RAMBUT Hawa digenggam kemas seraya tubuhnya ditarik masuk ke dalam tandas. Pintu dikunci daripada luar dan Julia menghentak kepala gadis itu ke arah cermin.
"Kau ingat kau boleh lepas ke Hawa?" Bunyi retakan pada cermin membuatkan Julia tersenyum puas, tangan mencengkam pula wajah Hawa yang sedang meringis kesakitan.
"Kesian kau kan? Mesti kau rasa nak jerit sekuat hati kau, melalak minta tolong tapi? Kau tak mampu, Hawa. Tak pun cuba kau jerit?" Lagi sekali kepalanya dihentakkan ke arah cermin sehingga berkecai cermin tandas itu. Jeritan kecil keluar daripada mulut Hawa
"Akhirnya dapat juga dengar suara kau Hawa. Aku ada idea!" Seakan dirasuk, Julia mengheret tubuh Hawa yang sudah lemah di hadapan baldi besar yang dipenuhi air.
"Kau jangan salah faham Hawa, aku nak bersihkan darah kau ni je" Dengan kudrat yang masih ada, Hawa memegang tangan Julia yang sedang bebas daripada memegang apa-apa. Hanya dapat bicara melalui matanya, merayu supaya dia berhenti.
"Sorry Hawa tapi aku tak faham. Cuba kau cakap, takpun kau minta lah tolong kawan-kawan kau tu" Tangannya direntap lalu menolak kuat kepala Hawa ke dalam baldi. Tangan Hawa cuba menggapai sesuatu yang berada di sekelilingnya.
"Cuba tengok sikit" Kepala Hawa dibelek-belek sebelum dia mendecit kecil.
"Ada lagi lah darah kau Hawa" Kepala Hawa direndam lagi sehinggakan air sudah masuk ke dalam rongga hidung dan mulutnya. Hawa masih cuba melawan tetapi tenaganya semakin berkurangan kerana tidak mendapat oksigen.
"Okay, up!" Sekali lagi kepala Hawa dibelek-belek sebelum Julia mengangguk beberapa kali.
"Bagus, dah bersih tapi kan alamak, muka kau pula yang kotor Hawa" Kali ini Hawa sudah tidak mampu melawan, terasa kepalanya direndamkan lebih lama daripada sebelum ini.
"Apa kata nanti— Ya Allah, Hawa!" Aisya merempuh tubuh Julia menjauh lalu Hawa yang semakin lemah diangkat. Adam memandang ke arah telefon bimbitnya apabila tiba-tiba sahaja panggilan dimatikan.
==
"Apa awak buat dekat sini?" Tolak ke tepi segala rasa sakit, dia lebih bingung apabila nampak Adam yang sedang duduk di bilik rawatan itu. Adam mengangkat kepala apabila mendengar suara Hawa.
"Who did this to you, Qaysara?"
"Saya okay lah, tak awak ni buat apa dekat sini? Aisya tengah ada class sekarang" Hawa menukar topik, tidak mahu jejaka ini bertanya lebih tentang hal yang dia sendiri sorokkan daripada orang lain termasuklah keluarganya.
"Saya dekat sini sebab nak jumpa awak, Aisya sendiri yang bagitahu saya apa yang dah jadi. Cuma saya nak tahu, siapa? Give me the name"
Entah kenapa dia merasakan ini bukan Adam yang dia kenal. Biarpun mereka masih dalam fasa perkenalan, ini bukan lah sisi Adam yang biasa dia lihat.
"It's fine, I'm okay Adam. Saya ada class sekarang" Baru sahaja dia mahu bangun daripada duduknya, tangan Adam memegang belakang lehernya dan merapatkan kedudukan mereka.
"I hate to see you in pain, Nur Hawa Qaysara. Either you tell me, or I can easily find that person. You can't imagine how that situation will end" Bisiknya lalu dia menjauhkan diri. Rambut gadis itu diselitkan di belakang telinga.
"Don't keep me waiting okay? Ataupun saya boleh tahu daripada Aisya sendiri. Tapi saya nak dengar apa yang dia buat dekat awak, in details. So that probably that person going to feel the same just like they did to you"
Kepala Hawa diusap perlahan, dan si jejaka melangkah keluar daripada ruangan itu. Hawa yang masih terpinga-pinga hanya mampu menghantar susuk tubuh itu pergi melalui matanya.
Tidak tahu mengapa, terus dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Qaziey.
