SI KEMBAR menginjak sahaja usia, Adam dan Hawa sudah tidak senang duduk. Sejak pandai berjalan ni, bukan main laju lagi kaki mereka melangkah kesana kesini. Walaupun masih tidak stabil, tapi masih gigih hendak berjalan.
"Qhalif! Sini mommy nak pakaikan baju. Ya Allah budak ni lah kan" Adam yang sedang menyiapkan Arshad tertawa dengan gelagat isteri dan anaknya itu.
"Arshad good boy kan? Ikut cakap daddy tau. Biar mommy main kejar-kejar dengan Qhalif" Arshad yang terkebil-kebil memandang Adam hanya menundukkan kepala berkali-kali mengikut gerakan sang ayah.
Hawa dapat sahaja menangkap Qhalif, terus tubuh kecil itu dibaringkan ke atas katil semula. Kedua-kedua kakinya dipegang untuk menyarungkan seluar pendek berwarna hitam.
"Boleh kurus mommy macam ni awak lari-lari tau" Hawa mengomel, kini dipakaikan pula baju yang sama dengan Arshad. Tipikal ibu bapa yang ada anak kembar. Kalau boleh semua benda nak sama!
"Arshad dah siap! Abang menang kali ni" Adam menjungkitkan kening beberapa kali. Pantas tangan Hawa mencubit peha Adam.
"Abang lah ni! Saya dah suruh kejut dia orang awal sikit. Ni dia orang dah siap, kita berdua tak siap-siap lagi" Hawa mensisir rambut Qhalif. "Dah awak pergi sambung lari dekat bawah sana. Mommy nak mandi pula"
Dapat sahaja kebenaran terus kaki kecil itu mulakan langkah. Arshad yang daripada tadi diam turut mengikut langkah si abang. Hawa menggeleng kepala, baru pukul 9 pagi dia rasa dia sudah menggunakan seluruh tenaganya.
Adam mengemas segala barang-barang anaknya tadi lalu mencapai tuala mandi, "Awak ke abang mandi dulu?"
"Abang lah, saya mandi lama" Baru kaki hendak menjejak masuk bilik air, dia keluar semula. Hawa memandang ke arah Adam, "Kenapa"
"Sekali lah. Cepat sikit"
"Ish! Tak nak! Abang ni gatal lah!" Adam ketawa besar sebelum melangkah perlahan ke arah Hawa. "Abang jangan nak mengada eh!"
"Jom sayang kita jimatkan masa" Terus tangan Hawa ditarik lalu mereka sama-masa masuk ke dalam bilik air.
==
"Qhalif nak warna ni ke warna yang ini? Arshad dah pilih warna hijau tadi. Sekarang awak pula" Adam meletakkan beberapa pasang kasut di hadapan si abang. Arshad sudah memeluk kasut yang berwana hijau muda.
Terkedek-kedek Qhalif hendak mengambil kasut yang menarik perhatiannya, "Oh? Qhalif nak warna biru?" Hawa pula bertanya. Kasut berwarna biru pekat diambil dan dihulurkan kepada Qhalif. Pantas saja tangan kecil itu mengambil.
"Cakap apa dekat mommy? Daddy ada ajar kan? Terima kasih"
"Aceh!" Hawa tertawa, kepala si kembar diusap lembut, "Sama-sama! Okay jom kita pilih baju dengan seluar untuk awak berdua pula"
Adam memegang tangan Qhalif, manakala Arshad pula berada di dalam genggaman Hawa. Sambil mereka mencari bahagian baju, sambil itu juga si kembar tertarik dengan bahagian mainan. Tapi Adam dan Hawa masing-masing tidak mahu melepaskan anak mereka.
"Sekejap sayang, nak cari awak punya baju dulu. Nanti baru cari toys pula" Kata Adam. Sampai sahaja di bahagian baju, sama seperti tadi mereka berdua membiarkan si kembar memilih sendiri baju yang mereka mahu.
Dua pasang baju dipegang Hawa, lagi dua pasang pula dipegang Adam. "Okay tadi Arshad dah pilih kan? Qhalif pilih dulu pula. Awak nak yang mana satu?"
Nampak seperti si kecil sedang berfikir, berkerut-kerut mukanya. Padahal semua corak sama sahaja cuma warna sahaja berlainan. "Ni!" Jari telunjuk dihalakan kepada salah satu baju yang dipegang Adam.
"Okay, daddy simpan yang ini untuk awak. Sekarang Arshad pula pilih," Ditarik tangan Arshad supaya kedepan pula. Sama seperti si abang, si adik turut berkerut-kerut mukanya ketika berfikir.
