunaikan solat Zohor. Tidak pula dia nampak Qaziey di mana.

"Along tengah belikan makanan tu, abang Adam punya pun ada sekali nanti" Adam mengangguk, kerusi yamg berada bersebelahan katil jadi tujuannya.

"Ada luka yang masih sakit lagi?"

"Tak ada tapi abang Adam jangan lah dekat-dekat! Saya ni tak pandai borak tau, malu pun ada" Terluah juga isi hati si gadis. Puas dia mahu menahan rasa lagi-lagi duduk berduaan sahaja. Terlepas tawa Adam sekali lagi.

"Kenapa nak malu? Sebab along awak kata awak ada crush dekat saya dulu ke?"

"Ish mana ada! Along tu tipu je lah abang Adam" Hawa menggaru kepalanya, makin merah muka dek menahan malu.

"Okay, saya dah tak cakap dah. Tapi awak tak nak cerita apa yang jadi Sara? Saya boleh jadi telinga untuk awak. Kalau awak minta pendapat, saya boleh bagi" Tenang kata-kata Adam memujuk.

"Saya tak tahu siapa yang culik saya. Setiap hari, saya akan jumpa orang yang berbeza. Tapi satu sahaja yang saya tahu, dia orang tak akan buat apa-apa melainkan arahan daripada orang atasan mereka"

Adam mengangguk faham.

"Awak kena pukul sebab orang atasan mereka bagi arahan?" Dia menggeleng. "Daripada hari pertama saya jejak kaki dekat sana, mereka cuba ambil kesempatan tapi saya lawan. Akhirnya, dia orang pukul saya sebab tak dapat apa yang mereka nak"

Hawa menghapus air matanya yang hampir jatuh membasahi pipi tetapi Adam sudah menghulurkan sapu tangan miliknya.

"It's okay to cry, Hawa Qaysara. Awak menangis tak semestinya awak lemah. You fought so well okay? Saya bangga dengan awak. Now you can leave it to us. Saya dengan along awak akan cari siapa yang buat awak macam ni"

"Kalau awak tak jumpa?"

"Saya akan cari lagi. Even the world ends, I will still keep my promise to you. Cuma satu sahaja yang saya minta," Pandangan mereka berdua bertaut.

"Saya nak awak percayakan saya"

==

Sedang Adam mengemas kembali bekas makanan, tiba-tiba sahaja pintu wad itu dirempuh membuatkan mereka berdua tersentak.

"Ya Allah Aisya, abang ni kalau ada sakit jantung agaknya siapa lah yang nak belikan Aisya punya barang makeup lepas ni" Mengurut dada dia dengan kedatangan si bongsu. Manakala Hawa pula sudah ceria menyambut kehadiran sahabatnya.

"Rindu Hawa!" Tubuh itu terus dipeluk erat, Hawa turut membalas sambil beberapa ketawa kecil terpancul keluar daripada mulutnya.

"Rindu Aisya juga!" "Naura kata dia tak dapat datang sebab nak hantar mak dengan abah dia pergi airport dan Naura ada minta kirimkan salam pada Hawa dan semua. Tapi tak apa, Aisy kan ada! Hawa sihat? Ada sakit dekat mana-mana tak? Hawa makan apa hari ini? Hawa—"

"Aisya, abang yang dengar ni pun dah sakit telinga. Kesian lah dekat Qaysara tu. Entah-entah dia tak ingat pun soalan pertama Aisya tadi" Adam mencelah, segala plastik dibuang dan kembali duduk di sofa yang berada dalam wad itu.

"Sibuk lah! Kenapa abang dekat sini? Abang jangan nak kacau-kacau Hawa ya! Kalau Aisya tahu yang abang ni menggatal, Aisya bagitahu ibu"

Wad itu bergema dengan suara dua beradik itu sahaja. Hawa sekadar menjadi penonton. Kadangkala hatinya juga tercuit rasa lucu melihat tingkah laku dua insan ini.

"Pergi lah bagitahu. Abang tak apa nak menggatal pun dah tua. Lagipun abang kalau mengorat Qaysara tak ada salahnya. Janji abang tak kacau isteri orang"

"Ish! Hawa jangan terpedaya tau. Abang Adam ni dekat rumah asyik buli Aisya dengan Ayra je. Kalau Hawa kahwin dengan abang, nanti Hawa pula kena buli"

Bahu sahabatnya dipaut erat, tangan Aisya membetulkan rambut Hawa seraya mulut juga tidak henti membebel.

"Eh Aisy ni sampai ke situ pula. Kita ni baru kenal abang awak lah. Tak apa, amaran awak tu kita akan simpan" Dua gadis itu selamba mengekek dan Adam pasrah sahaja.

"Kenapa lah Qaysara kawan dengan Aisya ni? Fius tak berapa nak betul budak ni"

"Sebab Aisy baik! Kan Hawa?" "Betul!" Hawa pun turut sama naik dengan perangai Aisya.

"Kalau Aisya baik, boleh tolong abang sesuatu tak?" Aisya dan Hawa berpandangan sebelum kembali mata mereka terarah kepada Adam yang kelihatan sedikit serius itu.

"Tolong jagakan Qaysara untuk abang. Jangan biar ada sesiapa yang buli dia. Kalau boleh abang nak Aisya ada disisi Qaysara sebab abang tak mampu lagi nak buat semua tu buat masa sekarang"

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now