"Along," "Salam mana salam, Hawa Qaysara?" Hawa tertawa kecil.
"Assalamualaikum, Muhammad Qaziey Hazwan bin Muhammad Qayyum. Eh along, adik nak tanya. Along dekat pangkalan kan?"
"Haah masih disini, lagi dua minggu along balik. Kenapa? Dah rindu ke?" Qaziey mengusik, mata memerhatikan anak-anak buahnya yang sedang memasak makanan tengahari. Entah mimpi apa mereka itu. Kebiasaan beli di kafe sahaja.
"Bukan lah along. Abang Adam? Dia bukan sepatutnya dekat sana juga ke?"
"Betul tapi tadi dia kata ada emergency, Aisya ada call dia. Kenapa? Ada apa-apa jadi dekat sana ke?"
Hawa berfikir sebentar. Tak mungkin lah? Tak mungkin jejaka itu keluar daripada pangkalan semata-mata untuk datang kesini kan?
"Tak ada apa pun. Okay lah along, nanti adik call balik" Belum sempat Qaziey menjawab, panggilan dimatikan. Fikirannya sedang kusut memikirkan si jejaka itu.
==
"Hawa!" Khair memegang kemas pergelangan tangan sang gadis tetapi Hawa lebih pantas untuk menepis sentuhan itu. "Apa lagi yang you nak, Khair?"
"We need to talk"
"There's nothing to talk about. I thought I made myself clear that we're over" Hawa mengerutkan kening, entah apa lah yang dia mahukan lagi daripada dirinya.
"You boleh terus dengan Julia dan I tak akan ganggu you. It's better this way" Dia mahu melangkah pergi tetapi lengannya pula yang ditahan. Hanya seketika, Khair dapat merasa tepisan kuat kepada tangannya yang memegang lengan Hawa.
Belum sempat dia mahu berbicara, tumbukan pada wajahnya pula yang dia dapat. Hawa menoleh, mata bertentang dengan Adam.
"Kau cakap pakai mulut sudah lah, tak payah nak pegang dia. Apa kalau tak pegang, mulut kau jadi bisu ke sial?"
"Adam, sudah!" Hawa menahan pergerakan sang jejaka apabila dia mahu menerpa ke arah Khair.
"Jom Hawa?" Suaranya bertukar lembut, tangan Hawa diraih lalu mereka pergi meninggalkan Khair yang masih terbaring dek tumbukan daripada Adam.
"Kita nak pergi mana?" "Saya nak ajak awak keluar jalan-jalan"
"Awak ni pelik lah" Hawa meluahkan kata jujur, tetapi kaki masih mengikut sahaja jejaka itu.
"Saya ada soalan"
"Okay, tanya lah. Soalan awak sentiasa terbuka untuk saya jawab"
"Kenapa awak nak berkawan dengan saya?" Soalan dilontarkan, tanpa berfikir panjang Adam membalas kembali.
"Saya tak nak berkawan dengan awak, kalau boleh saya nak kahwin terus. But I told myself to keep it slow. Saya tak suka rushing dan saya takut awak tak selesa"
"Maksud saya, why are you letting yourself to enter my life? Kenapa saya? Saya rasa saya banyak kekurangan dan awak akan boleh jumpa orang yang lagi tepat untuk awak. Mungkin sekarang awak tak akan rasa susah tapi ada satu tahap awak akan nampak dan saya takut awak akan menyesal"
Adam mengetap bibirnya, kini dia tahu kenapa bila dia cuba mendekat tetapi Hawa semakin menjauh.
"Untuk pengetahuan awak, saya sebenarnya tak yakin untuk dekati awak. But my heart told me otherwise. My heart told me to chase you. Daripada hari pertama saya decide untuk berkenalan dengan awak, hanya satu je niat dalam hati saya. To make you mine. I want to be yours forever, Qaysara. Jadi saya tahu yang awak sentiasa cuba untuk tolak saya, but keep in mind that I won't give up"
Pandangan mereka bertaut,
"Take your time as much as you want, I will wait for you"
YOU ARE READING
Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]
RandomPertemuan antara Muhammad Adam Baihaqi dan Nur Hawa Qaysara membawa dua makna. Jejaka yang ingin terus mengejar tetapi gadis yang ingin terus menghalang. Sehingga takdir berpihak kepada sang jejaka. 𝙄 𝙙𝙤𝙣'𝙩 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙗𝙚 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙛𝙧�...