"Ite ni!" Baju dipegang Hawa pula menjadi sasaran. Hawa meletakkan baju yang dipilih Arshad ke dalam troli. "Okay jom kita tengok toys!"
"Yayy!" Dengar sahaja perkataan 'toys' pandailah dua pasang kaki itu berlari ke arah mana. Ditinggalkan Adam dan Hawa dibelakang. Adam menggeleng kepala, bibir mengukirkan senyuman.
"Dah besar kan dia orang tu. Abang rasa baru semalam kita bagi dia orang nama"
Mungkin ini apa yang para ibu bapa rasakan apabila melihat anak mereka membesar. Seperti setiap masa berlalu dengan sangat pantas. Sehinggakan mereka perlu mencipta pelbagai memori dengan keadaan yang tergesa-gesa.
"Kan? Lepas ni nak kena carikan tadika untuk dia orang. Cepat sangat lah masa berlalu" Hawa menyandarkan kepalanya di bahu Adam apabila jejaka itu memaut pinggangnya.
"Kita semakin tua ke sayang?" Hawa tergelak, "Abang je yang tua. Saya muda lagi" Adam mencuit pinggang Hawa membuatkan sang isteri makin kuat tertawa.
"Awak dengan abang beza 7 tahun je sayang. Kalau abang tua, awak pun ikut tua sekali"
"Mana ada! Tak ada, saya tak boleh terima. 7 tahun tu jauh!" Hawa menggeleng-geleng. Pantang bila ada yang sebut tentang umurnya. Kalau boleh dia tidak mahu terasa tua. Itu sebab dia ada Adam. Biar orang perasan yang Adam sahaja tua sebab jarak umur mereka yang jauh.
"Ikut suka awak lah sayang. Jom tengok budak-budak tu. Takut pula abang nanti dia orang pergi ambik semua mainan dekat sini. Tak pasal-pasal bankrup pula kedai ni"
==
Sedang Hawa memasak di dapur, tiba-tiba ada yang memeluknya daripada belakang. Adam meletakkan dagunya di bahu Hawa. Satu kucupan diberikan di pipi sang isteri.
"Sayang," "Hm?"
"Bila kita nak pergi dating? Qhalif dengan Arshad pun dah besar. Kita boleh minta ibu ataupun mama jagakan sekejap" Kalau hendak keluar, mesti kena ada si kembar kerana di Terengganu tiada siapa yang akan menjaga mereka. Ada juga Adam bercadang untuk mengupah orang tetapi buat masa ini, Hawa mampu sahaja untuk menjaga si kembar sendiri.
"Saya okay je abang. Abang tu lah. Nanti kita dah sampai KL, tiba-tiba kena pergi sini balik" Hawa mencebik. Susah kalau berkongsi suami dengan negara ni. Dia kena mengalah!
"I'm sorry, sayang. But I will make sure this time, kita pergi" Hawa menutup api setelah makanan yang dimasak sudah siap. Dia memusingkan badan, "Don't make a promise with me, abang. Especially about your job"
Adam mencuit hidungnya, "This time, I will keep my promise" Hawa berfikir seketika sebelum dia mengangguk setuju, "Okay lah. Abang set time, nanti apa-apa bagitahu je saya"
Terus lebar senyuman di bibir Adam, "Alright, sayang. Dah awak pergi depan, biar abang yang hidangkan makanan. Terima kasih masakkan untuk abang" Dengan selamba dia mengucup bibir Hawa.
"Ish! Gatal!"
"Aik? Apa salahnya? Abang gatal dengan isteri abang je" Jejaka itu sudah tersengih-sengih. Hawa memutarkan bebola matanya ke atas. Malas hendak melayan perangai Adam.
"Dah lah, saya nak tengok Qhalif dengan Arshad" Hawa cuba menolak Adam tapi makin erat pula pelukan jejaka itu. "Abang jangan nak mengada ya?" Tangan memukul bidang dada si suami.
"Apa? Abang tak buat apa-apa pun"
"Abang tak payah cakap pun saya boleh tahu niat abang tu!" Adam ketawa besar. Dahi Hawa pula menjadi sasaran bibirnya.
"Okay okay, abang tak kacau awak dah. Go sayang, biar abang kemas semua ni"
YOU ARE READING
Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]
AléatoirePertemuan antara Muhammad Adam Baihaqi dan Nur Hawa Qaysara membawa dua makna. Jejaka yang ingin terus mengejar tetapi gadis yang ingin terus menghalang. Sehingga takdir berpihak kepada sang jejaka. 𝙄 𝙙𝙤𝙣'𝙩 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙗𝙚 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙛𝙧�...